Tuesday, 17 March 2020

Hadith kusyuk jiwa kusyuklah anggota



“Apabila seseorang kamu berdiri untuk salatnya, maka hendaklah dia menenangkan segala anggota tubuhnya(tangannya,kakinya) dan janganlah berhoyong-hayang sebagai hoyongan orang Yahudi.” [H.R. Al Hakim dan At-Tirmidzi ]

Rasulullah pernah komen tentang seorang lelaki yang tangannya merayap dalam solat. Dari Abu Hurairah r.a.:

Rasulullah melihat seorang lelaki memain-mainkan tangan semasa solat, maka baginda bersabda:

“Sekiranya khusyuk jiwa orang ini tentulah khusyuk segala anggotanya.” [H.R. Al Hakim dan At-Tirmidzi]


Takhrij

Inilah makna ucapan salah seorang ulama salaf ketika beliau melihat seorang laki-laki yang bermain-main dalam solatnya: “Seandainya hati orang ini khusyu’ maka akan khusyu’ semua anggota tubuhnya” (Majmu’ul fatawa” 18/273; “al-Khusyu’ fish shalaah” hal. 12).

Apabila dinisbahkan kepada perkataan sahabat Huzaifah ra dan Said bin Musayyib ra seperti yang direkodkan oleh Ibnu Nasr al-Mawarzi dalam Ta’zim Qadr al-Salah no. 150 dan 151. Maka kedua-dua atsar adalah dhaiful isnad.

Manakala dari ucapan tersebut disandarkan kepada  Nabi saw, maka hukumnya dinilai palsu oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 110.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...