Thursday, 23 April 2020

Hadith berubat dengan air bekas wudhu



Hukum minum air bekas mengambil wuduk itu adalah harus dan begitu juga harus berubat dengan air bekas berwudhu.

Diriwayatkan dari Abu Hayyah r.a. katanya :

رَأَيْتُ عَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ تَوَضَّأَ ثَلَاثًا ثَلَاثًا ثُمَّ قَامَ فَشَرِبَ فَضْلَ وَضُوئِهِ وَقَالَ صَنَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا صَنَعْتُ

“Aku telah melihat Ali bin Abi Talib r.a. mengambil wudhu tiga tiga kali kemudian bangun dan meminum bekas air wuduknya. Katanya telah melakukan oleh Rasulullah saw apa yang aku lakukan ini.” (HR. an-Nasaie no. 136, disahihkan Syeikh al-Albani).

Hadith ini jadi dalil bahawa meminum air bekas mengambil wuduk itu adalah harus.



Dan diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah r.a beliau berkata :

مَرِضْتُ فَأَتَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ يَعُودَانِي فَوَجَدَانِي قَدْ أُغْمِيَ عَلَيَّ فَتَوَضَّأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَبَّ عَلَيَّ وَضُوءَهُ

“Aku telah jatuh sakit lalu Rasullah saw dan Abu Bakar telah ziarah akan daku dan mereka berdua mendapati aku dalam keadaan tidak sedar. Maka Rasulullah saw mengambil wudhu dan menyiram atasku air wudhunya itu.”(HR. an-Nasaie no. 138, disahihkan Syeikh al-Albani).

Dan pada riwayat yang lain Jabir r.a. berkata :


جاء رسول الله صلى الله عليه وسلم يعودُني وأنا مريض لا أعْقِلُ، فتوضأ وصب عَليَّ منْ وَضُوئِهِ

“Rasulullah saw telah datang menziarahi aku dan aku ketika itu sedang sakit dan tidak sedar. Maka baginda telah mengambil wudhu dan menyiram atasku air wudhunya.” (HR Bukhari no. 5651 dan Muslim no. 1616).

Hadith ini menjadi dalil harus berubat dengan air bekas berwudhu.

Maksud air bekas wudhu itu ialah air yang ada pada bekas tadahan selepas berwudhu.


Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu hajar :


وَالْمُرَادُ بِالْفَضْلِ الْمَاءُ الَّذِي يَبْقَى فِي الظَّرْفِ بَعْدَ الْفَرَاغِ

“Dan dikehendaki dengan air lebihan itu ialah air yang ada pada bekasnya kemudian daripada selesai berwudhu.”  (Fathul Bari 1/353).


Kesimpulannya air bekas wudhu suci, boleh diminum, boleh digunakan untuk tujuan pengubatan.

Salam Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah 43/378 menyebutkan:-



نَصَّ الْحَنَفِيَّةُ وَالشَّافِعِيَّةُ عَلَى أَنَّ مِنْ مُسْتَحَبَّاتِ  الْوُضُوءِ أَنْ يَشْرَبَ الْمُتَوَضِّئُ عَقِبَ فَرَاغِهِ مِنَ الْوُضُوءِ  ، مِنَ الْمَاءِ الَّذِي زَادَ فِي الإْنَاءِ ، لِمَا وَرَدَ عَنْ عَلِيٍّ  رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ  وَسَلَّمَ كَانَ يَفْعَلُهُ

“Ulama Hanafiyah dan Syafiiyah menegaskan bahawa di antara kesunahan wudhu ialah orang wudhu minum bekas air wudhu yang Lebih dari bekas. Hal ini berdasarkan riwayat dari Sayidina Ali bahawa Nabi Saw pernah melakukannya.”




Rujukan

Fatwa Soaljawab Isam no. 217921

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...