1- berlumba tinggikan bangunan yakni pengembala kambing
وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ
الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ
Dan jika kamu melihat orang yang sebelumnya tidak beralas kaki dan tidak
berpakaian, miskin dan penggembala kambing, (kemudian) berlumba-lumba
meninggikan bangunan (HR Muslim no. 9)
قال : يا رسولَ اللهِ ومن
أصحابُ الشاءِ والحُفاةُ الجِياعُ العالةُ قال : العَرَبُ
Wahai Rasulullah, dan siapakah para pengembala kambing, orang yang
berkaki ayam dalam keadaan lapar dan yang miskin itu?” Beliau menjawab, “Orang
Arab (HR. Ahmad 4/333, sanadnya disahihkan oleh Syeikh al-Arnauth, juga
disebutkan pula oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no.1345).
2- bangunan tinggi gunung dekat dengan kaabah
أثر عبدالله بن عمرو في
كظائم مكة رواه ابن أبي شيبة في المصنف حدثنا غندر عن شعبة عن يعلى بن عطاء عن
أبيه قال كنت آخذا بلجام دابة عبد الله بن عمرو فقال كيف أنتم إذا هدمتم البيت فلم
تدعوا حجرا على حجر قالوا ونحن على الإسلام قال وأنتم على الإسلام قال ثم ماذا قال
ثم يبنى أحسن ما كان فإذا رأيت مكة قد بعجت كظائم ورأيت البناء يعلو رؤوس الجبال
فاعلم أن الأمر قد أظلك
Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ dari
ayahnya, dia berkata: pada suatu hari, aku menuntun tali kekang unta Abdullah
ibn Amr, lalu beliau berkata: "Bagaimana pendapat kalian, jika kalian
hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan ada batu yang masih bertimbun? Mereka
menjawab: "oleh kita yang beragama Islam?
Beliau menjawab: "benar, kalian yang beragama Islam".
Seseorang bertanya: Lalu apa lagi? Beliau menjawab: kemudian ia akan dibangun
dengan yang lebih bagus darinya. Apabila kalian telah melihat terowong-terowong
besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi
pergunungannya, maka ketahuilah bahawa Kiamat telah mendekatimu."(HR. Ibnu
Abi Syaibah dan Al-Arzaqi dalam Musannaf ibn Abi Syaibah no.14306, hadith hasan
menurut Syeikh Muhammad ‘Awwamah).
3- dicabutnya ilmu dengan mematikan ulama
عن عبد الله بن عمرو رضي
الله عن أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:« إن الله عز وجل لا يقبض العلم
انتزاعا ينزعه من الناس ,ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم يبق عالما اتخذ
الناس رؤوسا فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا
" Dari Abdullah bin Amru ra"Allah mencabut ilmu bukan sekali
gus tetapi dengan cara mematikan para ulamak, jika ulama sudah tiada, muslim
akan mengangkat penguasa dari kalangan orang jahil yag berfatwa tanpa ilmu,
kalau mereka sesat dan menyesatkan. (HR. At-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath
3/301, disahihkan oleh Ibnu Katsir dalam Tabaqat Syafieiyyah Ibnu Katsir 1/440)
4- berlaku banyak gempa
فعن أبي هريرة
رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«لا تقوم الساعة حتى
يقبض العلم وتكثر الزلازل
Dari Abu Hurairah ra: "Tidak terjadi Kiamat kecuali setelah
hilangnya ilmu dan banyaknya berlaku gempa bumi." (HR. Bukhari no. 1036).
