Friday 20 March 2020

Selawat hari Jumaat akan mendapat syafaat



Matan hadith


أَكْثِرُوا من الصلاةِ عَلَيَّ في يومِ الجُمُعَةِ وليلةِ الجُمُعَةِ، فمَن فعل ذلك كنتُ له شهيدًا وشافِعًا يومَ القيامةِ


Terjemahan

Banyaklah berselawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barang siapa melakukan hal itu, maka aku menjadi saksi dan pemberi syafaat baginya di hari kiamat


Takhrij

HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/110, daripada Anas bin Malik. Didhaifkan (munkar) oleh Ibu Adiy dalam Kamil al-Dhuafa 3/102 dan Syeikh al-Albani dalam Dhaif jami’ no. 1117.


Sanadnya terdapat perawi bernama Durustu bin Ziyad. Abu Zur’ah dan Ibn Main berkata dia tidak kuat dan beliau didhaifkan oleh Abu Daud (Tahdzib Kamal 8/481-482). Az-Zahabi berkata hadith ini dhaif kerana terdapat perawi yang dilemahkan Abu Zur’ah Durustu bin Ziyad dan  Yazid ar-Raqashi dijarh matruk oleh an-Nasaie (Faidhul Qadir bi Syarah Jamius Saghir min Ahadith al-Bashir al-Nazir 2/110 no. 1405).




Akan tetapi terdapat hadith sahih lain menceritakan kelebihan berselawat akan mendapat pahala syafaat Nabi saw:


Matan hadith

عَنْ أَبِى أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَكْثِرُوا عَلَىَّ مِنَ الصَّلاَةِ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاَةَ أُمَّتِى تُعْرَضُ عَلَىَّ فِى كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَىَّ صَلاَةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّى مَنْزِلَة

Terjemahan

Dari Abi Umamah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.


Takhrij

HR al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, no. 6208. Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan lighairih dalam Sahih Targhib no. 1673.






Matan hadith

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ أَوْ سَأَلَ لِي الوَسِيْلَةَ حَقَّتْ عَلَيْهِ شَفَاعَتِي يَوْمَ القِيَامَةِ

Terjemahan

Barangsiapa berselawat kepadaku atau meminta agar aku mendapatkan wasilah, maka dia berhak mendapatkan syafaatku pada hari kiamat nanti

Takhrij

HR. Muslim no. 384 daripada Amru bin al-Ash ra.







Manakala hadith anjuran berselawat pada hari Jumaat ada yang sahih dan ada yang dhaif



1.       Matan hadith

حدثنا عبد الرحمن بن سلام قال : حدثنا إبراهيم بن طهمان ، عن أبي إسحاق ، عن أنس بن مالك قال : قال رسول الله ﷺ : « أكثروا الصلاة علي يوم الجمعة وليلة الجمعة فمن صلى علي صلاة صلى الله عليه عشرا


Terjemahan

“Perbanyaklah selawat kepadaku pada hari dan malam Jumaat. Kerana orang yang berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali


Takhrij

HR. Baihaqi dalam Sunan Kubra 3/249 no. 5994, disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1407




2.       Matan hadith

( أخبرنا ) : إبراهيمُ بن محمد حدثني : صَفْوان بن سُلَيم
- أن رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وسلم قال : " إذا كان يَوْمُ الْجُمُعة وليلةُ الجمعة فَأَكْثِرُوا الصلاةَ عَلَيَّ


Terjemahan

Ibrahim bin Muhammad mengabarkan kepada kami, Shufwan bin Sulaim mengabarkan kepadaku: Bahawa Rasulullah bersabda, "Jika pada hari Jumaat atau malam Jumaat, maka perbanyaknya berselawat kepadaku.


Takhrij

HR. as-Syafi’e dalam Musnadnya no. 497, mursal, sanadnya dhaif jiddan (Takhrij Musnad Syafi’e 1/341). Ibrahim bin Muhammad bin Yahya al-Aslami dia didhaifkan jemaah imam Jarh wa Ta’dil. An-nasaie menilai beliau dia matrukul hadith dan Ibn Main menilai beliau pendusta (Tazkirah Huffaz 1/246; Tahzib Kamal  2/183).

As-Sakhawi dalam Qaul Badi’ hal. 120 mengatakan hadith ini mempunyai syawahid dari hadith Umar ra. Secara marfu’, tetapi sanadnya dhaif.

Abi Hatim dalam al-‘Ilal 1/205 pula berkata hadith ini dari jalur Said bin Bishir dari Qatadah dari Anas ra pula tak menyebutkan “malam jumaat” tetapi hadith ini munkarul isnad.




3.       Matan hadith

إن أفضل أيامكم يوم الجمعة فيه خلق آدم وفيه قبض وفيه النفخة وفيه الصعقة فأكثروا علي من الصلاة فيه فإن صلاتكم معروضة عليَّ، إن الله حرم على الأرض أن تأكل أجساد الأنبياء


Terjemahan

Hari kalian yang terbaik adalah hari Jumaat. Di hari itu Adam diciptakan. Di hari itu sangkakala ditiup dan di hari itu juga mereka dibangkitkan. Maka kalian perbanyaklah selawat di hari tersebut kerana selawat kalian akan dipamerkan kepadaku. Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para nabi.


Takhrij

HR. Abu Daud no. 1047 daripada Aus bin Aus ra. , disahihkan oleh Syeikh al-Albani.

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...