Wednesday, 22 April 2020

Hadith fadhilat membaca ayat kursi selepas , roh akan dicabut seperti rambut dari tepung



Tidak ditemui hadith yang sahih berkaitan kelebihan yang dinyatakan seperti di dalam gambar di atas.

Walaupun begitu, terdapat juga kelebihan lain bagi sesiapa yang membaca atau mengamalkan ayat al-Kursi ini selepas sebagaimana yang disebut di dalam hadith. Antaranya:

Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

 Matan hadith


مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ

Terjemahan

“Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”.

Takhrij

HR. al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir no. 7532; al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra no. 9848: Ibn Sunni di dalam al-Yawm wal Laylah no. 124. Hadith ini dinilai sahih oleh Ibn Hibban.

Antara pendapat ulama’ berkaitan hadith ini adalah:

وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ مِنْ حَدِيثِ أبي أمامة، وَعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، وَالْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، وَجَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، وَأَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، وَفِيهَا كُلِّهَا ضَعْفٌ، وَلَكِنْ إِذَا انْضَمَّ بَعْضُهَا إِلَى بَعْضٍ مَعَ تَبَايُنِ طُرُقِهَا وَاخْتِلَافِ مَخَارِجِهَا، دَلَّتْ عَلَى أَنَّ الْحَدِيثَ لَهُ أَصْلٌ وَلَيْسَ بِمَوْضُوعٍ


Terjemahan

“Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan hadith ini diriwayatkan oleh Abi Umamah, Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Umar, al-Mughirah bin Syu’bah, Jabir bin Abdillah dan Anas bin Malik. Padanya kesemuanya (riwayat-riwayat tersebut )terdapat kelemahan. Akan tetapi, jika dihimpunkan kesemua riwayat-riwayat ini dengan menjelaskan jalur-jalur dan perbezaan asal setiap satu daripadanya. Ini telah menunjukkan bahawa hadith ini mempunyai asal dan ia bukanlah hadith yang palsu”(Zad al-Ma’ad, 294/1).


Rujukan

Irsyad al-Fatwa siri ke-136, Mufti Wilayah Persekutuan.

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...