Friday, 13 March 2020

Hadith seorang lelaki yang selamat dari diseret ke neraka kerana selawatnya di dunia











Dari sahabat Ka’ab, beliau bercerita : Ketika hari kiamat telah ditegakkan, salah seorang umat Rasulullah SAW diperhitungkan dan di timbang amalnya. Dan ternyata amal buruknya lebih berat dari pada amal baiknya, sehingga malaikat pun menyeretnya ke dalam neraka. Ketika itu Nabi Adam as. melihat seseorang tersebut yang diseret menuju neraka. Beliau segera menemui Rasulullah SAW yang berada dalam syurga, dan berkata “Wahai Muhammad !!!”. Rasulullah SAW pun menjawab “Selamat datang wahai bapak semua manusia !!!”. Nabi Adam berkata “Sesungguhnya ada seseorang dari umatmu yang diseret menuju neraka !!!”.

Mendengar apa yang telah diberitahukan oleh Nabi Adam, Rasulullah pun segera bergegas untuk memberi pertolongan kepada umat beliau. Nabi Adam pun menunjukkan tempat dimana orang tersebut akan diseret ke dalam neraka, sedangkan Rasulullah mengikutinya dari belakang. Setelah menemukannya, Rasulullah berkata kepada malaikat “Wahai malaikat tuhanku, hentikan !!!”. Para malaikat tersebut pun berkata “Wahai Muhammad, apakah kamu tidak membaca ayat Allah di dalam hak kami.

لا يعصون الله ما امرهم ويفعلون ما يؤمرون

“Mereka (para malaikat) tidak mendurhakai apa yang Allah perintahkan kepada mereka dan melaksanakan apa yang diperintah (at-Tahrim:6)”.

Kemudian terdengarlah suara “Patuhilah Muhammad !!!”. Lalu Rasulullah SAW berkata “Timbanglah ia amal perbuatannya !”. Para malaikat tersebut pun segera menimbang kembali amal perbuatan orang itu. Ternyata seperti hasil timbangan yang pertama, amal buruk orang itu lebih berat daripada amal baiknya. Kemudian Rasulullah SAW mengambil secarik kertas dari saku beliau yang di dalamnya tertulis bacaan selawat nabi dan meletakkan secarik kertas tersebut di dalam timbangan amal baik orang itu. Seketika itu pula amal buruk yang tadinya lebih berat kini berbalik menjadi lebih ringan, amal kebaikan orang itu pun lebih berat daripada amal buruk kerananya sehingga ia merasa sangat senang dan bahagia. Kemudian orang itu mencium telapak kaki Rasulullah SAW dan berkata “Wahai Rasulullah apa secarik kertas itu ?”. Rasulullah SAW menjawab “Itu adalah bacaan selawatmu yang kamu mendoakan selawat kepadaku semasa di dunia, dan aku menjaganya untukmu”.

Takhrij

Hikayat nukilan Syekh Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syakiri Al-Khubawy dalam Durratun Nasihin hal. 196 cetakan Dar al-Arqam bin Abi al-Arqam, Beirut Lubnan.

Ulasan pentahqiq: tiada asal dalam kitab hadith muktabar sunnah. Ia cumalah sebuah kisah/hikayat.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...