Thursday, 23 April 2020

Kisah Rasululah menanggalkan seliparnya ketika menaiki ke Sidratul Muntaha


Matan kisah


مَا يَذْكُرُونَ من أَن النَّبِي لَمَّا أُسْرِيَ بِهِ لَيْلَةَ الْمِعْرَاجِ إِلَى السَّمَوَات العلى ، وَوَصَلَ إِلَى الْعَرْشِ الْمُعَلَّى : أَرَادَ خَلْعَ نَعْلَيْهِ ، أَخْذًا مِنْ قَوْلِهِ تَعَالَى لِسَيِّدِنَا مُوسَى حِينَ كَلَّمَهُ: (فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طوى) . فَنُودِيَ مِنَ الْعَلِيِّ الأَعْلَى: يَا مُحَمَّدُ! لَا تَخْلَعْ نَعْلَيْكَ فَإِنَّ الْعَرْشَ يَتَشَرَّفُ بِقُدُومِكَ مُتَنَعِّلا ، وَيَفْتَخِرُ عَلَى غَيْرِهِ مُتَبَرِّكًا، فَصَعِدَ النَّبِيُّ إِلَى الْعَرْشِ وَفِي قَدَمَيْهِ النَّعْلانِ وَحَصَلَ لَهُ بِذَلِكَ عِزٌّ وَشَأْنٌ


Terjemahan

bahawa Nabi ketika malam mikraj ke langit yang tinggi dan baginda sampai ke Arasy yang tinggi baginda ingin menanggalkan capal kerana mengingati firman Allah ketika berkata dengan Musa: tanggalkanlah capalmu kerana sesungguhnya kamu berada di lembah suci Tuwa dan baginda diseru oleh yang Maha tinggi: wahai Muhammad, jangan Tanggalkan dua capalmu kerana sesungguhnya Arasy berasa mulia dengan kehadiranmu memakai capal dan berbangga dengan yang lain untuk mengambil berkat. Maka Nabi pun naik ke Arasy dalam keadaan di kakinya ada capal dan baginda memperolehi kemuliaan dan kehebatan.

Takhrij

Kisah ini dibawa oleh Ahmad al-Muqri al-Maaliki dlm kitabnya Fathul Mut’aal dan allamah Radiayuddin al-Qazwini dan Abdul Baqi al Azzurqani dalam syarah al Mawaahib al Ladunniyah 2/174.

Kisah ini dinilai palsu oleh al-Lakhnawi dalam Al-Athar al-Marfu’ah fi al-Ahadith al-Maudhu’ah hal. 92-93.


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 278131

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...