5- waktu terasa pendek
فعن ابي هريرة رضي الله
عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«يتقارب الزمان وينقص العلم وتظهر الفتن
ويلقى الشح ويكثر الهرج»قيل :يا رسول الله وما الهرج ؟ قال :«القتل القتل
Dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw bersabda," Waktu semakin
singkat, ilmu semakin merosot, fitnah berleluasa, kekikiran semakin banyak, dan
meluasnya al-harj." ditanya apa itu al-Harj, Beliau menjawab,"
banyaknya pembunuhan." (HR. Bukhari no. 6037)
6- banyak berlaku huru-hara dan kacau bilau
وعن سمرة رضي الله عنه أن
رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تقوم الساعة حتى تزول الجبال عن أماكنها
وترون الأمور العظام التي لم تكونوا ترونها
Dari Samurah ra, bawaha Nabi saw bersabda:
Tidak akan berlaku Kiamat hingga gunung ganang hilang dari tempatnya dan
selepas itu kamu akan menyaksikan banyak peristiwa dahsyat yang terjadi yang
belum pernah kaluan saksikan sebelum ini." (HR Tabrani, disahihkan oleh
al-Albani, silsilah al-sahihah, no. 3061)
7- berlaku al-harju (pembunuhan demi pembunuhan)
سَيَأتِي على
أُمَّتِي زمانٌ تَكثُرُ فيه القُرَّاءُ ، وتَقِلُّ الفُقَهاءُ ، ويُقبَضُ العِلمُ
، ويَكثُرُ الهَرْجُ ، قالوا : وَمَا الهَرْجُ يا رسولَ اللهِ ؟ قال : القتلُ
بينكم ، ثم يأتي بعد ذلك زمانٌ يَقرأُ القرآنَ رجالٌ لا يُجاوزُ تَراقِيَهم ، ثم
يأتي مِن بعدِ ذلك زمانٌ يُجادِلُ المُنافقُ والكافرُ المشركُ باللهِ المُؤمنَ
بِمِثلِ ما يقولُ
Dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda: Akan tiba masanya pada umatku
terdapat ramai qurra', sedikit fuqaha', tercabutnya ilmu dan banyak kejadian
al-haraj. Ditanya apakah itu al-Haraj? Jawabnya, pembunuhan sesama
sendiri. Kemudian akan tiba satu masa, terdapat pembaca Al-Quran tapi
bacaaanya tidak melepasi kerongkong mereka. Kemudian akan tiba masanya di mana
orang munafik, kafir dan musyrik membantah orang mukmin sama dengan
ungkapannya." (HR. Al-Hakim dalam Mustadrak no. 444 dan Ahmad dalam
Musnadnya no. 7554, disahihkan oleh al-Hakim dan disetujui oleh az-Zahabi).
8- muncul dajjal-dajjal pendusta sehingga 30 orang jumlahnya
ولا تقومُ الساعةُ حتى
يُبْعَثَ دجالونَ كذابونَ ، قريبًا من ثلاثينَ ، كلُّهم يزعُمُ أنه رسولُ اللهِ
“Tidak akan terjadi hari Kiamat hingga dibangkitkan ‘dajjal-dajjal’
pendusta yang jumlahnya mendekati tiga puluh, semuanya mengaku bahawa mereka
adalah utusan Allah.”
(HR Bukhari no. 3609, dari Abu Hurairah ra).
9- merebaknya kekacauan, fitnah
Semakin lama keadaan semakin huru hara dan kacau bilau sehingga menuju
penghujungnya..
إِنَّهُ لَمْ يَكُنْ نَبِيٌّ قَبْلِي إِلَّا كَانَ
حَقًّا عَلَيْهِ أَنْ يَدُلَّ أُمَّتَهُ عَلَى مَا يَعْلَمُهُ خَيْرًا لَهُمْ
وَيُنْذِرَهُمْ مَا يَعْلَمُهُ شَرًّا لَهُمْ وَإِنَّ أُمَّتَكُمْ هَذِهِ جُعِلَتْ
عَافِيَتُهَا فِي أَوَّلِهَا وَإِنَّ آخِرَهَا سَيُصِيبُهُمْ بَلَاءٌ وَأُمُورٌ
يُنْكِرُونَهَا تَجِيءُ فِتَنٌ فَيُدَقِّقُ بَعْضُهَا لِبَعْضٍ فَتَجِيءُ
الْفِتْنَةُ فَيَقُولُ الْمُؤْمِنُ هَذِهِ مُهْلِكَتِي ثُمَّ تَنْكَشِفُ ثُمَّ
تَجِيءُ فَيَقُولُ هَذِهِ مُهْلِكَتِي ثُمَّ تَنْكَشِفُ
Akan datang sebuah fitnah, sebagiannya lebih ringan dari sebagian
lainnya (maksudnya: beratnya fitnah yang tengah menimpa akan dianggap lebih
ringan bila dibandingkan beratnya fitnah yang akan terjadi sesudahnya). Setelah
itu datang fitnah yang lain, maka seorang mukmin akan mengatakan, “Inilah yang
membawa kebinasaanku.” Namun ternyata fitnah itu akhirnya berlalu dan datanglah
fitnah yang lain, sehingga seorang mukmin berkata, ”Barangkali fitnah inilah
yang akan membawa kehancuranku… barangkali fitnah inilah yang akan membawa
kehancuranku.”(HR. Nasaie no. 4120 dari Abdullah bin 'Amr ra, disahihkan
oleh Syeikh al-Albani).
