Thursday, 7 May 2020

Ancaman Bagi yang Membenci, Menyakiti & Menzalimi Ahlulbait




1. Rasulullah saw bersabda:

وهم عِتْرَتِي , خُلِقُوا مِنْ طِيْنَتِي , فَوَيْلٌ لِلْمُكَذِّبِيْنَ بِفَضْلِهِمْ , من احبهم احبه الله ومن أبغضهم أبغضه الله


… Mereka adalah keturunanku dan diciptakan dari tanahku. Celakalah dari ummatku yang mendustakan keutamaan mereka. Siapa yang mencintai mereka maka Allah akan mencintainya, siapa yang membenci mereka maka Allah akan membencinya.


Takhrij

HR. Abu Ya'la dalam Musnadnya 12/109, Thabarani dalam dalam al-Kabir 3/44, Dailami dalam Musnad Firdaus 3/264, Kanzul Umal 12/103 no. 34198, daripada Ibn Abbas ra., dirafa'kan kepada Ibnu Abbas.

Ibnu Jauzi dalam Ilalnya - palsu
Al-Ajluni dalam Kasyaful Khafa' 2/963 - dhaif.



2. Rasulullah saw bersabda:

ألا و من ابغض آل محمد جاء يوم القيامة مكتوبا بين عينيه : آئس من رحمة الله

Sungguh siapa yang membenci keluarga Muhammad saw, maka ia akan dibangkitkan di hari kiamat dengan tulisan di antara kedua matanya : ‘orang ini telah terputus dari rahmat Allah swt.


Takhrij

HR. al-Hamawaini dalam Faraid Simthun 2/258, no. 526. Ibn Taimiyah dalam Minhaj Sunnah 4/36, no. 368, daripada Ibnu Umar ra. Beliau berkata hadith ini palsu seperti mana penilaian az-Zahabi dalam al-Muntaqa no. 312.



3. Rasulullah saw bersabda:

من أبغضنا أهل البيت فهو منافق

Siapa orang yang membenci kami ahlu bait adalah termasuk golongan munafik…


Takhrij

HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 44/225, daripada Abu Said al-Khudru ra. Juga ditemukan dalam Durar Mansur 7/349, Fadhail al-Sahabah 2/661. Dhaif (Dzakirah Huffaz no. 6272).



4. Rasulullah saw bersabda:

لا يحبنا أهل البيت الا مؤمن تقي , ولا يبغضنا الا منافق شقي

Tidak ada yang mencintai kami ahlu bait kecuali orang yang beriman dan bertaqwa, dan tidak ada yang membenci kami kecuali orang munafik dan durhaka…


Takhrij

Ditemukan dalam Dakha'ir Uqba hal. 28 daripada Jabir bin Abdillah ra. Tanpa sanad dan status. Menurut Syeikh Utsman Khamis, tiada asal dan bukan hadith (https://youtu.be/4nxLZTWY0Xs).



5. Rasulullah saw bersabda:

من أبغض عترتي فهو ملعون و منافق خاسر

Siapa yang membenci keturunanku, ia termasuk orang yang dilaknat dan munafik yang merugi


Takhrij

Ditemukan dalam Jami' al-Akhbar hal. 214. Dr. Nadir Hosen berkata, hadith ini tidak diriwayatkan dalam Kutubussittah dan sanadnya dalam Jami' al-Akhbar tidak jelas (https://mobile.twitter.com/na_dirs/status/850997183268638720).



6. Rasulullah saw bersabda :

ألا ومن مات على بغض آل محمد مات كافرا , ألا ومن مات على بغض آل محمد لم يشمّ رائحة الجنّة

Sungguh siapa yang mati dalam keadaan membenci keluarga Muhammad saw, maka ia mati dalam keadaan kafir. Sungguh siapa yang mati dalam keadaan membenci keluarga Muhammad saw, maka ia tidak akan mencium harumnya syurga….


Takhrij

HN. Zamakhsyari dalam Tafsir Kasyaf 3/467, daripada Tsa'labi ra. Ibnu Hajar berkata atsar ini jelas palsu dalam Takhrij Kasyaf hal. 145. Syeikh al-Albani juga menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4920.



7. Dari Jabir bin Abdillah al-Anshari, Rasulullah saw bersabda:

أيّها الناس , من أبغضنا اهل البيت حشره الله يوم القيامة يهوديا. يارسول الله , وإن صام
وصلّى ؟ قال : وإن صام و صلّى

Wahai manusia, siapa saja yang membenci kami ahlu bait, maka Allah swt akan mengumpulkannya di hari kiamat dalam golongan orang-orang Yahudi. Jabir berkata: Ya Rasulullah, mereka adalah orang-orang yang berpuasa dan mengerjakan solat. Rasul menjawab : Walaupun mereka berpuasa dan mengerjakan solat…


Takhrij

HR. Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 40000, al-Uqaili dalam al-Dhu'afa' 2/180, daripada Jabir bin Abdillah ra.

