Friday 20 March 2020

Hadith terhalangnya haji dan umrah di akhir zaman




Matan hadith


فعن ابي سعيد الخدري رضي الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال « لا تقوم الساعة حتى لا يحج البيت »  رواه أبو يعلي وابن حيان والحاكم وقال :صحيح على شرط الشيخين;


Terjemahan

Dari Abu Sa'eed al-Khudry ra, bahawa Nabi saw bersabda, " Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga terputusnya orang mengerjakan haji."
(HR Abu Ya'ala, Ibn Hibban no. 6750 dan al-Hakim, kata al-Hakim, sahih mengikut piawai Bukhari-Muslim, disepakati az-Zahabi. Disahihkan Ibn Hibban dan sanadnya disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2430


Syarah Dr al-Areefi :

Ada banyak maksud akan hadith ini, antaranya, haji terhenti untuk beberapa ketika kerana fitnah atau perang yang dahsyat atau ada kuasa besar yang melarang orang naik Haji.




Matan hadith

فعن ابي سعيد الخدري رضي الله عنه رسول الله صلى الله عليه وسلم قال « ليحجن هذا البيت و ليعتمرن بعد خروج بأجوج و مأجوج > رواه البخاري

Terjemahan

Juga dari Abu Sa'eed al-Khudry dengan tambahan:

"Haji dan Umrah tetap dikerjakan selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj." (HR Bukhari no. 5361)

Kata Dr al-Areefi, hadith ini mengisyaratkan haji terhenti akan berlaku betul-betul di akhir zaman kerana selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj, haji dan umrah masih dikerjakan.

Rumusan dalam memahami tanda kiamat di atas  ialah terputusnya orang dari mengerjakan haji disebabkan fitnah atau kuasa yang menghalangnya, maksudnya langsung tiada orang yang dapat ke sana.

Peristiwa tertangguhnya haji dan umrah akan berlaku betul-betul di akhir zaman selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj.


 Rujukan

Kiamat sudah dekat, Dr Muhammad al-Areefi, Qisthi Press

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...