Wednesday, 22 April 2020

Hadith berlawan dengan Jin



Hadith 1 – Rasulullah Mencekik Jin Ifrit


إِنَّ عِفْرِيتًا مِنْ الْجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ الْبَارِحَةَ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلَاةَ فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ وَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ رَبِّ { هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي }
قَالَ رَوْحٌ فَرَدَّهُ خَاسِئًا

Terjemahan

"Sesungguhnya jin ifrit telah menggangguku semalam -atau beliau bersabda dengan kalimat yang serupa- untuk memutuskan ku maka Allah memberi kekuatan kepadaku untuk mengalahkannya, dan sungguh aku ingin mengikatnya di salah satu tiang masjid, lalu pada pagi harinya kalian semua boleh melihatnya. Namun aku teringat dengan doa saudaraku Sulaiman: 'Tuhanku {anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorangpun sesudahku}' (QS. Shaad: 35).

Rauh berkata: "Maka Rasulullah shallAllahu 'alaihi wa sallam pun melepaskannya dalam keadaan hina."


Takhrij

HR. Bukhari, Kitab Tafsir, Bab Surah Shaad Ayat 35, dari Abu Hurairah,no. 4434, sahih ijma’.


Hadith 2 – Terbunuhnya Jin ‘Uzza

عَنْ أَبِي الطُفَيْلِ قَالَ : لمَاَّ فَتَحَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَمَّ مَكَّةَ بَعَثَ خَالِدَ بْنَ الْوَلِيْدِ إِلَى نخَلْةَ ٍوَكَانَتْ بِهَا الْعُزَّى فَأَتَاهَا خَالِدٌ وَكَانَتْ عَلَى ثَلَاثِ سَمُرَاتٍ فَقَطَعَ السَّمُرَاتِ وَهَدَمَ الْبَيْتَ الَّذِي كَانَ عَلَيْهَا ثُمَّ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فَأَخْبَرَهُ فَقَالَ ارْجِعْ فَإِنَّكَ لَمْ تَصْنَعْ شَيْئًا فَرَجَعَ خَالِدٌ فَلَمَّا أَبْصَرَتْ بِهِ السدنة وَهُمْ حجبتها أَمْعَنُوْا فِي الْجَبَلِ وَهُمْ يَقُوْلُوْنَ يَا عُزَّى فَأَتَاهَا خَالِدٌ فَإِذَا هِيَ امْرَأَةٌ عُرْيَانَةٌ ناَشِرَةُ شَعْرِهَا تَحْتَفِنُ التُّرَابَ عَلَى رَأْسِهَا فَعَمَمَهَا بِالسَّيْفِ حَتَّى قَتَلَهَا ثُمَّ رَجَعَ إِلَى النَّبِيِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فَأَخْبَرَهُ فَقَالَ تِلْكَ العُزَّى


Terjemahan

Dari Abu Al-Thufail, beliau bercerita, “Ketika Rasulullah -shallAllahu ‘alaihi wasallam- menaklukkan kota Mekah, beliau mengutus Khalid bin al Walid ke daerah Nakhlah, tempat keberadaan berhala ‘Uzza. Akhirnya Khalid mendatangi ‘Uzza, dan ternyata ‘Uzza adalah tiga buah pohon Samurah. Khalid pun lantas menebang ketiga buah pohon tersebut. Ketiga buah pohon tersebut terletak di dalam sebuah rumah. Khalid pun menghancurkan bangunan rumah tersebut. Setelah itu Khalid menghadap Nabi -shallAllahu ‘alaihi wasallam- dan melaporkan apa yang telah dia kerjakan. Komentar Nabi, ‘Kembalilah kerana engkau belum berbuat apa-apa.’Akhirnya kembali. Tatkala para juru kunci ‘Uzza melihat kedatangan Khalid, mereka menatap ke arah gunung yang ada di dekat lokasi sambil berteriak, “Wahai ‘Uzza. Wahai ‘Uzza.” Khalid akhirnya mendatangi puncak gunung, ternyata ‘Uzza itu berbentuk perempuan telanjang yang mengurai rambutnya. Dia ketika itu sedang menuangkan debu ke atas kepalanya dengan menggunakan kedua telapak tangannya. Khalid pun menghunus pedang ke arah jin perempuan ‘Uzza sehingga berhasil membunuhnya. Setelah itu Khalid kembali menemui Nabi dan melaporkan apa yang telah dia kerjakan. Komentar Nabi, “Nah, itu baru ‘Uzza.”

