Selawat
Nariyah/ Tafrijiyyah/ Qurthubiyyah (Tuntunan Ziarah Wali Songo karya Abdul
Muhaimin (hlm. 144).
اللهم
صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد الذي تنحل به العقد وتنفرج به الكرب
وتقضى به الحوائج وتنال به الرغائب وحسن الخواتيم ويستسقى الغمام بوجهه الكريم
وعلى آله وصحبه عدد كل معلوم لك
Allahumma
sholli sholaatan kaamilatan Wa sallim salaaman taaman ‘ala sayyidinaa Muhammadin
Alladzi tanhallu bihil ‘uqadu, wa tanfariju bihil kurabu, wa tuqdhaa bihil
hawaa’iju Wa tunaalu bihir raghaa’ibu wa husnul khawaatimi wa yustasqal
ghomaamu bi wajhihil kariimi, wa ‘alaa aalihi, wa shahbihi ‘adada kulli
ma’luumin laka
Terjemahan
“Ya
Allah, berilah restu dan kesejahteraan yang sempurna, Kepada junjungan kami
Muhammad, Dengannya semoga terurai segala kesimpulan, dilepaskan dari segala
kesusahan, ditunaikan segala hajat, tercapai segala keinginan, dan mendapat
husnul khatimah (pengakhiran yang baik), dan dicurahkan hujan rahmat, dengan
berkat wajah yang mulia. Demikian juga kepada keluarga dan sahabat-sahabat
baginda pada setiap kelipan mata dan hembusan nafas bahkan sebanyak pengetahuan
Engkau.
Menurut
Syeikh Muhammad Amod dan Mufti Ibrahim Desai, tidak warid selawat ini dari Nabi
saw dan tidak dijumpai sebarang riwayat pun dalam kitab-kitab hadith sahih
mahupun lainnya.
Berdasarkan
rujukan yang ada, terdapat petunjuk yang menunjukkan bahawa pencipta selawat
ini adalah seorang yang bernama as-Sanusy. Yang
pasti sebutan as-Sanusi ini merupakan bentuk penisbatan kepada tarekat
sufi yang banyak tersebar di daerah Maroko, tarekat as-Sanusiyyah. (Rahasia
Keutamaan dan Keistimewaan Sholawat karya Nur Muhammad Khadafi, dinukil dari
Âtsâr ash-Shalawât al-Wâhidiyyah hlm. 21)
Selawat
ini batil. Mengandungi banyak penyelewengan
a) Dibaca ketika musibah
b) Peruntukkan jumlah bacaan yang
dibuat-buat
c) Terdapat syirik dan berlebih-lebihan
kepada Nabi saw :
-
(تنحل به العقد)
Dengannya simpul akan terurai. Maksudnya bahawa orang tersebut akan mendapatkan
jalan keluar dari kesulitan yang dihadapinya atau dari perkara yang sulit dia
pecahkan. Boleh juga dimaknai sebagai yang dapat meredam kemarahan.
-
(تتفرج به الكرب)
Kepedihan akan hilang. Maksudnya adalah hilangnya kesedihan dan kegundahan akan
sirna dari dalam jiwa.
-
(تقضى به الحوائج)
Keperluan akan dipenuhi. Maksudnya adalah bahawa dia akan mendapatkan apa yang
dia inginkan dan dia upayakan.
(تنال به الرغائب
وحسن الخواتيم) Keinginan tercapai dan akhir kehidupan yang baik. Maksudnya
adalah cita-citanya terwujud, baik di dunia atau akhirat. Di antaranya
mendapatkan akhir kehidupan yang baik.
-
(يستسقى الغمم بوجهه الكريم)
Maksudnya adalah berdoa kepada Allah Ta'ala untuk diturunkan hujan.
Rujukan
Fatwa
Soaljawab Islam Hanafi no. 85094
Fatwa
Soaljawab Islam no. 7505
Rahasia
Keutamaan dan Keistimewaan Sholawat karya Nur Muhammad Khadafi, dinukil dari
Âtsâr ash-Shalawât al-Wâhidiyyah hlm. 21
No comments:
Post a Comment