Wednesday, 22 April 2020

Kisah Nabi Ibrahim dan pemuda yang dipanjangkan umur dengan 70 dirham



Mengikut hasil pencarian saya,

1. Kisah ini banyak dijumpai dalam sebaran media sosial tanpa rujukan. Setakat pencarian saya sehingga saat ini, saya tak menjumpai sumber asal kisah ini dalam mana-mana kitab arab. Mungkin sahabat lain boleh cuba membuat carian juga.

2. Dan versinya juga pelbagai, ada yang menceritakan kisah pemuda tersebut dengan Nabi Ibrahim a.s, ada dengan Nabi Sulaiman a.s, dan ada dengan Nabi Daud a.s. Ada variasi menceritatakan pemuda tersebut menyedekahkan separoh harta dan ada juga 70 dirham dll. Kepincangan fakta dalam kisah ini juga telah menunjukkan salah satu petanda bahawasanya kisah ini tidak sahih.

3. Walaubagaimanapun memang terdapat hadith-hadith sahih yang menunjukkan isyarat bahawa ada amal tertentu boleh memanjangkan umur seperti:-


a) menyambung silaturrahim (HR. Bukhari no.2067)

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa ingin dilapangkan pintu rezeki untuknya dan dipanjangkan umurnya hendaknya ia menyambung tali silaturrahim.


b) berbakti pada orang tua (HR. Ahmad no. 13811 disahihkan oleh al-Arnauth).

Barangsiapa senang (berharap) Allah memperpanjang umurnya dan menambah rezekiya, maka hendaklah berbakti kepada kedua orang tuanya dan menyambung hubungan sanak saudara

c) akhlak yang baik, jiran yang baik (HR. Ahmad no. 24098, al-Arnauth mengatakan sanadnya sahih).


 ﻣَﻦْ ﺃُﻋْﻄِﻲَ ﺣَﻈَّﻪُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺮِّﻓْﻖِ ، ﻓَﻘَﺪْ ﺃُﻋْﻄِﻲَ ﺣَﻈَّﻪُ ﻣِﻦْ ﺧَﻴْﺮِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻭَﺍﻟْﺂﺧِﺮَﺓِ، ﻭَﺻِﻠَﺔُ ﺍﻟﺮَّﺣِﻢِ ﻭَﺣُﺴْﻦُ ﺍﻟْﺨُﻠُﻖِ ﻭَﺣُﺴْﻦُ ﺍﻟْﺠِﻮَﺍﺭِ ﻳَﻌْﻤُﺮَﺍﻥِ ﺍﻟﺪِّﻳَﺎﺭَ، ﻭَﻳَﺰِﻳﺪَﺍﻥِ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺄَﻋْﻤَﺎﺭِ

Sesungguhnya barangsiapa yang diberi bagiannya dari sifat lemah lembut maka ia telah diberi bagiannya dari kebaikan dunia dan akhirat, dan silaturahmi, akhlak yang mulia, dan berbuat baik kepada tetangga akan menambah kekayaan dan memanjangkan umur.

Rujukan

Fatwa Islamweb no. 88535.

Muhammad Ibrahim an-Nuai'm, 2016, Khaifa Tuthilu 'Umrakal Intajiy (Misteri Panjang Umur: Mendapatkan Pahala Besar dengan Amalan Ringan dan Singkat), Qisti Press, Jakarta. Hal. 6-15.

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...