Tuesday 19 May 2020

Hadith fadhilat meninggal pada malam atau hari Jumaat




Matan hadith


مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَو لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ القَبْرِ

Terjemahan

“Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada fitnah (azab) kubur”.

Takhrij

HR. Tirmidzi no. 994, Ahmad no. 6582 dari Abdullah bin Amr.

Imam al-Tirmidzi menghukum hadith ini sebagai gharib (ganjil) dan sanad yang ada pada hadith ini tidak bersambung.

Begitu juga, al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa pada sanad hadith ini adalah dhaif. (Fath al-Bari 3/253).

Syeikh al-Albani menghasankan hadith ini dalam Sunan Tirmidzi dan Ahkam Janaiz no. 49.

Syeikh Syu’aib al-Arnauth mengatakan sanad pada hadith ini dhaif (lemah) dan syawahid yang ada untuk menyokong hadith ini adalah tidak boleh dan sesuai untuk dijadikan syawahid. Selain itu, beliau mengatakan bahawa al-Albani telah tersalah di dalam menghukumi hadith ini kerana mengikut al-Mubarakfuri di dalam Tuhfat al-Ahwazi (Takhrij Musnad 11/150).

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...