Matan Hadith
إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ صَائِمًا فَلْيُفْطِرْ عَلَى التَّمْرِ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ التَّمْرَ فَعَلَى الْمَاءِ فَإِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ
Terjemah
Apabila salah seorang diantara kalian sedang berpuasa, maka hendaknya ia
berbuka dengan kurma, apabila ia tidak mendapatkan kurma hendaknya dengan air,
kerana sesungguhnya air dapat membersihkan (zahir dan batin, atau menghilangkan
rasa haus).
Takhrij
HR. Abu Daud, Kitab Shaum, Bab ma Yufthoru 'Alaihi, dari Salman Ibn
Amir, no. 2355, didhaifkan oleh al-Albani. Al-Arnauth juga mendhaifkan hadith
ini tetapi beliau mengatakan perbuatan ini sahih dari Nabi saw. Sepertimana
hadith di bawah:-
Hadith dari Anas bin Malik
كَانَ رَسُو لُ اللِّهِ صَلَّى اللَّهً عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أََنْ يُصَلِّيَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَا تٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَم تَكُنْ حَسَا حَسَواتٍ مِنْ مَاءٍ
Rasulullah pernah berbuka puasa dengan ruthab (kurma basah) sebelum ,
kalau tidak ada ruthab, maka beliau memakan tamar (kurma kering) dan kalau
tidak ada tamarr, maka beliau meminum air, seteguk demi seteguk,” (H.R. Abu
Daud no. 2356, at-Tirmidzi no. 632, ad-Daruquthni no. 240, al-Hakim no. 1576
dan Ahmad 3/164. Syaikh al-Albani mengatakan bahawa hadith ini hasan sahih).
Nota:-
Hadith seperti yang diberi:
Break your fast by eating dates as it is purifying (Narrated by Ahmad)
Tetapi yang sebenarnya adalah air itu yang menyucikan bukan kurma
tersebut sama seperti hadith Abu Daud di atas. Mungkin terdapat typo semasa
hadith ini ditaip,
إِذَا أَفْطَرَ أَحَدُكُمْ فَلْيُفْطِرْ عَلَى تَمْرٍ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيُفْطِرْ عَلَى مَاءٍ فَإِنَّهُ طَهُورٌ
Break your fast by eating dates, if not, do it by water as it is
purifying.” (Narrated by Ahmad no. 15637-dhaiful isnad by al-Arnauth).
No comments:
Post a Comment