Thursday, 23 April 2020

Hadith Solat hajat


1) hukum solat hajat diperselisihkan ulama, ada yang mengatakan tidak sunnah ada yang mmengatakan sunnah

2) perselisihan terjadi kerana rujukan hadith yang berbeza

3) nama solat hajat juga tidak warid dari Nabi saw cuma ia dinamakan ulama bersesuaian kepada pemahaman hadith yang mereka rujuk

4) sebahagian ulama melihat kepada hadith sahih, lalu mereka menyatakan kesunnahannya

5) sebahagian mereka pula melihat kepada hadith yang terlalu dhaif , lalu mengambil tatacara solat dari hadith tersebut. Maka pemahaman yang ini ditentang oleh ulama yang mengatakan solat seperti itu bidaah.

6) Sesuatu amal ibadah tidak boleh kita lakukan sebelum mengetahui dua hal utamanya

a) apakah ada dalilnya dari  Quran atau hadith

b) jika ada dalilnya itu dari hadith, kita tidak boleh terburu-buru untuk amalkannya  sebelum menyemak status hadith tersebut yakni sah (sahih dan hasan) dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ataupun tidak (dhaif/palsu)

7) ini kerana ibadah hukum asalnya haram untuk dilakukan sehingga ada dalil yang menyuruh


Ok mari kita lihat apa hadith-hadith tersebut.


 Hadith pertama

Rasulullah S.A.W pada suatu hari telah keluar menuju ke arah kami lalu bersabda:

‏ مَنْ كَانَتْ لَهُ حَاجَةٌ إِلَى اللَّهِ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِهِ فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لْيَقُلْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي ثُمَّ يَسْأَلُ اللَّهَ مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ مَا شَاءَ فَإِنَّهُ يُقَدَّرُ

Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي

Maksudnya: Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosapun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau pemudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.

Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhnya ia ditakdirkan.

Takhrij

HR. Ibnu Majah no. 1384, Tirmidzi no. 479, al-Hakim 1/320 dari Abdullah bin Abi 'Aufa ra.

Kata Imam Tirmidzi, hadith ini gharib dan di dalam sanadnya terdapat perbincangan, Faid bin Abdurrahman dilemahkan di dalam hadith dan Faid ia adalah Abu Al Warqa’.

Disebutkan di dalam Majalah Al Buhuts Al Islamiyyah:

قال أحمد: متروك الحديث. وقال ابن معين: ضعيف ليس بثقة، وليس بشيء. وقال أبو حاتم: ذاهب الحديث ... وأحاديثه عن ابن أبي أوفى بواطيل لا تكاد ترى لها أصلا؛ كأنه لا يشبه حديث ابن أبي أوفى، ولو أن رجلا حلف أن عامة حديثه كذب لم يحنث. وقال البخاري: منكر الحديث. وقال النسائي: ليس بثقة. ومرة قال: متروك الحديث، وقال الحاكم: روى عن ابن أبي أوفى أحاديث موضوعة. وقال ابن حبان: لا يجوز الاحتجاج به. وقال الذهبي: تركوه. وقال ابن حجر: متروك اتهموه.

Ahmad berkata: “Ia (Faid) seorang yang matrukul hadith”, Ibnu Ma’in berkata: “Ia lemah dan tidak tsiqah, tidak ada apa-apanya.” Abu Hatim: dzahibul hadith (hadithnya lenyap), Al-Bukhari berkata: “Ia adalah munkarul hadith , An Nasaie: “Tidak tsiqah”, terkadang beliau berkata: “Matrukul hadith”, dan Al Hakim berkata: “Diriwayatkan dari Ibnu Abi Awfa hadith-hadith yang palsu”, dan Ibnu Hibban berkata: “Tidak boleh berhujjah dengannya”. Az-Zahabi berkata: “Mereka (para perawi hadith) meninggalkan periwayatannya. Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “Ia (seorang perawi yang matruk dan mereka para ahli hadith menuduhnya memalsukan hadith.” (Majalah Al Buhuts Al Islamiyyah, 84/99).

