Matan hadith
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: العَائِدُ فِي هِبَتِهِ كَالعَائِدِ فِي قَيْئِهِ
Terjemahan
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma dia berkata, Rasulullah shallallahu
‘alahi wasallam bersabda, “Orang yang mengambil kembali pemberiannya seperti
seseorang yang menjilat kembali apa yang dia muntahkan”
Takhrij
HR Bukhari no. 2621 dan Muslim no. 1622
Ibnu Hajar mengatakan dalam Fathul Bari dalam menjelaskan hadith di atas,
“Pendapat yang mengatakan haramnya mengambil kembali pemberian setelah dipegang
(oleh penerima) adalah pendapat jumhur ulama’, kecuali pemberian orang tua ke
anaknya, maka boleh diambil kembali” (Fathul Bari 5/235).
Immam Nawawi menegaskan
dalam syarah hadith no. 1622, hadith ini menjadi dalil yang jelas tentang
keharaman meminta kembali pemberian setelah diserahkan. Tapi, keharaman ini
hanya berlaku untuk pemberian terhadap orang selain keluarga. Adapun jika
seseorang memberikan sesuatu kepada anaknya—atau keturunannya, maka ia boleh
meminta kembali, sebagaimana telah Rasulullah saw. tegaskan dalam hadith
riwayat An-Nu’man bin Basyir. Kehalalan meminta kembali pemberian ini tidak
berlaku untuk pemberian kepada saudara, paman, atau keluarga lainnya. Ini
adalah pendapatnya Imam Syafi’i. Begitu pula Imam Malik dan Imam Al-Auza’i .
Matan hadith
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ لَنَا مَثَلُ السُّوءِ الْعَائِدُ فِي هِبَتِهِ
كَالْكَلْبِ يَعُودُ فِي قَيْئِهِ
Terjemahan
Dari Ibnu Abbas ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Kami tidak
memiliki contoh yang buruk; orang yang mengambil kembali pemberiannya seperti
anjing yang menjilat muntahnya sendiri".
Takhrij
HR. Tirmidzi no. 1298. Disahihkan oleh Syeikh
al-Albani/.
قال وفي الباب عن ابن عمر
عن النبي صلى الله عليه و سلم أنه قال لا يحل لأحد أن يعطي عطية فيرجع فيها إلا
الوالد فيما يعطي ولده صحيح
Imam Tirmidzi berkata, "Pada bab ini ada riwayat lain dari Ibnu
Umar, dari Nabi SAW, beliau bersabda, "Tidak halal bagi seseorang memberi
suatu pemberian lalu ia mengambilnya kembali, kecuali orangtua, dia boleh
mengambil kembali apa yang telah diberikan kepada anaknya". (Sunan
Tirmidzi 3/592).
No comments:
Post a Comment