Hadith palsu menurut Ibnu Jauzi dalam Maudhuatnya 2/6, dan juga as- Syaukani dalam Fawaid Majmuah no. 128.



8. Rasulullah saw bersabda:

والّذي نفسي بيده , لا يبغضنا اهل البيت احد الا أدخله الله النار

Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaan-Nya, Tidaklah seorang yang membenci kami ahlu bait kecuali Allah swt akan masukkan ia ke dalam neraka.


Takhrij

HR. Ibnu Hibban no. 6878, daripada Abi Said al-Khudri ra. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2488.

1.       Rasulullah saw bersabda:

لا يبغضنا ولا يحسدنا احد الا ذيد يوم القيامة بسياط من النار

Tidak seorang pun yang membenci dan hasad kepada kami (ahlu bait) kecuali allah swt akan mengusirnya di hari kiamat dengan cambuk yang berasal dari api neraka.


Takhrij

HR. Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 2405, daripada Hasan bin Ali ra.

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4918.



10. Rasulullah saw bersabda:

إشتدّ غضب الله على من آذاني في عترتي

Allah swt sangat murka kepada orang yang menggangguku melalui keturunanku…


Takhrij

HR. Dailami dalam Musnadnya 1/1/116, daripada Abi Said al-Khudri ra. Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2777.



11.    Rasulullah saw bersabda:

إشتدّ غضب الله وغضبي على من أهرق دمي و آذاني في عترتي

Allah swt dan aku sangat murka kepada orang yang menumpahkan darahku dan menyakitiku melalui keturunanku…


Takhrij

HRm Ibnu Adiy dalam Kamil fi Dhuafa' 6/302, daripada Ali bin Abi Thalib ra. Juga ditemukan dalam Dakhair al-Uqba hal. 39. Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2777.



12.  Rasulullah saw bersabda:

من سبّ اهل بيتي فأنا بريء منه

Siapa yang mencela ahlul baitku, maka aku berlepas diri daripadanya.


Takhrij

HN. al-Ja'abi dalam al-Thalibiyyin, Yana'bi Mawaddah 2/377, daripada al-Husin ra, sepertimana dinaqalkan dalam Kitab Ahlul Bait fi Kitabus Sunnah no. 1106, tanpa sanad.



13. Rasulullah saw bersabda :

من آذاني في اهلي فقد آذى الله

Siapa yang menyakitiku dalam urusan keluargaku, maka ia telah menyakiti Allah swt.


Takhrij

HR. Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya' daripada Ali bin Abi Thalib ra sepertimana disebutkan dalam Kanz Umal no. 34197.

Dimasukkan Ibnu Adiy dalam Al-Kamil fi Dhuafa' 7/262.

Palsu menurut IbnubTaimiyah dalam Majmu Fatawa 28/653, dan Syeikh al-Albani dalam Ghiyatul Maram no. 469.

Ibnu Qayyim berkata dalam Manar Munif no. 98 ini hadith batil.



14. Rasulullah saw bersabda:

إنّ الله تعالى يبغض الآكل فوق شبعه , والغافل عن طاعة ربه , والتارك سنّة نبيه , والمخفر ذمّته , والمبغض عترة نبيه , والمؤذي جيرانه .

‘Sesungguhnya Allah swt membenci orang yang makan di atas batas kekenyangannya, orang yang lali dari melaksanakan ketaatan kepada Tuhannya, orang yang mencampakkan sunnah nabinya, orang yang meremehkan tanggungjawabnya, orang yang membenci ithrah
(keturunan) Nabinya dan mengganggu tetangganya.


Takhrij

HR. Dailami dalam Musnadnya , daripada Abu Hurairah ra. sepertimana disebutkan dalam Kanz Ummal no. 44029.

Musnad Firdaus karangan ad-Dailami banyak mengandungi hadith-hadith lemah dan palsu.



15.    Rasulullah saw bersabda:

حرّمت الجنة على من ظلم اهل بيتي و آذاني في عترتي

Syurga diharamkan bagi siapa saja yang menzalimi ahlul baitku dan menyakiti aku melalui keturunanku.


Takhrij

Ditemukan dalam Dakhair Uqba hal. 54, daripada Ali bin Musa Al-Ridha. Tanpa sanad.