Hadith ini juga disebutkan oleh Ibnul Jauzi di dalam kitab Al Maudhu’at (hadith-hadith palsu ), dan As-Sakhawi memberi komentar kepada penulisan Ibnul Jauzi:

"وقد توسَّعَ ابنُ الجوزي فذكر هذا الحديث في الموضوعات وفي ذلك نظر... وفي الجملة هو حديثٌ ضعيفٌ جداً".

“Ibnul Jauzi terlalu mudah, menyebutkan hadith ini di dalam kitab Al Maudhu’at dan di dalam hal ini terdapat pembetulan…dan pada umumnya ia adalah hadith yang lemah sekali.”( kitab Al Qaul Al Badi’, hal. 431).

 Kesimpulan

Hadith ini lemah sekali seperti penilaian as-Sakhawi dalam Qaul Badi. Senada penilaian tersebut adalah  al-Hafiz Abu Thahir dan Syeikh al-Albani dalam takhrij mereka ke atas Sunan Abu Daud.



 Hadith kedua

اثْنَتَا عَشْرَةَ رَكْعَةً تُصَلِّيهِنَّ مِنْ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ وَتَتَشَهَّدُ بَيْنَ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ فَإِذَا تَشَهَّدْتَ فِي آخِرِ صَلاتِكَ فَاثْنِ على الله عزوجل وَصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَاقْرَأْ وَأَنْتَ سَاجِدٌ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ سَبْعَ مَرَّاتٍ، وَآيَةَ الْكُرْسِيِّ سَبْعَ مَرَّاتٍ، وَقُلْ لَا إِلَهَ إِلا اللَّه وَحْدَهُ لَا شرك لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ على كل شئ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ قُلِ: اللَّهُمَّ إنى أَسأَلك بمعاقد - الْعَزِيز -[الْعِزِّ مِنْ] عَرْشِكَ وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِكَ وَاسْمِكَ الأَعْظَمِ وَحَدِّكَ الأَعْلَى وَكَلِمَاتِكَ التَّامَّةِ، ثُمَّ سَلْ حَاجَتَكَ، ثُمَّ ارْفَعْ رَأْسَكَ، ثُمَّ سَلِّمْ يَمِينًا وَشِمَالا، وَلا تُعَلِّمُوهَا السُّفَهَاءَ فَأَنْتُمْ تَدْعُونَ بِهَا فَيُسْتَجَابُ ".

Dua belas rakaat engkau solat pada malam atau siang hari, engkau lakukan tasyahud setiap dua rakaat. Ketika engkau tasyahud pada akhir solatmu, maka pujilah Allah dan berselawatlah kepada Nabi saw. Bacalah dalam keadaan sujud surat Al Fatihah sebanyak tujuh kali, lalu ucapkanlah laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariika lahu, lahul mulmu wa lahul hamdu, wa huwa ‘ala kulli syaiin qadiir (tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah saja dan tidak ada sekutu baginya, milik-Nya kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha mampu atas segala sesuatu) sebanyak sepuluh kali. Kemudian ucapkanlah Allahumma innii as`aluka bi maqaa’idil ‘izz min ‘arsyika wa muntahar rahmah min kitaabika was mikal a’dzam wa jaddikal ‘alaa wa kalimaatikat taamah)”
(Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan tempat-tempat duduk kemulian dari ArasyMu dan akhir rahmat dari kitabMu, namaMu yang paling agung, kesunguhanMu yang paling tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna). Kemudian mohonlah hajatmu dan angkatlah kepalamu, lalu salamlah ke kanan dan ke kiri. Dan janganlah engkau Dan janganlah engkau mengajarkannya kepada orang-orang bodoh, keraa jika mereka berdoa dengannya, maka doa mereka akan dikabulkan.”


Takhrij

HR. Baihaqi dalam Da'awat al-Kabir 2/157 no. 392 dan Ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 1845 dari Ibn Mas'ud ra. 

