Thursday, 23 April 2020

Hadith solat seorang pemabuk tidak diterima selama 40 hari



Matan hadith

لَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ رَجُلٌ مِنْ أُمَّتِي فَيَقْبَلُ اللَّهُ مِنْهُ صَلَاةً أَرْبَعِينَ يَوْمًا

Terjemahan

Allah tidak akan terima solat selama 40 hari bagi seorang lelaki dari umatku yang meminum arak

Takhrij

HR. Tirmidzi no. 1785 daripada Ibnu Umar ra, an-Nasaie no. 5664, Ahmad no. 6854, Ibnu Majah no. 3377 daripada Abdullah bin 'Amru ra. Juga diriwayatkan oleh Abu Daud no. 3680 daripada Ibnu Abbas ra. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani.

Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Sahih Muslim 14/227:

وأما عدم قبول صلاته فمعناه أنه لا ثواب له فيها، وإن كانت مجزئة في سقوط الفرض عنه، ولا يحتاج معها إلى إعادة

“Adapun makna hadith bahawa solatnya tidak akan diterima oleh Allah selama 40 hari ialah tidak ada ganjaran yang diperolehi olehnya. Walaupun solatnya sah dan kefardhuan dilaksanakan. Dan juga tidak diwajibkan qada baginya”.

No comments:

Post a Comment

Kebiasaan waktu muda akan menjadi kebiasaan waktu tua, maka peliharalah adab dikala muda

  Berkata hukamak:   من شب على شئ شاب عليه   Barang siapa pada masa mudanya biasa berbuat atas sesuatu, nescaya pada masa tuanya ter...