Matan hadith
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا
بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ
Terjemahan
Sesungguhnya Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Siapa
yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali kerana meremehkannya maka Allah akan
mengunci hatinya.”
Takhrij
HR. Abu Daud no. 1052, an-Nasaie no. 1369, Tirmidzi no. 500, Ibnu Majah
no. 1125, Ahmad no. 15498, dari Abul Ja'd al-Dhamri ra. Dihasankan oleh Syeikh
al-Albani dan Syeikh al-Arnauth.
Al-Manawi rahimahullah berkata, "Yang dimaksud ditutup hatinya
adalah Allah tutup dan cegah hatinya dari kasih sayangnya, dan dijadikan
padanya kebodohan, kering dan keras, atau menjadikan hatinya seperti hati orang
munafik." (Faidhul Qadir, 6/133)
Semakna dengan itu, saat menjelaskan makna hadith yang serupa dalam
Sahih Muslim no. 865, Imam Nawawi rahimahullah membawakan dua pendapat para
Ulama tentang maksud “Allah mengunci hatinya“.
Pertama, dikunci hatinya dari semua kebaikan.
Kedua, dia dianggap sebagai munafik.
Pengertian yang kedua ini didukung oleh hadith lain yang diriwayatkan
Thabrani dalam al-Mu’jamul Kabir dan dinilai hasan oleh Syeikh al-Albani dalam
Sahih Targhib no. 728, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda
:
مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ
جُمَعاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ َالْمنَافِقِيْنَ
Siapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat tanpa uzur maka dia
ditetapkan sebagai sebahagian dari kaum munafiqin
Dalam hadith lain yang mauquf kepada Ibnu Abbas Radhiyallahu ahu
dijelaskan :
مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ
جُمَعٍ مُتَوَالِيَاتٍ فَقَدْ نَبَذَ
الإسْلاَم وَرَاءَ ظَهْرِهِ
Siapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali secara berurutan maka ia
telah membuang Islam kebelakang punggungnya. [Hadith Mauquf riwayat Abu Ya’la
dengan sanad yang sahih, Sahih Targhib no. 732].
Berdasarkan ini semua, maka meninggalkan solat Jumaat termasuk dosa
besar dan bila dilakukan berkali-kali dikhuatirkan boleh membuat pelakunya
terkeluar dari Islam.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 186002
No comments:
Post a Comment