Ibnul Jauzi menilai hadith ini palsu dalam al-Maudhuat 2/142, dan ia dipersetujui oleh az-Zailaie dalam Nashbur Rayah no. 273.

Hadith ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Asakir di dalam Tarikh Dimasyq 36/471 melalui jalan Al Hasan bin Yahya Al Khusani, ia meriwayatkan dari Ibnu Juraij, ia meriwayatkan dari ‘Atha’ bin Abi Rabah, dari Abu Hurairah ra.

As-Sakhawi berkata Hasan bin Yahya adalah perawi yang lemah sekali , dan dia menyendiri dengan sanad ini (Qaul Badi' hal. 430).


 Hadith ketiga

عن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( يا علي ، ألا أعلمك دعاء إذا أصابك غم أو هم تدعو به ربك فيستجاب لك بإذن الله ، ويفرج عنك ؟ توضأ وصل ركعتين واحمد الله وأثن عليه ، وصل على نبيك ، واستغفر لنفسك وللمؤمنين والمؤمنات ، ثم قل : اللهم أنت تحكم بين عباد

ك فيما كانوا فيه يختلفون ، لا إله إلا الله العلي العظيم ، لا إله إلا الله الحليم الكريم ، سبحان الله رب السموات السبع ورب العرش العظيم ، الحمد لله رب العالمين ، اللهم كاشف الغم ، مفرج الهم ، مجيب دعوة المضطرين إذا دعوك ، رحمن الدنيا والآخرة ورحيمهما ، فارحمني في حاجتي هذه بقضائها ونجاحها رحمة تغنيني بها عن رحمة من سواك )

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wahai Ali, tidakkah aku ajarkan kepadamu sebuah doa jika engkau ditimpa kesedihan dan gundah. Engkau berdoa dengannya kepada Rabbmu, maka akan dikabulkan bagimu dengan izin Allah, dan akan dihilangkan dari (kesedihan dan gundah)? Wudhulah lalu solat dua rakaat, bertahmid kepada Allah dan memuji kepada-Nya. Kemudian berselawatlah kepada Nabimu, lalu beristighfarlah untuk dirimu dan kaum mukminin laki-laki dan perempuan. Lalu engkau ucapkan (terjemahnya): (Ya Allah Engkau pemutus setiap perkara antara hamba-hambaMu dalam perkara yang mereka perselisihkan, tidak ada Ilaah melainkan Allah yang Maha tinggi dan agung, tidak ada Ilaah melainkan Allah yang Maha lembut dan mulia, mahasuci Allah Rabb langit-langit dan Rabb Arasy yang mulia, segala puji bagi Allah Rabb semesta alam, maka rahmatilah aku dalam hajatku ini, dengan mentakdirkannya dan menjayakannya dengan rahmat yang mencukupiku dengan rahmat selain dariMu).


Takhrij

HR. Qawamul Sunnah al-Asbahani dalam Targhib wa Tarhib 1/274 dari Anas bin Malik ra.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini munkar dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5287.


 Hadith keempat

أَنَّ رَجُلاً ضَرِيرَ الْبَصَرِ أَتَى النَّبِيَّ فَقَالَ: ادْعُ اللهَ لِي أَنْ يُعَافِيَنِي. فَقَالَ: إِنْ شِئْتَ أَخَّرْتُ لَكَ وَهُوَ خَيْرٌ وَإِنْ شِئْتَ دَعَوْتُ. فَقَالَ: ادْعُهْ. فَأَمَرَهُ أَنْ يَتَوَضَّأَ فَيُحْسِنَ وُضُوءَهُ وَيُصَلِّىَ رَكْعَتَيْنِ وَيَدْعُوَ بِهَذَا الدُّعَاءِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِمُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ. يَا مُحَمَّدُ، إِنِّي قَدْ تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلَى رَبِّي فِي حَاجَتِي هَذِهِ لِتُقْضَى. اللَّهُمَّ فَشَفِّعْهُ فِيَّ

