Hadith 1
Matan hadith
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ . وَقَالَ هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
Terjemahan
“Rasulullah shallAllahu ‘alaihi wa sallam biasa memerintahkan pada kami
untuk berpuasa pada ayyamul bidh iaitu 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijriyah).”
Dan beliau bersabda, “Puasa ayyamul bidh itu seperti puasa setahun.”
Takhrij
HR. Abu Daud, Kitab Shaum, Bab Shaum al- Tsalatsi min kulli Syahri,
dari Qatadah ibn Malhan al-Qaysi, no. 2449, al-Albani dan al-Arnauth mengatakan
bahawa hadith ini sahih.
Hadith 2
Matan hadith
صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ
Terjemahan
Puasa pada tiga hari setiap bulannya adalah seperti puasa sepanjang
tahun.
Takhrij
HR. Bukhari, Kitab Shaum, Bab Shaum Daud AH, dari Abdullah bin 'Amru
al-'Ash, no. 1979, sahih ijma'.
Nota:
الدَّهْرِ
- setahun / selamanya
No comments:
Post a Comment