Thursday, 23 April 2020

Keutamaan solat tahajjud




1.       Diangkat darjat

Firman Allah Ta’ala:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan pada sebagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al Israa’: 79)

2.       Solat paling utama

Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ قِيَامُ اللَّيْلِ

“Solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam” (HR. An Nasa’I no. 1614 dari Hamid bin Abdurrahman ra, Syeikh al-Albani: sahih lighairih )

3.       Kunci masuk syurga
Sabda Rasulullah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، أَفْشُوْا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ ، وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturrahim, shalatlah di waktu malam ketika orang-orang tertidur, niscaya kalian akan masuk Surga dengan sejahtera (HR. Tirmidzi no. 2485, dari Abdullah bin Salam, Imam Tirmidzi: Hasan sahih)


4.       Menampakkan kemuliaan dan kewibawaan

Sabda Rasulullah:

وَاعْلَمْ أَنَّ شَرَفَ الْـمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ

“Dan ketahuilah, bahawa kemuliaan dan kewibawaan seorang mukmin itu ada pada solat malamnya” (HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 4278 dari Sahl bin Sa’ad ra. Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih: hasan)

5.       Menenangkan hati

Rasulullah SAW bersabda:

ﺇِﻥَّ ﻓِﻲ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞِ ﻟَﺴَﺎﻋَـﺔً، ﻻَ ﻳُﻮَﺍﻓِﻘُﻬَﺎ ﺭَﺟُـﻞٌ ﻣُﺴْﻠِﻢٌ ﻳَﺴْﺄَﻝُ ﺍﻟﻠﻪَ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻦْ ﺃَﻣْﺮِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻭَﺍْﻵﺧِﺮَﺓِ ﺇِﻻَّ ﺃَﻋْﻄَﺎﻩُ ﺇِﻳَّﺎﻩُ، ﻭَﺫَﻟِﻚَ ﻛُﻞَّ ﻟَﻴْﻠَﺔٍ

 “Sesungguhnya di malam hari terdapat waktu tertentu, yang bila seorang muslim memohon kepada Allah dari kebaikan dunia dan akhirat pada waktu itu, maka Allah pasti akan memberikan kepadanya, dan hal tersebut ada di setiap malam.” (HR. Muslim no. 757, dari Jabir ra)

Pada waktu inilah hati seorang muslim lebih lembut dan lebih mudah kembali kepada Allah serta akan ditingkatlan keimanannya. Ibnu Taimiyyah berkata,

الناس في آخر اليل يكون في قلوبهم من التوجه و التقرب و الرقة ما لا يوجد في غير ذالك الوقت

“Manusia pada akhir malam, keadaan hatinya akan fokus dan dekat kepada Allah serta lembut, di mana tidak didapati keadaan ini kecuali pada waktu tersebut.” [Majmu’ Fatawa 5/130]


6.       Dipelihara oleh Allah dari segala jenis bencana/ketakutan


أَلاَ إِنَّ اللهَ يَضْحَكُ إِلَى رَجُلَيْنِ: رَجُلٌ قَـامَ فِيْ لَيْلَةٍ بَارِدَةٍ مِنْ فِرَاشِهِ وَلِحَافِهِ وَدِثَارِهِ، فَتَوَضَّأَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ، فَيَقُوْلُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ لِمَلاَئِكَتِهِ: مَا حَمَلَ عَـبْدِيْ هَذَا عَلَى مَا صَنَعَ؟ فَيَقُوْلُوْنَ: رَبُّنَا رَجَاءً مَا عِنْدَكَ وَشَفَقَةً مِمَّا عِنْدَكَ، فَيَقُوْلُ: فَإِنِّي قَدْ أَعْطَيْتُهُ مَا رَجَا وَأَمَّنْتُهُ مِمَّا يُخَافُ.

“Ketahuilah, sesungguhnya Allah tertawa terhadap dua orang laki-laki: Seseorang yang bangun pada malam yang dingin dari katil dan selimutnya, lalu ia berwudhu dan melakukan solat. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman kepada para Malaikat-Nya, ‘Apa yang mendorong hambaKu melakukan ini?’ Mereka menjawab, ‘Wahai Rabb kami, ia melakukan ini kerana mengharap apa yang ada di sisiMu dan takut dari apa yang ada di sisiMu pula.’ Allah berfirman, ‘Sesungguhnya Aku telah memberikan kepadanya apa yang ia harapkan dan memberikan rasa aman dari apa yang ia takutkan. (HR. al-Hakim 2/112 dari Ibnu Mas’ud ra. al-Hakim: Sanadnya sahih disetujui oleh az-Zahabi).

