Wednesday, 22 April 2020

Hadith dimana munculnya Imam Mahdi di Kar’ah


Matan hadith

يَخْرُجُ الْمَهْدِيُّ مِنْ قَرْيَةٍ يُقَالُ لَهًا كَرْعَةُ


Terjemahan

Al-Mahdi akan keluar dari satu kampung (kota kecil) yang bernama Kar'ah.


Takhrij

HR. Abu Bakar al-Muqri dalam Mu'jamnya no. 94*.

Munkar Kadzab kerana terdapat perawi bernama Abdul Wahab bin Dahhak yang dijarh matruk oleh an-Nasaie dan dituduh dusta oleh Abu Hatim. Imam Daruquthni pula menilai perawi tersebut sebagai munkarul hadith. Imam Bukhari pula berkata dia banyak berkata yang tidak masuk akal (Mizan al-'Itidal 2/679).

Asal usul tempat keluarnya Imam Mahdi tidak banyak diperbincangkan oleh ulama sunnah yang hanya meyakini ia akan muncul dari timur berdasarkan hadith Tsauban (HR. Ibnu Majah no. 4084) tanpa perincian tempat tersebut di mana dan nama sekian-sekian.

Ibnu Katsir mengatakan sanad hadith ini kuat dn sahih (An-Nihayah fil Malafim wal Fitan, Tahqiw Dr. Thaha Zaini 1/29-30).

Ulama Syiah dan Ahmadiyyah banyak membahaskan tempat di mana timur tersebut melalui hadith di atas dan selainnya. Dan ini adalah suatu kekarutan yang tiada asas (An-Nihayah fil Malafim wal Fitan, Tahqiw Dr. Thaha Zaini 1/29-30).

Mereka (ulama Syiah) mengatakan Kar'ah itu di San'aa Yaman (Ibnu Hammad di dalam al-Qahtani no. 28, 105, 109, 111 ,112; al-Bihar 36/333).

Bagi Ahmadiyyah pula Kar'ah berasal dari kata Qada'ah yang merujuk kepada Qadian dan India pada masa lalu. (Jawahirul Asrar hal.56; Hujajul Kiramah hal. 358).


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 216467

*Al-Mu'jam, Imam al-Hafiz Abu Bakar al-Muqri. Tahqiq Abu Abdullah Muhammad Hassan Ismail as-Syafie, 2003, Darul Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, Lebanon.

Khabar suka Nabi Isa/Imam Mahdi as telah datang, H. Mahmud Ahmad Cheema, 2001, Jemaah Ahmadiyyah Indonesia, Bandung.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...