Takhrij
HR. An-Nasaie, Sunan Kubra no. 11547. Dihasankan oleh Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i di dalam As-Sahihul Musnad no. 533.
Hadith 3 – Ammar bin Yaasir berkelahi dan membunuh jin
قال عمارُ بْنُ ياسِرٍ رضيَ اللهُ عنهُ : قاتَلَتُ مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ الجِنَّ والإنْسَ ، قيل : وكَيْفَ قاتَلَتَ الجِنَّ ؟ قال : نَزَلْنا مَنْزِلًا فَأخذْتُ قِرْبَتِي ودَلْوِي لِأَسْتَقِيَ ، فقال : إنَّهُ سَيأتيكَ على الماءِ آتٍ يَمْنَعُكُ ، فلمَّا كُنْتُ على البئرِ أتاني رجلٌ أَسْوَدُ كأنَّهُ مَرْسٌ فقال : إِنَّكَ لا تَسْتَقِي اليومَ مِنْها ذَنُوبًا ، فأخذَنِي فَأخذْتُهُ فَصَرَعْتُهُ ، ثُمَّ أخذْتُ حَجَرًا فَكَسَرْتُ أنْفَهُ ووَجْهَهُ ، ثُمَّ مَلَأْتُ قِرْبَتِي ، فَأتيْتُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فقال : هل أَتَاكَ على الماءِ أحدٌ ؟ فقُلْتُ : رجلٌ أَسْوَدُ ، فَأَخْبَرْتُهُ بِالذي صَنَعْتُ ، فقال صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ : ذَاكَ الشَّيْطَانُ
Terjemahan
 'Ammar bin Yasir berkata, "Aku ikut bersama Rasulullah saw pernah memerangi jin dan manusia." Seseorang bertanya kepadanya tentang memerangi jin, dan 'Ammar bin Yasir menjawab,"Rasulullah saw mengirimku ke suatu sumur tempat beliau saw mengambil air. Lalu aku melihat syaitan yang menyerupai hamba berkulit hitam. Dia menyerangku dan akupun menyerangnya, sehingga kami terlibat dalam pergelutann. Suatu saat aku menghentam muka dan hidungnya dengan batu yang kutemukan." Ketika aku kembali, Rasulullah saw bertanya kepadaku, dan akupun menceritakan apa yg kualami. Dan Rasululullah saw bertanya adakah aku mengenali lelaki tersebut. Aku menjawab, tidak. Baginda saw menjawab itu adalah syaitan.

Takhrij
HR. Baihaqi dalam Dalail Nubuwah (7/124), dari Ammar bin Yasir. Imam Baihaqi menyatakan sanadnya sahih sehingga Hasan al-Basri.
Ibnu Hajar al-Asqhalani di dalam Al-Matalib Al-'Aliyah (16/291) mengatakan sanadnya muqhati (terputus) tetapi perawi hadith ini tsiqah (terpercaya).

Hadith 4- cerita - Jin pernah muncul di depan Imam Mujahid (murid Ibnu Abbas)

Imam Mujahid (w 104H) – ulama besar, ahli tafsir tabiin, murid Ibnu Abbas menceritakan:-
بينا انا ذات ليلة أصلي إذ قام مثل الغلام بين يدي قال فشددت عليه لآخذه فقام فوثب فوقع خلف الحائط حتى سمعت وقعته فما عاد إلي بعد ذلك
Terjemahan
“Suatu malam ketika saya sedang melaksanakan , tiba-tiba muncul makhluk sebesar anak laki-laki di hadapan saya. Lalu saya desak dia untuk menangkapnya. Tiba-tiba dia bangun dan lompat ke belakang dinding sehingga saya mendengar jatuhnya. Setelah itu, dia tidak penah datang lagi.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya).
Imam Mujahid juga menegaskan,
الشيطان أشد فرقا من أحدكم منه فإن تعرض لكم فلا تفرقوا منه فيركبكم ولكن شدوا عليه فإنه يذهب
Terjemahan
“Syaitan itu sebenarnya sangat takut terhadap kalian (manusia), melebihi ketakutan kalian kepadanya. Oleh kerana itu, syaitan menampakkan diri kepada kalian, janganlah kalian lari ketakutan. Kerana jika kalian takut, ia akan mengganggu kalian, akan tetapi bersikaplah keras kepadanya, pasti dia akan pergi”. (Riwayat Ibn Abi Dunya).

Takhrij

HR. Abi Dunya di dalam Kitab Akam al-Marjaan fi Ahkam al-Jaan (1/107). Tidak dapat dikenalpasti statusnya.

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...