10 - Jiran sebelah
mnyebelah sanggup mmbunuh jirannya kerana hal-hal tak masuk akal
إِنَّ بَيْنَ يَدَيْ
السَّاعَةِ لَهَرْجًا قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْهَرْجُ قَالَ
الْقَتْلُ فَقَالَ بَعْضُ الْمُسْلِمِينَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَقْتُلُ
الْآنَ فِي الْعَامِ الْوَاحِدِ مِنْ الْمُشْرِكِينَ كَذَا وَكَذَا فَقَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ بِقَتْلِ
الْمُشْرِكِينَ وَلَكِنْ يَقْتُلُ بَعْضُكُمْ بَعْضًا حَتَّى يَقْتُلَ الرَّجُلُ
جَارَهُ وَابْنَ عَمِّهِ وَذَا قَرَابَتِهِ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ يَا رَسُولَ
اللَّهِ وَمَعَنَا عُقُولُنَا ذَلِكَ الْيَوْمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُنْزَعُ عُقُولُ أَكْثَرِ ذَلِكَ الزَّمَانِ
وَيَخْلُفُ لَهُ هَبَاءٌ مِنْ النَّاسِ لَا عُقُولَ لَهُمْ
ثُمَّ قَالَ
الْأَشْعَرِيُّ وَايْمُ اللَّهِ إِنِّي لَأَظُنُّهَا مُدْرِكَتِي وَإِيَّاكُمْ
وَايْمُ اللَّهِ مَا لِي وَلَكُمْ مِنْهَا مَخْرَجٌ إِنْ أَدْرَكَتْنَا فِيمَا
عَهِدَ إِلَيْنَا نَبِيُّنَا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا أَنْ
نَخْرُجَ كَمَا دَخَلْنَا فِيهَا
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda "Sesungguhnya di
antara (tanda-tanda) hari Kiamat adalah terjadinya kekacauan." Abu Musa
berkata, "Saya bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang di maksudkan
kekacauan?" beliau menjawa: "Pembunuhan." Sebagian kaum Muslimin
lalu bertanya, "Wahai Rasulullah, dalam satu tahun ini kami telah membunuh
kaum Musyrikin begini dan begini." Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Bukannya membunuh kaum Musyrikin, akan tetapi kalianlah
yang akan saling bunuh sesama kalian, sehingga seseorang membunuh tetangganya,
anak pakciknya, dan kerabat dekatnya sendiri." Sebahagian yang lain lalu
bertanya, "Wahai Rasulullah, mekipun saat itu para ulama masih bersama
kami?! Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Tidak, para
ulama akan dimatikan lalu diganti dengan orang-orang hina dan bodoh."
Kemudian Abu Musa Al Asy'ari berkata, "Demi Allah, sesungguhnya aku
memastikan bahawa perkara itu akan menimpa kita dan kalian. Demi Allah, tidak
ada jalan keluar bagiku dan kalian, jika apa yang telah di janjikan Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam itu menimpa kita, kecuali jika kita keluar
sebagaimana kita masuk ke dalamnya." (HR. Ibnu Majah no. 3959 disahihkan
oleh syeikh al-Albani).
Dari Abu Hurairah Ra, Rasulullah Saw bersabda :
“Demi Zat yang jiwaku ini berada dalam genggamanNya, dunia ini tidak
akan musnah sehingga orang-orang saling membunuh satu sama lain tanpa
mengetahui apa sebabnya. Demikian juga orang yang dibunuh, apa penyebabnya
sehingga dia harus dibunuh, “Maka ditanyakan kepada beliaus” Bagaimana mungkin
hal itu boleh terjadi, “Beliau menjawab, “Itulah al-harj, yang membunuh dan
dibunuh sama-sama di neraka. (HR. Muslim, Al-Fitan, no. 2908, [Muslim bi Syarh
An-Nawawi(4/230)].
Dari Abdullah bin Mas’ud Ra, Rasulullah Saw bersabda :
Menjelang hari Kiamat nanti, hari-hari banyak dipenuhi oleh al-harj, saat itu
ilmu menjadi hilang dan kejahilan tersebar dimana-mana. (Abu Musa berkata,
“Al-harj artinya pembunuhan menurut dialek orang Habsyi,”).(HR. Bukhari no.7067).
