Friday 20 March 2020

Hadith wudhu mencegah wabak?



Hadith tular

Matan hadith (pent-)

سَيأتي زمانُ على أمتي يكثرُ فيهِ الأمراض والطاعون ، وسينجو منها المتوضئون.

Di akhir zaman nanti banyak wabak penyakit melanda manusia di dunia, hanya umatku yang terhindar kerana mereka memelihara wudhunya" (HR.Thabrani).

Analisis

Hadith tersebut munkar* dan menyelisihi hadith-hadith yang sahih yang mengatakan umat ini tidak terselamat dari wabak dan penyakit (Hadith project)

Hadith ini juga dihukumi palsu oleh Dr. Zulkifli al-Bakri dalam Irsyad al-hadith no. 487.


Berwuduk Menghindarkan Wabak?(Ustaz Yasir Ramli)

Ada yang menyebarkan sepotong hadis disandarkan kepada Al-Thabrani "Di akhir zaman nanti akan ada banyak wabak dan penyakit melanda manusia di dunia, hanya umat ku yang terhindar kerana memelihara wuduknya"

1- Setakat carian saya tak berjumpa lagi hadis ini dalam periwayatan Al-Tabrani dalam Al-Mu'jamnya, atau selain daripadanya.

2- Fadilat wuduk dalam Islam sangat banyak, akan tetapi fadilat yang menyebutkan memelihara wuduk akan menyebabkan terhindar daripada wabak tidak pernah lagi dijumpai dalam mana-mana riwayat. Ia memerlukan dalil khusus untuk menyokong kalam ini.

Jika ada, sila kemukakan beserta rujukan asalnya agar boleh dinilai sebelum diterima. Sedangkan pada zaman Umar radhiallahu 'anh, berlaku (طاعون عمواس) yang mengorbankan banyak sahabat Rasulullah di Syam, ia tidak terhindar dengan wuduk bahkan Nabi shallahu 'alahi wasallam berpesan agar tidak keluar ataupun masuk kawasan yang ditimpa wabak.

3- Tidak dinafikan wuduk merupakan salah satu bentuk pembersihan anggota tubuh secara langsung apabila dilakukan, akan tetapi untuk mengaitkannya dengan hadis ia sudah masuk ke daerah lain.

Contohnya, semua orang tahu bola itu bulat tetapi jika ada yang sebut Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Bola itu bulat" Kita tetap akan katakan orang tersebut berbohong.

4- Memang kita mahu agama menjadi solusi terhadap permasalah umat tetapi menyebarkan kepalsuan demi agama adalah salah. Nanti agama menjadi bahan dan tempat tomahan.

Niat yang benar akan dihukum salah jika caranya salah. Agama tertegak dengan ilmu dan dakwah berdasarkan Quran dan sunnah yang sahih.


Ketua Ikatan Sarjana Quran Hadist Indonesia Ustaz Fauzan Amin mengatakan, fungsi dan manfaat wudhu' sendiri adalah membersihkan kotoran atau hadas. Namun secara eksplisit  belum ada dalil yang menjelaskan secara langsung bahawa wudhu dapat mencegah penyakit (Muslim okezone). Akan tetapi sebenarnya wudhu' baik untuk kesihatan yang terbukti secara ilmiah jika menepati sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi saw. seperti intinsyaq (masukkan air dalam hidung lalu dihembus dapat mengurangkan risiko Acute Respiratory Infection, ARI (https://doi.org/10.1016/j.jtumed.2018.04.004;  10.15406/jabb.2018.05.00160; https://www.cdc.gov/parasites/naegleria/pdf/naegleria-ritual-ablution-factsheet.pdf).

* Yang dimaksudkan munkar matan selain munkar sanad adalah dari salah satu tersebut:-

1) makna
2) kekacauan lafaz
3) ziyadah
4) tashif dan tahrif lafaz
5) matan hadith itu sendiri palsu


Rujukan

Fb Ustaz Yasir Ramli

Fb Hadith project



muslim.okezone.com/read/2020/02/04/614/2163047/benarkah-wudhu-bisa-cegah-terkena-virus-korona-wuhan-ini-penjelasannya?page=1

Al-Hadith al-Munkar Dirasah Nadzariyah Tathbiqiyyah fi Kitab 'Ilal al-Hadith li Ibni Abi Hatim, Darul Nawadir 2012, hal. 111-112

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...