Wednesday 8 January 2020

Hadith istighfar kepada muslim yang lain diganjari pahala



Matan


من استغفر للمؤمنين والمؤمنات كتب الله له بكل مؤمن ومؤمنة حسنة

Terjemahan

Barangsiapa yang memohonkan ampunan bagi orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, maka Allah akan mencatat baginya dengan setiap orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan dengan satu kebaikan (pahala).” 


Takhrij

HR. al-Thabarani dalam al-Mu’jam Musnad Syamiyyin 3/234 dari Ubadah bin Shamit ira.

 Ahmad al-Hasyimi berkata sanad hadith ini jayyid (Mukhtar al-Ahadits no. 1144).

Al-Haithami dalam Majma Zawaid 1/210, berkata sanandya jayyid.

Dihasankan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami' no. 6026.

Syeikh Abdul Rahman as-Sahim berkata, sanadnya dhaif tetapi maknanya sahih. Dan terdapat penguat hadith dari jalur Abu Hurairah ra. seperti yang diriwayatkan oleh at-Thabarani dalam al-Awsath, al-Kabir dan ad-Du'a (ershad t.19225)

Dihasankan oleh Syeikh Soleh Fauzan.

Sanadnya didhaifkan oleh Syeikh Umar bin Abdullah al-Muqbil (muhaddithin bermanhaj mutaqaddimin)



Kesimpulan

Hadith ini dhaif di sisi ulama mutaqaddimin dan hasan di sisi ulama mutaakhirin kerana penguatnya.

Dan tidaklah menjadi kesalahan untuk muslim mendoakan muslim yang lain secara umumnya, kerana berdasarkan dalil dari al-Quran surah Muhammad ayat 19 dan HR. Muslim no. 2346. Dan banyak lagi dalil yang lain seperti yang terdapat dalam Sunan Tirmidzi no. 1024, Surah Nuh: 28, Surah Ibrahim: 41 Sunan Kubra 2/210-sahih mausul, dan al-Hashr: 10.

Mohonlah ampunan (hai Muhammad) atas dosamu dan dosa orang mukmin laki-laki dan perempuan. (Muhammad: 19).

Akhir sekali doa ini adalah dibenarkan dan digalakkan berdasarkan pandangan Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim (Fatwa Soaljawab Islam no. 140798)



Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 104460, 140798

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 5967.

https://al-ershaad.net/vb4/showthread.php?p=19225

https://mobile.twitter.com/almonajjid/status/773347710602797056?lang=en

http://almuqbil.com/web/?action=fatwa_inner&show_id=2132

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...