Wednesday 8 January 2020

Ilmu itu adalah imam kepada amal



Matan hadith

العلم إمام العمل والعمل تابعه


Terjemahan

Ilmu itu adalah imam dan amal itu adalah makmum


Takhrij

HR. Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (1/127), Ibn Abdil Bar dalam Jami’ Bayan al-Ilm wa Fadhlihi (no. 268).

Ibnu Abdil Barr berkata, ianya adalah hadith hasan jiddan (dari segi bahasa sahaja, maknanya yang baik), akan tetapi tidaklah kuat isnadnya (Jami’ Bayan al-Ilm wa Fadhlihi no. 268).

Ibnu Qayyim berkata, diriwayatkan secara marfu’ kepada Nabi SAW namun riwayat yang mauquf kepada Muadz ra. lebih tepat” (Madarij al-Salikin, 4/134).

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5293.

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...