Friday, 13 March 2020

Menjelaskan kekeliruan pembuktian virus corona melalui prediksi dari Kitab Al-Usus Wal-Munthalaqat karangan Habib Abu Bakar Adni al-Masyhur oleh asatizah


Seperti tular di:-

(https://www.tarbawia.net/2020/02/bikin-takjub-prediksi-ulama-ini-soal.html)
(https://www.youtube.com/watch?v=-3GzxV-WxQg)
https://www.faktakini.net/2020/02/habib-abubakar-al-adni-sudah-prediksi.html
https://www.ngelmu.co/prediksi-ulama-yaman-soal-corona-puluhan-tahun-lalu/


Habib Abu Bakar Adni al-Masyhur pernah menulis buku dengan judul "Al-Usus Wal-Munthalaqat" (membahas tentang fenomena-fenomena di akhir zaman). Disebutkan bahawa diantara tanda-tanda akhir zaman yaitu munculnya berbagai penyakit yang tidak pernah ada di zaman dahulu, termasuk diantaranya (beliau sebutkan dalam buku tersebut hal. 318, no. 74) "kuruna", flu burung, flu babi, dan lain sebagainya.

Matan kitab (hal. 318)

ومن العلامات الصغرى المنصوص عليها في أحاديث من لا ينطق عن الهوى انتشار العديد من الأمراض الوبائية على غير سابق عهدها في الأمم  والشعوب
وقد برزت هذه الظاهرة وتفشت وخاصة في مراحلنا الأخيرة، فظهرت الأمراض الوبائية الخطيرة كالإيدز وإنفلونزا الطيور والخنازير وحمى  الكورونا وغيرها من الأمراض المستعصية التي لا زال العلماء يبحثون عن وسائل علاجها ومعرفة أسباب انتشارها في الشعوب إلى اليوم

Terjemahan

Dan di antara tanda-tanda kiamat kecil yang disebutkan dalam beberapa hadis makhluk yang tidak pernah berkata sesuatu berdasarkan hawa nafsunya (Nabi Muhammad SAW), adalah tersebarnya beberapa wabak penyakit yang tidak pernah terjadi di kalangan umat dan masyarakat terdahulu.
Sungguh telah muncul dan tersebar berita dalam waktu-waktu dekat akan kemunculan wabak penyakit yang membahayakan seperti AIDS, Flu Burung, Flu Babi, Corona dan lain sebagainnya yang termasuk dari beberapa penyakit yang sulit untuk diobati, di mana para  ilmuwan masih mencari cara pengobatan dan sebab tersebarnya penyakit-penyakit ini di kalangan masyarakat sampai sekarang.

Penjelasan kepada kenyataan yang mengelirukan seperti berikut:-

1)            Pernyataan tanda kiamat yakni munculnya wabak itu adalah benar seperti yang terdapat dalam banyak hadith antaranya dalam Sahih Bukhari no. 3176.

2)            Untuk mengatakan beliau (Abu Bakar al-Masyhur (Lahir 1946)) boleh memprediksi apa yang berlaku pada masa hadapan semasa penulisan kitab tersebut adalah kekeliruan.

3)            Beliau bukan Nabi yang dikurniakan pengetahuan ghaib. Maka beliau tidak mungkin memprediksi apa yang akan berlaku kemudian hari. Apa yang beliau tulis dalam kitab tersebut ternyata adalah maklumat yang telah sedia ada pada waktu penulisan kitab tersebut.

4)            Ini kerana, virus corona telah lama dipencil, dikaji, diprofil sejak pertama kali dijumpai pada tahun 1937 (γ-coronavirus).[1]

5)            Virus corona adalah satu kumpulan virus yang menjangkiti sistem pernafasan haiwan mamalia, termasuklah manusia. Gejala utama jangkitan virus corona ini adalah seperti selsema, demam, jangkitan paru-paru, malah lebih teruk lagi dengan  menimbulkan gejala seperti SARS.[2-3]

6)            Virus corona terdapat beberapa jenis, yang secara umumnya boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu:-

-α-coronavirus
-β-coronavirus
-γ-coronavirus.