Dalam dialek bangsa Habsyi al- harj bererti pembunuhan. Sedangkan Ibnu
Manzur memberikan beberapa erti bagi kata ini, diantaranya :
Pembunuhan yang amat kejam, maraknya pembunuhan, pembaharuan yang
disertai konflik, banyaknya kedustaan, curiga dan tidak percaya terhadap orang
dan suatu perkara. (Lisan Al-‘arab 2/389)
11- Fitnah semakin memburuk dari hari ke hari
إِنَّهُ لَمْ
يَكُنْ نَبِيٌّ قَبْلِي إِلَّا كَانَ حَقًّا عَلَيْهِ أَنْ يَدُلَّ أُمَّتَهُ
عَلَى مَا يَعْلَمُهُ خَيْرًا لَهُمْ وَيُنْذِرَهُمْ مَا يَعْلَمُهُ شَرًّا لَهُمْ
وَإِنَّ أُمَّتَكُمْ هَذِهِ جُعِلَتْ عَافِيَتُهَا فِي أَوَّلِهَا وَإِنَّ
آخِرَهَا سَيُصِيبُهُمْ بَلَاءٌ وَأُمُورٌ يُنْكِرُونَهَا تَجِيءُ فِتَنٌ
فَيُدَقِّقُ بَعْضُهَا لِبَعْضٍ فَتَجِيءُ الْفِتْنَةُ فَيَقُولُ الْمُؤْمِنُ
هَذِهِ مُهْلِكَتِي ثُمَّ تَنْكَشِفُ ثُمَّ تَجِيءُ فَيَقُولُ هَذِهِ مُهْلِكَتِي
ثُمَّ تَنْكَشِفُ
Akan datang sebuah fitnah, sebagiannya lebih ringan dari sebagian
lainnya (maksudnya: beratnya fitnah yang tengah menimpa akan dianggap lebih
ringan bila dibandingkan beratnya fitnah yang akan terjadi sesudahnya). Setelah
itu datang fitnah yang lain, maka seorang mukmin akan mengatakan, “Inilah yang
membawa kebinasaanku.” Namun ternyata fitnah itu akhirnya berlalu dan datanglah
fitnah yang lain, sehingga seorang mukmin berkata, ”Barangkali fitnah inilah
yang akan membawa kehancuranku… barangkali fitnah inilah yang akan membawa
kehancuranku.”(HR. Nasaie no. 4120 dari Abdullah bin 'Amr ra, disahihkan
oleh Syeikh al-Albani).
12- Di penghujung
akhir zaman manusia akan mati akibat penyakit wabak yang mematikan
اُعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ
يَدَيِ السَّاعَةِ: مَوْتِيْ، ثُمَّ فَتْحُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ، ثُمَّ مُوْتَانٌ
يَأْخُذُ فِيْكُمْ كَقُعَاصِ الْغَنَمِ، ثُمَّ اسْتِفَاضَةُ الْمَالِ حَتَّى يُعْطَى
الرَّجُلُ مِائَةَ دِيْنَارٍ فَيَظَلُّ سَاخِطًا، ثُمَّ فِتْنَةٌ لاَ يَبْقَى
بَيْتٌ مِنَ الْعَرَبِ إِلاَّ دَخَلَتْهُ، ثُمَّ هُدْنَةٌ تَكُوْنُ بَيْنَكُمْ
وَبَيْنَ بَنِي اْلأَصْفَرِ، فَيَغْدِرُوْنَ فَيَأْتُوْنَكُمْ تَحْتَ ثَمَانِيْنَ
غَايَةً، تَحْتَ كُلِّ غَايَةٍ اِثْنَا عَشَرَ أَلْفًا.
“Perhatikanlah enam tanda-tanda hari Kiamat: (1) wafatku, (2) penaklukan
Baitul Maqdis, (3) wabak kematian (penyakit yang menyerang haiwan sehingga mati
mendadak) yang menyerang kalian bagaikan wabak penyakit qu’ash yang menyerang
kambing, (4) melimpahnya harta hingga seseorang yang diberikan kepadanya 100
dinar, ia tidak rela menerimanya, (5) timbulnya fitnah yang tidak meninggalkan
satu rumah orang Arab pun melainkan pasti memasukinya, dan (6) terjadinya
perdamaian antara kalian dengan bani Asfar (bangsa Romawi), namun mereka
melanggarnya dan mendatangi kalian dengan 80 kelompok besar pasukan. Setiap
kelompok itu terdiri dari 12 ribu orang.” (HR. Bukhari no. 3176, dari Malik bin
Auf ra).
13 – Orang akan merasakan mati itu lebih baik dari hidup di zaman
kekacauan
حَدَّثَنَا
إِسْمَاعِيلُ ، حَدَّثَنِي مَالِكٌ ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ ، عَنِ الْأَعْرَجِ ،
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،
قَالَ : ” لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ ،
فَيَقُولُ : يَا لَيْتَنِي مَكَانَهُ “
Ismail menuturkan kepadaku, Malik menuturkan kepadaku, dari Abu Zinad,
dari Al A’raj, dari Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam, beliau bersabda:
“tidaklah terjadi kiamat hingga ketika seseorang melewati kuburan orang lain ia
akan berkata: ‘duh seandainya saya berada di tempatnya’” (HR. Bukhari no. 7115)
No comments:
Post a Comment