Jabir Bin Abdullah ra mengkhabarkan:
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى
الله عليه وسلم- خَطَبَ يَوْمًا فَذَكَرَ رَجُلاً مِنْ أَصْحَابِهِ قُبِضَ
فَكُفِّنَ فِى كَفَنٍ غَيْرِ طَائِلٍ وَقُبِرَ لَيْلاً فَزَجَرَ النَّبِىُّ -صلى
الله عليه وسلم- أَنْ يُقْبَرَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهِ
إِلاَّ أَنْ يُضْطَرَّ إِنْسَانٌ إِلَى ذَلِكَ وَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه
وسلم- إِذَا كَفَّنَ أَحَدُكُمْ
أَخَاهُ
فَلْيُحَسِّنْ كَفَنَهُ
”Rasulullah SAW berkhutbah pada satu hari lalu Baginda SAW menyebut
tentang seorang sahabat yang telah meninggal dunia.Dia dikafankan dengan kain
yang tidak panjang dan dikebumikan pada waktu malam.Lalu Nabi SAW melarang
untuk dikebumikan seseorang pada waktu malam sehingga dia disembahyangkan
kecuali keadaan mendesaknya berbuat demikian seraya Nabi SAW bersabda:Apabila
salah seorang dari kamu mengkafankan saudaranya maka perelokkanlah urusan
pengkafanan” (HR. Muslim no. 943)
Hadith riwayat Jabir ini telah dijelaskan melalui jalur sanad yang lain.
قال : أخبرنا عبدوس بن عبد
الله إجازة ، أخبرنا عم والدي علي بن عبد الله ابن عبدوس ، حدثنا عمر بن محمد
الزيات ، حدثنا ابن ناجية ، حدثنا يونس بن محمد بن سابق ، حدثنا محمد بن فضيل ، عن
محمد بن عبيد الله ، عن أبي الزبير ، عن جابر ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه
وسلم : ” أحسنوا كفن موتاكم فإنهم يتباهون ويتزاورون بها في قبورهم.
Dari Jabir berkata Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam bersabda :
“perbaguslah kafan bagi orang yang mati diantara kalian, kerana sesungguhnya
mereka akan berbangga hati serta saling berkunjung di alam kubur (HR.
ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no.75)
Imam al-Suyuti ketika berkomentar mengenai hadith ini, beliau berkata:
"Hadith ini adalah hadith hasan sahih. Ianya mempunyai jalur sanad yang
pelbagai serta syawahid (jalur sanad melalui sahabat yang berbeza)”. (al-La’ali
al-Masnu’ah fi al-Ahadis al-Maudhu’ah 2/366).
Begitu juga dengan Syeikh al-Albani, menilainya secara
keseluruhan jalan dengan sahih li ghairih dalam Silsilah Hadith Sahih 3/21.
Syawahid
عَن أبي هريرة ، قال : قال
رسول الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : حسنوا أكفان موتاكم فإنهم يتزاورون في
قبورهم.
Dari Abu Hurairah berkata Rsulullah Sallallahu alaihi wa
sallam bersabda perbaguslah (rapihkan) kafan orang yang meninggal diantara
kalian, kerana sesungguhnya mereka akan saling berkunjung di alam qubur (HR.
Ibn ‘Adi, al-Kamil fi ad-Du’afa, 4/237).
Dalam sanadnya ada Sulaiman bin Arqam, imam Ahmad, Nasa’i dan
ad-Daraquthni menilainya matruk, sehingga terkategori dhaif yang berat, tidak
dapat menguatkan ataupun dikuatkan (al-Maudhu’at, 3/241).
Adapula hadith lain dari Abu Hurairah ra
عن أبو هريرة، قال رسول
الله صلى الله عليه وسلم: ” حسنوا أكفان موتاكم فإنهم يتزاورون في قبوره
Perbaguslah kafan orang yang meninggal diantara kalian, kerana
sesungguhnya mereka saling berkunjung dalam di (alam) kubur mereka (Masyaikhah
al-Bagdadiyah, 5/42).
Namun dalam sanadnya ada rawi bernama Umar bin Mudrik al-Razi, penilaian
Imam al-Qa’nabi “dhaif” bahkan imam Yahya bin Ma’in menilainya“kadzdzab” (Mizan
al-I’tidal, 3/223).
Muhammad bin Yahya al-Hamadani meriwayatkan kalimat tambahan tersebut
(“kerana mereka saling berkunjung…”) dalam kitab sahihnya. Padanya juga ada
riwayat dari Hisyam, dari Muhammad, dari Abu Hurairah r.a.
Sulaiman bin Arqam pun meriwayatkannya dengan tambahan tersebut, dari
Muhammad bin Sirin, dari Abu Hurairah r.a. Sedangkan yang lainnya
meriwayatkannya dari Ibnu Sirin yang merupakan ucapan dia. Dengan demikian,
kemungkinan kalimat tambahan tersebut adalah ucapan Muhammad bin Sirin yang
disisipkan.
Daripada Anas bin Malik ra
عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” إِذَا وَلِيَ أَحَدُكُمْ
أَخَاهُ فَلْيُحْسِنْ كَفَنَهُ، فَإِنَّهُمْ يُبْعَثُونَ فِي أَكْفَانِهِمْ،
وَيَتَزَاوَرُونَ فِي أَكْفَانِهِمْ
Dari Anas bin Malik berkata Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam
bersabda “apabila seseorang diantara kamu mengurus jenazah saudaranya, maka
perbaguslah kafannya, kerana sesungguhnya mereka akan dibangkitkan dengan
memakai kain kafan, dan akan saling berkunjung dengan pakaian kafan mereka (HR.
al-Bagdadi, Tarikh Bagdad, 10/102)
Dalam sanadnya ada dua kelemahan, pertama Said bin Salam al-Atthar, Imam
Ahmad menilai beliau “Kadzab” imam Bukhari menilai “Yadha’ al-hadith” (al-Maudhu’at, 3/241).
Kedua, ada Abu Murrah, imam al-Uqaily menilai “la yutaba’ alaihi”.
Dengan demikian hadith inipun tidak dapat dijadikan hujjah menguatkan ataupun
dikuatkan kerana tersangat lemahnya.
Walaupun tambahan “kerana
sesungguhnya mereka akan berbangga hati serta saling berkunjung di alam kubur”
mempunyai 3 syahid (2 dari Abu Hurairah
ra dan 1 dari Anas bin Malik ra) ia dinilai sangat lemah oleh sebahagian ulama.
Tidak dapat saling menguatkan.
Rujukan
Irsyad al-Hadith no. 209
No comments:
Post a Comment