Manakala yang telah menjangkiti manusia sahaja ada 6:-

-229E α-CoV
-NL63 α-CoV
-OC43 β-CoV
-HKU1 β-CoV
-MERS-CoV (dikesan pada 2012)
-SARS-CoV (dikesan pada 2002) [1, 4-5].

Dan yang terkini adalah 2019-nCov (dikesan pada 2019), lantas menjadikan virus corona yang ke-7 telah menjangkiti manusia.

7)            Manakalah kes pertama jangkitan disebabkan coronavirus (OC43 and 229E) ini dikesan pada tahun 1960 dalam hidung pesakit yang menunjukkan gejala selsema biasa. [4]

8)            Ini menunjukkan maklumat tentang virus corona (1937) telahpun direkodkan sebelum Abu Bakar al-Masyhur ini lahir lagi, manakala penularan wabak akibat coronavirus ini telahpun direkodkan, malah sebelum kitab ini ditulis.

9)            Maka secara tepatnya Abu Bakar al-Masyhur ini, ketika menulis kitab tersebut (cetakan pertama pada tahun 2010 (Gambar 1)) pastilah telah mengetahui/membuat rujukan berkenaan wabak-wabak yang pernah berlaku pada zaman tersebut berdasarkan maklumat-maklumat yang beliau capai menerusi, surat khabar, TV, radio, internet, penulisan ilmiah, pendapat pakar perubatan dan lain-lain. Ini jelas dalam kitab beliau, beliau merujuk kepada nama penyakit (AIDS, Flu Burung, Flu Babi, Corona) yang telah diketahui umum, telah wujud, dan telah dilaporkan secara meluas pada tahun sebelum kitab itu ditulis (2010).

10)        Kalau kita padankan kepada infografik (Gambar 2) dengan apa yang tertulis dalam kitab tersebut, maka ternyata, beliau mempunyai pengetahuan tentang wabak-wabak yang telah melanda dunia ketika itu.


Kesimpulan:

Kenyataan beberapa asatizah (Gambar 3 & 4) dalam menyatakan apa yang berlaku sekarang ini (wabak 2019-nCoV) adalah suatu kebolehan ulama (Habib Abu Bakar al-Adni) memprediksi salah satu tanda-tanda kiamat (wabak), adalah suatu kekeliruan yang jelas dan tertolak secara ilmiah.


Pembuktian dilakukan secara analisis kepustakaan menunjukkan, terdapat banyak maklumat mengenai jangkitan wabak-wabak bawaan virus corona  kepada manusia telah direkodkan sejak seawal tahun 1960-an, yakni sebelum penulisan kitab al–Usus wa al-Munthaliqat (tahun 2010 cetakan pertama). Ini membantah kenyataan sebahagian asatizah yang mengatakan bahawasanya ada ulama tertentu boleh memprediksi akan wabak corona terbaharu (2019-nCoV) ini sebagai salah satu tanda-tanda kiamat. Malah sebenarnya, apa yang dimaksudkan oleh ulama tersebut dalam kitabnya adalah, virus corona berlainan jenis yang telah menular pada zaman sebelum itu lagi  seperti SARS.











Wallahu ‘alam



Rujukan


1. Woo PC, et al. (2009) Coronavirus diversity, phylogeny and interspecies jumping. Exp Biol Med (Maywood). 234(10):1117-27.
2. Cheng VC, et al. (2007) Severe acute respiratory syndrome coronavirus as an agent of emerging and reemerging infection. Clin Microbiol Rev. 20:660–694.
3. Rota, P, et al. (2003) Characterisation of a novel Coronavirus associated with Severe Acute Respiratory Syndrome. Science. 300:1394-9.
4. Lim, Y. X., et al. (2016). Human coronaviruses: A review of virus-host interactions. mdpi.com/2079-9721/4/3/26
5. Zhong Y, et al. (2012) Recent progress in studies of arterivirus- and coronavirus-host interactions. Viruses. Jun;4(6):980-1010.


No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...