Matan
اِنَّ خَالِد بنَ
الوَلِيْدِ فَقِدَ قَلَنْسُوَةً لَهُ يَومَ اليَرْمُوْكِ فَقَالَ : اُطْلُبُوهَا فَلَمْ
يَجِدُوْهَا فَقَالَ : اُطْلُبُوْهَا فَوَجَدُوْهَا فَإِذَا هِيَ قَلَنْسُوَةٌ
خَلِقَةٌ فَقَالَ خَالِدٌ : اعْتَمَرَ رَسُولُ الله صَلّى الله عَلَيه و سَلَّم
فَحَلَقَ رَأْسَهُ فَابْتَدَرَ النَّاسُ جَوَانِبَ شَعْرِهِ فَسَبَقْتُهُم إِلىَ
نَاصِيَتِهِ فَجَعَلْتُهَا فِيْ هَذِه القَلَنْسُوَةِ فَلَمْ أَشْهَدْ قِتَالاً
وَهِيَ مَعِي إِلاَّ رُزِقْتُ النَّصْرَ
Terjemah
Sesungguhnya Khalid bin Walid pernah kehilangan songkok (topi) miliknya
saat perang Yarmuk. Ia berkata: “Carilah ia!”. Sahabat yang mencarinya pun tidak
menemukannya. Kembali ia berkata: “Carilah ia!”. Dan sahabat akhirnya
menemukannya. Ternyata ia hanya sebuah songkok lawas (semacam kopiah). Khalid bercerita:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah melaksanakan umrah dan mencukur
rambutnya. Para sahabat pun bergegas menuju ke arah tempat rambut beliau. Maka
aku pun mendahului mereka sehingga memperoleh rambut kepala bahagian depan
Rasulullah. Kemudian rambut tersebut aku letakkan ke dalam songkok ini. Maka
tiada aku hadir dalam peperangan, sementara rambut tersebut bersamaku, kecuali
aku diberi kemenangan”
Takhrij
Atsar ini diriwayatkan oleh Imam Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir no.
3804, Imam Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 7183, Imam Hakim dalam al-Mustadrak
no. 5299, Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 16/246.
Para perawinya tsiqah menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 9/352 dan
Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Siyar A’alam an-Nubala 16/130. Ja’far diketahui
mendengar dari segolongan sahabat, tetapi al-Haithami tidak tahu apakah ia
mendengar dari Khalid atau tidak.
Az-Zahabi berkata bahawa sanad hadith ini terputus. Yang sahihnya
sanadnya sehingga Jaafar sahaja, Talkhish 3/339.
Manakala, sanadnya disahihkan oleh al-Bushiri dalam Ittihaf al-Khairah 7/271,
Abu Ya’la dalam Musnadnya, Imam Zarkasyi dalam an-Nukat ala Muqaddimah Ibni
Shalah 1/326.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 204831
No comments:
Post a Comment