16. Rasulullah saw bersabda:

الويل لظالمي اهل بيتي , عذابهم مع المنافقين في الدرك الأسفل من النار

Celakalah siapa saja yang menzalimi ahlul baitku, mereka akan diazab bersama orang-orang munafiq di dasar neraka…


Takhrij

HR. Ibnu Mughazili dalam Manaqib 1/120, no. 94. Sanadnya tak jelas dan masyhur disebutkan dalam majority kitab Syiah antaranya al-Majalis.



17.  Rasulullah saw bersabda:

 وهو على المنبر ما بال اقوام يؤذوننى فى نسبى وذوى رحمى الا من آذى نسبى وذوى رحمى فقد آذانى ومن آذانى فقد آذى الله تعالى.

..sedangkan beliau di atas mimbar: “Apa keadaan kaum yang menyakiti aku dalam nasab dan kerabatku. Ingat, barangsiapa yang menyakiti keturunanku dan orang-orang yang mempunyai hubungan denganku, berarti ia menyakiti aku, dan barangsiapa menyakiti aku, maka ia benar-benar menyakiti Allah Ta’ala.”


Takhrij

HR. Ahmad 4/187, Baihaqi dalam Manaqib Syafi'ie 1/63,  dan Ibnu Mandah, daripada Durrah binti Abu Lahab ra.

Dimasukkan oleh Ibnu Adiy dalam al-Kamil Dhu'afa' 7/262, menunjukkan kedhaifan hadith.



18. Rasulullah saw bersabda:

انا حرب لمن حاربهم وسلم لمن سالمهم

Sesungguhnya saya memerangi orang-orang yang memerangi ahli bait saya, dan saya memberi jaminan selamat kepada orang-orang yang berdamai dengan ahli bait saya.


Takhrij

HR. Ahmad no. 9698, Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 2621, al-Hakim no. 4713, daripada Abu Hurairah ra. Sanadnya rosak. Terdapat perawi dusta Rafidah, Taliid bin Sulaiman.

Juga diriwayatkan oleh Tirmidzi no. 3870, Ibnu Majah no. 145 dan Ibnu Hibban no. 6977, daripada Zaid bin Arqam ra. Sanadnya dhaif, kerana perawi bernama Shubaih majhul.

Syeikh al-Albani menilai hadith-hadith tersebut dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6028.



19. Rasulullah saw bersabda:

إن الله حرم الجنة على من ظلم اهل بيتى او قاتلهم او اعان عليهم او سبهم

Sesungguhnya Allah melarang masuk syurga terhadap orang yang menganiaya ahlu baitku, atau orang yang memerangi mereka, atau orang yang membantu orang yang memerangi mereka, atau orang yang memaki-maki mereka.

HR. Qurtubi dalam Tafsirnya 16/22, daripada Ali bin Abi Thalib. Tanpa status.

Hadith masyhur dikalangan syiah dan sufi.



20. Rasulullah saw bersabda:


لو ان رجلا صفن بين الركن والمقام و صلى وصام ثم مات وهو مبغض لأهل بيت محمد صلى الله عليه وسلم دخل النار

Andaikata seorang laki-laki berdiri antara hajar aswad dan maqam Ibrahim melakukan solat dan puasa, kemudian meninggal dunia sedangkan ia membenci ahli bait Muhammad Shalallahu Alaihi WaAlihi Wa Shahbihi Wasalam, maka ia masuk neraka.”


Takhrij

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir11/176, al-Hakim no. 4766, daripada Ibnu Abbas ra. Al-Hakim berkata hadith ini hasan sahih.

Berkata Abu Hatim ar-Razi dalam al-'Ilal 15/407, hadith ini hadith munkar.


21. Rasulullah saw bersabda:

اشتد غضب الله على من آذانى فى عترتى

Murka Allah menjadi sangat terhadap orang yang menyakiti aku tentang keluargaku.


Takhrij

HR. Ad-Dailami dalam Musnad Firdaus 1/116, daripada Abu Said al-Khudri ra; at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 2/352 dan as-Saghir 1/61, daripada Ali bin Abi Thalib ra.

Ibnu Nasiruddin al-Dimasyq menilai sanad hadith dari Abu Said al-khudri terlalu lemah dalam Majmu Rasail hal. 97.

Al-'Ajaluni dalam Kasyaful Khafa' 1/152, menilai hadith ini dhaif jiddan.



Kesimpulan

Majoriti hadith tergolong dalam hadith yang dhaif bahkan palsu. Kecuali no. 8.

Kebanyakan hadith tak melepasi tapisan syarat hadith sahih yang pertama pun, yakni keberadaan sanad yang jelas.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...