Wednesday, 22 April 2020

Hadith membaca bismillah dijauhkan dari api neraka


Teks hadith

Barangsiapa yang melafazkan bismillah, syurga berkata, ya Allah, jauhilah hamba mu ini daripada api neraka.


Takhrij

Tidak ditemui asal dalam kitab-kitab sunnah muktabar.




Tetapi ada kisah dana atsar yang hampir serupa seperti:

Ketika seorang guru berkata kepada muridnya, "Bismillahir Rahmanir Rahim" kemudian jika murid itu mengucapkannya, maka akan dituliskan kebaikan bagi guru, bapak dan ibu anak itu serta akan dibebaskan dan dijauhkan dari api neraka.


Takhrij

HN. Suyuthi di dalam Durar al-Mansur as-Suyuthi 1/25. Juga ditemukan di dalam kitab tafsir muktabar syiah Majma’ al-Bayan 1/90.



Daripada riwayat Ibn Mas’ud r.a.: “Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah akan menjadikan bagi setiap huruf itu sebagai pendinding bagi malaikat itu.”

Takhrij

Hadtih mauquf (atsar sahabat). Diriwayatkan oleh al-Qurtubi di dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran 1/92 dan Ibnu Katsir di dalam Tafsirnya 1/18, dariWaki’dari al-A’mash dari Abu Wail dari Ibnu Mas’ud.  Sanadnya sahih dari Waki’ hingga Ibnu Mas’ud.

Juga dinukilkan oleh As-Suyuthi di dalam Durar al-Mansur 1/26.

Manakala Syeikh Ahmad Syakir mengeluarkan hadith ini dari Kitab Tafsir Ibnu Katsir (‘Umdatul Tafseer 1/11) kerana hadith ini bermsalah kerana tidak disebutkan sanadnya secara lengkap oleh Qurtubi dan Ibnu Katsir.



Rujukan

http://id.wikishia.net/view/Bismillahi_Rahmanir_Rahim#cite_ref-67

https://www.researchgate.net/publication/285584620_Metodologi_pentafsiran_Al-Tabarsi_dalam_Majma_Al-Bayan

Fatwa Soal Jawab Islam no. 107048

Fatwa Islamweb no. 237052

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...