Saturday, 14 March 2020

Surah al-ikhlas menghalang kefakiran?




Matan hadith

من قرأ قل هو الله احد حين يدخل منزله نفت الفقر عن اهل ذلك المنزل والجيران


Terjemahan

Barangsiapa membaca qul huwallahu ahad (surah Al-Ikhlas) ketika memasuki rumahnya, maka kefakiran akan hilang dari penghuni rumah tersebut dan dari tetangganya.


Takhrij

HR. at-Thabarani sepertimana disebutkan oleh Ibnu katsir dalam Tafsirnya 8/545, dari Jarir bin Abdillah ra. Beliau menilai sanad hadith ini dhaif.

Al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/131, berkata sanad ini terdapat perawi yang matruk, Marwan bin Salim.

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 187005 menilai hadith ini dhaif jiddan.



Hadith kedua


Matan hadith


شكا رجل إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – الفقر وضيق المعيشة ؛ فقال له رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : إذا دخلت البيت فسلم إن كان فيه أحد ، وإن لم يكن فيه أحد فسلم علي ، واقرأ قل هو الله أحد مرة واحدة ففعل الرجل فأدر الله عليه الرزق ، حتى أفاض على جيرانه


Terjemahan

Ada seseorang yang mengadu kepada Rasulullah saw mengenai kefakiran dan kesulitan ekonominya. Kemudian Rasulullah berkata kepadanya; “Jika kamu masuk rumah, maka ucapkanlah salam jika ada seseorang di dalamnya. Jika tidak ada seseorang, maka ucapkanlah salam padaku dan bacalah qul huwallahu ahad satu kali. Lantas ia mengerjakan (sebagaimana perintah Rasulullah Saw). Tak lama Allah memberikan banyak rezeki kepadanya hingga melimpah kepada tetangganya.


Takhrij

HR. Qurtubi dalam Tafsirnya 22/566, dan Tsa'labib dalam Tafsir Kasyaf 10/330 dari Sahl bin Said ra.

Hadith ini tidak sahih kerana keberadaan perawi yang dituduh berdusta dan dilemahkan majoriti nuqqad bernama Abdullah bin Muhammad bin Ya'akub (Lisanul Mizan 3/348).

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 187005 menilai sanad hadith ini dhaif jiddan.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...