7.       Menghindar penyakit

Rasulullah bersabda:

عليكم بقيامِ الليلِ فإنه دَأْبُ الصالحينَ قبلَكم، وقُرْبَةٌ إلى اللهِ تعالى، ومَنْهاةٌ عن الإثمِ، وتكفيرٌ للسيئاتِ، ومَطْرَدَةٌ للداءِ عن الجسدِ

“Lakukanlah solat malam oleh kalian, kerana hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian. Ia pun dapat mendekatkan kalian kepada Rabb kalian, menghapus segala kesalahan dan mencegah dari perbuatan dosa dan menolak penyakit dari badan.” [HR. Tirmidzi no. 3549 dari Bilal bin Rabah, Imam Tirmidzi berkata lafaz ini lebih sahih apabila tidak menyebutkan lafaz “menolak penyakit dari badan”. As-Suyuthi pula dalam Jamius Saghir no. 5555 dari Salman al-Farisi, Jabir, Bilal, Abi Darda ra., berkata hadith ini sahih)


8.       Mendapat kebaikan dunia dan akhirat

Thalhah bin Mashraf berkata, “Aku mendengar bila seorang laki-laki bangun di waktu malam untuk melakukan solat malam, Malaikat memanggilnya, ‘Berbahagialah engkau kerana engkau telah menempuh jalan para ahli ibadah sebelummu.’” Thalhah mengatakan lagi, “Malam itu pun berwasiat kepada malam setelahnya agar membangunkannya pada waktu di mana ia bangun.” Thalhah mengatakan lagi, “Kebaikan turun dari atas langit ke pembelahan rambutnya dan ada penyeru yang berseru, ‘Seandainya seorang yang bermunajat tahu siapa yang ia seru, maka ia tidak akan berpaling (dari munajatnya).’” (Atsar ini diriwayatkan oleh al-Aajuri dalam Fadhlu Qiyaamil Laili wat Tahajjud hal. 58).

9.       Dikabulkan doa

Allah Ta’ala berfirman:

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Perut mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada RabbNya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka, yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata…” [As-Sajdah: 16-17].

Rasulullah SAW bersabda:

ﺇِﻥَّ ﻓِﻲ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞِ ﻟَﺴَﺎﻋَـﺔً، ﻻَ ﻳُﻮَﺍﻓِﻘُﻬَﺎ ﺭَﺟُـﻞٌ ﻣُﺴْﻠِﻢٌ ﻳَﺴْﺄَﻝُ ﺍﻟﻠﻪَ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻦْ ﺃَﻣْﺮِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻭَﺍْﻵﺧِﺮَﺓِ ﺇِﻻَّ ﺃَﻋْﻄَﺎﻩُ ﺇِﻳَّﺎﻩُ، ﻭَﺫَﻟِﻚَ ﻛُﻞَّ ﻟَﻴْﻠَﺔٍ

 “Sesungguhnya di malam hari terdapat waktu tertentu, yang bila seorang muslim memohon kepada Allah dari kebaikan dunia dan akhirat pada waktu itu, maka Allah pasti akan memberikan kepadanya, dan hal tersebut ada di setiap malam.” (HR. Muslim no. 757, dari Jabir ra)


10.   Wajah berseri-seri

Allah berfirman:

سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ

“Tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud….” [Al-Fath: 29]


Kata sebagian salaf (Syarik bin Abdullah),

مَنْ كَثُرَتْ صَلاَتُهُ بِاللَّيْلِ حَسُنَ وَجْهُهُ بِالنَّهَارِ

Siapa yang banyak solatnya di malam hari, wajahnya akan begitu berseri di siang hari (HR. Ibnu Majah no. 1333 dari Jabir ra, Syeikh al-Albani: dhaif)