Seorang buta datang kepada Nabi saw lalu mengatakan, “Berdoalah engkau kepada Allah untukku agar menyembuhkanku.” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, “Apabila engkau mahu, aku akan menundanya untukmu (di akhirat) dan itu lebih baik. Namun, apabila engkau mahu, aku akan mendoakanmu.” Orang itu pun mengatakan, “Doakanlah.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu menyuruhnya untuk berwudhu dan memperbagus wudhunya serta solat dua rakaat kemudian berdoa dengan doa ini, “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dan menghadap kepadaMu dengan Muhammad Nabiyyurrahmah. Wahai Muhammad, sesungguhnya aku menghadap kepada Rabbku denganmu dalam hajatku ini agar ditunaikan. Ya Allah, terimalah syafaatnya untukku.”


Takhrij

HR. Ibnu Majah no. 1385 dan Tirmidzi no. 3578, Ibnu Khuzaimah no. 1219, al-Hakim no. 1221 dari Utsman bin Hunaif ra.

Abu Ishaq berkata, hadith ini sahih. Al-Hakim berkata, sanadnya sahih, dan hal ini disetujui oleh Az-Zahabi. Al-Hafizh Abu Thahir dan Syeikh al-Albani mengatakan bahawa hadith ini sahih melalui takhrij mereka dalam Sunan Ibnu Majah.



Kesimpulan


1) Sebahagian ulama menolak kesunnahan solat hajat apabila disandarkan kepada hadith yang dhaif dan munkar seperti hadith no. 1, 2, 3.

Dalam Lajnah Daimah 1/161 menyebutkan, “Adapun yang disebut solat hajat, telah datang hadith yang dhaif dan mungkar—sebatas pengetahuan kami—, tidak boleh dijadikan hujjah dan tidak boleh pula dibangunkan amalan di atas hadith-hadith tersebut.”

2) Sebahagian ulama pula mensunnahkannya dari dalil yang sahih seperti hadith no. 4 (hadith sahih dari Utsman Bin Hunaif)

Dalam Al-Mawsu’ah Al-Fiqhiyyah 27/211, “Para ulama sepakat bahawa solat sunnah hajat adalah solat yang disunnahkan.”

3) Demikian pula Syeikh Shalih al-Utsaimin mengatakan, “Solat hajat tidak ada dalilnya yang sahih dari Nabi saw. Akan tetapi, diriwayatkan bahawa apabila Nabi saw menghadapi suatu masalah yang menyulitkannya, beliau segera menuju solat, kerana Allah berfirman:
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45) (Fatwa Nur ala Darb; Majmu Fatawa Rasail 14/323).


Demikian juga hadith:

كان النبيُّ - صلّى اللهُ عليهِ وسلَّم - إذا حَزَبَهُ أمرٌ صَلّى

“Apabila Nabi  saw menghadapi suatu masalah yang menyulitkan beliau, beliau melakukan solat.” (HR. Abu Daud no. 1319 dari Huzaifah al-Yamani ra., dihasankan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Takhrij Misykatul Masabih 2/77 dan Syeikh al-Albani dalam Sahih Sunan Abu Daud.

4) kepada yang nak berpegang kepada fatwa yang mengatakan solat sunat hajat ini adalah sunnah , silakan tak ada masalah.

5) manakala yang nak berpegang pula kepada fatwa yang membidaahkan solat sunat hajat juga  terpulang kepada tahap pemahaman ilmunya, tak ada masalah juga.

6) tak sepatutnya isu ini menjadi punca perselisihan, tuduh menuduh, label melabel antara kedua-dua belah pihak. Kerana kedua-dua pihak membawakan hujah dari ulama-ulama yang besar dalam umat Islam. Dan masing-masing bersandarkan nas.

7) perkara ini ada keluasan.


Wallahu 'alam

Rujukan

Al-Kafi li al-Fatawi no. 656

Fatwa Soaljawab Islam no. 70295, 103605, 10387

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...