Tuesday 19 May 2020

Berzikirlah sehingga orang berkata engkau gila



Matan hadith

أَكْثِرُوا ذِكْرَ اللَّهِ حَتَّى يَقُولُوْا مَجْنُونٌ

Terjemahan

Perbanyaklah berzikir kepada Allah, sehingga mereka (orang-orang munafik) berkata: Dia orang gila.


Takhrij

HR. Ahmad no. 11674, al-Hakim no. 1839, Ibnu Asakir 6/29/2, Ibnu Hibban no. 817, Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 523, daripada Abu Said Al-Khudri ra.

Sanad hadith ini dari jalur Darraj Abus Samh al-Mishri, dari Abul Haitsam Sulaiman bin ‘Amr al-Mishri, dari dari Abu Sa’id al-Khudri ra. dari Rasulullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Hadith ini adalah hadith yang lemah bahkan munkar, dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Darraj Abus Samh (Tahzibut Kamal 3/479)

Imam Ahmad rahimahullah dan Imam an-Nasaie rahimahullah berkata tentangnya: “Hadithnya munkar (diingkari kerana kelemahannya)”.

Imam Abu Hâtim rahimahullah dan Imam ad-Daraquthni rahimahullah berkata, “Dia lemah dalam meriwayatkan hadith”.

Imam Ibnu ‘Adi rahimahullah berkata, “Majoriti hadith-hadith yang diriwayatkannya tidak didukung (dari jalur lain)”.

Khususnya riwayat perawi ini dari Abul Haitsam, seperti sanad ini, kelemahannya sangat jelas, sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Abu Daud rahimahullah.

Hadith ini juga dilemahkan oleh Ibnu Adi dalam kamil fi Dhuafa’ 3/115, Az-Zahabi dalam Mizan ‘Itidal 2/25.

Syeikh Al-Albani setelah menjelaskan kelemahan hadith ini, beliau berkata: “dari penjelasan ini, anda dapat diketahui bahawa penetapan status sahih/hasan untuk hadith ini, seperti yang dilakukan oleh Ibnu Hajar sebagaimana dinukil Al-Munawi, Ibnu Hibban dan al-Hakim adalah sesuatu yang ghayru hasan (tidak baik)” (Silsilah hadith Dhaif no. 517).

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...