Wednesday 8 January 2020

Hadith tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat


Matan


حَدَّثَنَا الْفِرْيَابِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ لَهِيعَةَ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ زِيَادِ بْنِ أَنْعُمٍ، عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحُبُلِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرو، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: ” سَبْعَةٌ لا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَلا يُزَكِّيهِمْ، وَيَقُولُ ادْخُلُوا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ: الْفَاعِلُ وَالْمَفْعُولُ بِهِ،
وَالنَّاكِحُ يَدَهُ، وَنَاكِحُ الْبَهِيمَةِ، وَنَاكِحُ الْمَرْأَةِ فِي دُبُرِهَا، وَجَامِعٌ بَيْنَ الْمَرْأَةِ وَابْنَتِهَا، وَالزَّانِي بِحَلِيلَةِ جَارِهِ، وَالْمُؤْذِي لِجَارِهِ حَتَّى يَلْعَنَهُ


Terjemahan

Telah menceritakan kepada kami Al-Firyaabiy, ia berkata, telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’iid, ia berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullaah bin Lahii’ah, dari ‘Abdurrahman bin Ziyaad bin An’am, dari Abu ‘Abdirrahman Al-Hubuliy, dari ‘Abdullaah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata, Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tujuh golongan yang Allah tidak akan melihat mereka di hari kiamat, dan juga tidak mensucikan mereka, dikatakan kepada mereka, “Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang memasukinya, iaitu orang yang mengerjai dan dikerjai, orang yang menikahi tangannya (onani), orang yang menggauli haiwan, orang yang menggauli isterinya pada duburnya, orang yang mengumpulkan (mengawini) seorang wanita dan puterinya, orang yang menzinahi isteri tetangganya, dan orang yang menyakiti tetangganya hingga ia melaknatnya.”


Takhrij

HR. Ibnu Bishran dalam al-‘Amali no. 479, Abu Syaikh al-Asbahani dalam Majlis min Hadithah hal. 62, al-Samarqandi dalam Tanbihul Ghafilin hal. 97 dari Abdullah bin’Amr ra.

Didhaifkan as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 4584.

Abu Minhal dalam Tahqiq Tahrim al-Liwath berkata terdapat perawi yang dhaif bernama ‘Abdurrahman bin Ziyaad bin An’am.

Didhaifkan oleh Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 1/385 kerana Ibnu Lahiyah yang terkenal dengan kedhaifannya.

Juga didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 319

Syeikh Amru Abdul Muneim Salim dalam Qawaid Hadithiyyah hal. 128 berkata sanad dan matan hadith ini munkar.


No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...