11.   Dihapuskan kesalahan dan mencegah perbuatan dosa

Rasulullah bersabda,

ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺑِﻘِﻴَﺎﻡِ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞِ، ﻓَﺈِﻧَّﻪُ ﺩَﺃْﺏُ ﺍﻟﺼَّﺎﻟِﺤِﻴْﻦَ ﻗَﺒْﻠَﻜُﻢْ، ﻭَﻫُﻮَ ﻗُﺮْﺑَﺔٌ ﺇِﻟَﻰ ﺭَﺑِّﻜُﻢْ، ﻭَﻣُﻜَﻔِّﺮَﺓٌ ﻟِﻠﺴَّﻴِّﺌَﺎﺕِ، ﻣَﻨْﻬَﺎﺓٌ ﻋَﻦِ ﺍْﻹِﺛْﻢِ

“Lakukanlah solat malam oleh kalian, kerana hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian. Ia pun dapat mendekatkan kalian kepada Rabb kalian, menghapus segala kesalahan dan mencegah dari perbuatan dosa.” [HR. Tirmidzi no. 3549 dari Abu Umamah al-Bahili ra. Syeikh al-Albani: hasan lighairih).

12.   Dicintai oleh muslim dan manusia yang lain

Rasulullah bersabda:

أتاني جبريلُ عليه السَّلامُ فقال: يا محمَّدُ ! عِشْ ما شئتَ فإنَّك ميِّتٌ، وأحبِبْ من شئتَ فإنَّك مفارقُه، واعمَلْ ما شئتَ فإنَّك مجزِيٌّ به، ثمَّ قال: يا محمَّدُ ! شرفُ المؤمنِ قيامُه باللَّيلِ، وعِزُّه استغناؤُه عن النّاسِ

“Jibril pernah dating kepadaku dan berkata, Wahai Muhammad, silakan engkau hidup sesukamu, kerana engkau akan mati juga. Cintailah siapa yang engkau kehendaki, kerana engkau pasti berpisah dengannya. Beramallah sekehendak kamu, kerana engkau akan diberi ganjaran, ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin adalah solatnya pada malam hari dan keagungannya adalah perasaan cukupnya terhadap (segala sesuatu yang berada di sisi) manusia.’” (HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 4278 dari Sahl bin Sa’ad, dinilai hasan oleh Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 831)

13.   Dimurahkan rezeki/ dicukupkan segala sesuatu

Rasululah bersabda:

وَاعْلَمْ أَنَّ شَرَفَ الْمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ وَعِزَّهُ اسْتِغْنَاؤُهُ عَنِ النَّاسِ

“Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin adalah solatnya pada malam hari dan keagungannya adalah perasaan cukupnya terhadap (segala sesuatu yang berada di sisi) manusia.’” (HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 4278 dari Sahl bin Sa’ad, dinilai hasan oleh Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 831)



مَنْ قَامَ بِعَشْرِ آيَاتٍ لَمْ يُكْتَبْ مِنَ الغَافِلِينَ، وَمَنْ قَامَ بِمِائَةِ آيَةٍ كُتِبَ مِنَ القَانِتِينَ، وَمَنْ قَامَ بِأَلْفِ آيَةٍ كُتِبَ مِنَ المُقَنْطِرِينَ

“Barangsiapa melaksanakan solat dengan membaca sepuluh ayat al-Quran, maka ia tidak akan dicatat sebagai orang yang lalai. Barangsiapa melakukan solat dengan membaca seratus ayat, akan ditetapkan dirinya sebagai orang yang khusyuk. Barangsiapa solat dengan membaca seribu ayat, akan ditetapkan bagi dirinya sebagai muqanthirin.” (HR. Abu Daud no. 1398, dari Abdullah bin Amru ra. Syeikh al-Albani: Sahih).

Dalam hadith lain, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu diriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Mahukah salah seorang di antara kalian yang pulang ke rumah ke tengah keluarganya lalu mendapatkan tiga unta yang gemuk dan besar?” Kami menjawab,“Mahu, wahai Rasulullah.”Beliau bersabda,“Tiga ayat yang dibaca oleh salah seorang di antara kalian dalam solat itu lebih baik dari pada tiga ekor unta yang gemuk dan besar.” (HR. Muslim no. 802)



Rujukan

https://anamuslim.org/hadith-hadith-shahih-seputar-fadhilah-shalat-tahajjud/

https://www.dakwah.id/keutamaan-shalat-malam-dalam-hadith/

https://bimbinganislam.com/keutamaaan-shalat-malam/

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...