Matan hadith
باكِروا بالصَّدَقةِ فإنَّ
البلاءَ لا يتخطّاها
Terjemahan
Segeralah bersedekah, sesungguhnya musibah tidak dapat melintasi
(mendahului) sedekah
Takhrij
HR. Baihaqi dalam Sunan Kubra 4/189 dari Mukhtar ibn Fulful. al-Baihaqi
berkata hadith ini hadith mauquf, perawi marfu'kan secara keliru.
Juga diriwayatkan at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 5643 dari Ali
bin AbinThalib ra. Dan beliau berkomentar, hadith ini tidak diriwayatkan dari
Ali ra melainkan dari sanad ini.
Al- Haithami dalam Majma Zawaid 3/113, dhaif kerana perawi dhaif, Isa
bin Abdullah bin Muhammad.
Al-Dimyathi dalam al-Mutajir Rabih no. 107 menilai sanadnya parah.
Hadith serupa yang diriwayatkan melalui Anas bin Malik ra.
Lebih parah, Ibnu Adiy memasukkan hadith tersebut dalam Kamil Dhuafa'
3/225 sebagai hadith palsu.
Ibnu Jauzi dalam al-Maudhu'at 2/483 menilai hadith ini tidak sahih.
As-Syaukani dalam Fawaid Majmu'ah no. 61, semua sanadnya tak terpelihara
dari perawi dusta, majhul, pereka hadith.
Akan tetapi al-Sakhawi berkata dalam Maqasid Hasanah no. 170, hadith ini
mempunyai syawahid dan Isa bin Abdullah bin Muhammad adalah perawi yang dhaif.
Dia perawi yang ditinggalkan menurur ad-Daruquthni.
Mulla Ali Qari dalam al-Asrar Marfu'ah no. 162 berkata, hadith ini tidak
mempunyai asal baik dari Ali mahupun Anas ra.
Syeikh al-Albani menilai hadith tersebut dari kedua -dua jalur sanad
adalah sangat lemah (dhaif jiddan) dalam Dhaif Jami' no. 2317.
No comments:
Post a Comment