Hadith
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ - رضي الله تعالى عنه - عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أنه قَالَ: إِنَّ صَاحِبَ الشِّمَالِ لِيَرْفَعُ الْقَلَمَ سِتَّ سَاعَاتٍ عَنِ الْعَبْدِ الْمُسْلِمِ الْمُخْطِئِ أَوِ الْمُسِيءِ، فَإِنْ نَدِمَ وَاسْتَغْفَرَ اللهَ مِنْهَا أَلْقَاهَا، وَإِلَّا كُتِبَتْ وَاحِدَةً
Terjemahan
Dari Abu Umamah RA, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda, bahawa
Malaikat pencatat keburukan akan mengangkat penanya enam jam dari seorang hamba
Muslim yang melakukan kesalahan atau keburukan. Jika dia menyesal, dan memohon
ampunan kepada Allah atasnya, maka dia akan gugurkan. Jika tidak, maka
keburukan atau kesalahan itu akan dicatat satu.
Takhrij
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Thabrani dalam Mu’jam Kabiir (no.
7765) & Musnad asy-Syamiyyiin (no. 526), Imam Abu Nu’aim dalam Hilyatul
Auliyaa` (6/124), dan Imam Baihaqi dalam Syu’abul Iman (no. 6625), semuanya
dari jalan :
ثنا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ، عَنْ عَاصِمِ بْنِ رَجَاءِ بْنِ حَيْوَةَ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ رُوَيْمٍ، عَنِ الْقَاسِمِ، عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:
Ismail bin ‘Ayyaasy, dari ‘Aashim bin Rajaa` bin Haiwah, dari Urwah bin
Ruwaim, dari al-Qaasim, dari Abi Umaamah dari Rasulullah SAW.
Dihasankan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami' as-Shaghir, no. 2097.
Ismail bin ‘Ayaasy (w. 181 atau 182 H), Imam Tirmidzi mensahihkan hadithnya
jika meriwayatkan dari para perawi Syamiyyiin (penduduk Syam), dan dalam hal
ini beliau meriwayatkan dari ‘Aashim yang merupakan penduduk Syam, kerana
beliau adalah orang Palestin (Silsilah Hadith Sahih, no. 1209).
Sementara itu Imam Abu Nu’ aim menilai hadith ini :
Ghariib dari hadithnya ‘Aashim dan Urwah, kami tidak menulisnya kecuali
dari hadithnya Ismail bin ‘Ayaasy (Hilyatul Auliyaa`, 6/124).
Imam al-Haitsami dalam Majmu Zawaid (10/210) menilai sanadnya dengan
perkataannya :
Diriwayatkan oleh Thabrani dengan sanad yang para perawinya
masing-masing ditsiqahkan.
Al-Iraqi pula mendhaifkan hadith ini dalam Takhrij al-Ihya'(4/182).
Rujukan
Fatwa Islamweb no. 199811
Ahlalhdeeth no. 154697
Majles alukah no. t72761
No comments:
Post a Comment