Tuesday 19 May 2020

Hadith-hadith berjabat tangan




Hadith Qatadah -Radiallahu anhu-

عَنْ قَتَادَةَ قَالَ قُلْتُ لِأَنَسٍ أَكَانَتْ الْمُصَافَحَةُ فِي أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ

Saya bertanya kepada Anas (bin Mâlik) Radhiyallahu anhu, ‘Apakah berjabat tangan dilakukan dikalangan para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ?’ Beliau Radhiyallahu anhu menjawab, ‘Ya’. (HR. Bukhari no. 5908).



Hadith Bara' Ibn Azib -Radiallahu anhu-

مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ، فَيَتَصَافَحَانِ ، إِلاَّ غُفِرَ لَهُمَا، قَبْلَ أَنْ يَتَفَرَّقَا

Tidak ada dua orang muslim yang bertemu lalu berjabat tangan melainkan pasti diampuni untuk keduanya sebelum mereka berpisah." (HR. Tirmidzi no. 2804, Abu Daud no. 5207, Ibnu Majah no. 3786, Ahmad no. 18199, 18348 , Baihaqi no. 13746).

Imam Nawawi berkata: Berjabat tangan adalah sunnah secara ijma', pada setiap bertemu. Disamping sunnah pada saat bertemu berjabat tangan juga sunnah ada saat berpisah. Syekh al-Albani berkata: "Jabat tangan disyari'atkan ketika perpisahan. Jabat tangan setelah solat berjama'ah adalah bidaah, kecuali antara dua orang yang sebelum solat belum bertemu maka hukumnya sunnah (Silsilah Hadith Sahih no.  14, 16, Musnad Ahmad no.4947 dll)



Hadith Anas -Radiallahu anhu-

سَيَقْدُمُ عَلَيْكُمْ قَوْمٌ هُمْ أَرَقُّ قُلُوباً لِلإسْلاَمِ مِنْكُمْ

Akan datang kepadamu satu kaum, hati mereka lebih lembut kepada Islam dari pada kalian. Maka datanglah Bani 'Asy'ariy, di antara mereka adalah abu Musa al-'Asy'ari. Ketika mereka mendekati Madinah mereka melantunkan bait-bait syair:

غَدًا نَلْقَى اْلأَحِبَّةَ # مُحَمَّدًاً وَحِزْبَهْ

Besok kami bertemu para kekasih  
Iaitu Muhammad dan para sahabatnya.
Anas berkata: "Maka mereka adalah orang yang pertama kali mengadakan jabat tangan." (HR. Ahmad no. 13042, al-Mundziri berkata: Sanadnya sahih sesuai dengan syarat Muslim)



Sedangkan hadith Uqbah ibnu Amir -Radiallahu anhu- berbunyi:
أَهْلُ الْيَمَنِ أَرَقُّ قُلُوبَاً وَأَلْيَنُ أَفْئِدَةً وَأَسْمَعُ طَاعَةً

Penduduk Yaman itu lebih lembut qalbunya (hatinya, apa yang nampak bagi pandangan hati. Disebut qalbu karena berbolak-baliknya), lebih halus fu'adnya (hatinya, apa yang nampak bagi pandangan mata. Disebut fu'ad kerana tembusnya kebenaran ke dalam hatinya) dan lebih mendengar dalam ketaatan." (HR. Ahmad no. 17077, Faidhul Qadir: 2770, Silsilah Hadith Sahih no. 527)




Hadith Hudzaifah Ibnul Yaman -Radiallahu anhu-:

إِنَّ الْمٍّومِنَ إِذَاْ لَقِيَ الْمٍّومِنَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ وَأَخَذَ بِيَدِهِ فَصَافَحَهُ تَنَاثَرَتْ خَطَايَاهُمَا كَمَا يَتَنَاثَرُ وَرَقُ الشَّجَرِ

Sesungguhnya seorang mukmin apabila bertemu dengan mukmin lain kemudian mengucakan salam kepadanya, dan mengambil tangannya lalu menjabatnya maka berguguranlah dosanya seperti dedaunan berguguran." (Silsilah Hadith Sahih no. 526, 2004, 2692)


Hadith Anas -Radiallahu anhu- dia berkata:


قال رجلٌ: يا رسولَ الله! الرَّجلُ منَّا يلقى أخَاه أوْ صَدِيْقََهُ، أَيَنْحَنِي لَهُ؟ قَالَ: «لاَ». قَالَ: أَفَيَلْتَزِمَهُ وَيُقبِّلَهُ؟ قَالَ: «لاَ». قَالَ : أَفَيَأْخُذُ بِيَدِِهِ وِيُصَافِحَهُ؟ قاَلَ: «نَعَمْ»

Seseorang bertanya: Ya Rasulallah sesorang dari kami bertemu saudaranya atau temannya, apakah ia membungkuk kepadanya? Beliau menjawab: Tidak." Lalu apakah memeluknya dan menciumnya? Beliau menjawab: "Tidak." Lalu apakah mengambil tangannya dan menjabatnya? Beliau menjawab: 'Ya' (HR. Tirmidzi no. 4680,  Silsilah hadith Sahih no. 160-hadith Hasan)



Hadith Anas -Radiallahu anhu-, dia berkata:

كَانَ أَصْحَابُ النَّبِيَّ إِذَا تَلاَقَوْا تَصَافَحُوْا وَإِذَا قَدِمُوْا مِنْ سَفَرٍ تَعَانَقُوْا

Adalah para sahabat Nabi -Shalallahu alihi salam- apabila mereka bertemu mereka saling berjabat tangan, dan apabila datang dari safar mereka berpelukan (HR. Thabrani, Mu'jam al-Awsath no. 97)


Ummu Darda' berkata: "Salman al-Farisi -Radiallahu anhu- mendatangi kami lalu berkata: Mana saudaraku (maksudnya Abu Darda' -Radiallahu anhu-)? Saya jawab: "Ada di masjid." Lalu ia mendatanginya, ketika ia melihatnya ia memeluknya." Imam Thahawi berkata: "Mereka itu para sahabat Nabi -Shalallahu alihi salam- saling berpelukan maka hal ini menunjukkan bahawa apa yang diriwayatkan dari Rasulullah -Shalallahu alihi salam- tentang kebolehan berpelukan adalah datang belakangan setelah adanya larangan. Inilah yang kami ambil, iaitu ucapan Abu Yusuf رحمه الله. (HR. Thahawi, Syarhu Ma'anil Atsar no. 6405)


Hadith Abu Hurairah -Radiallahu anhu-, dan Ibnu Umar -Radiallahu anhu- mereka berkata: Nabi -Shalallahu alihi salam- apabila melepas kepergian seseorang (beliau mengambil tangannya lalu ) berkata (mendoakannya):

أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

Aku menitipkan agamamu, amanahmu, dan penutup amalmu kepada Allah." Syeikh al-Albani berkata: "Lalu orang yang mahu bermusafir menjawab:

أَسْتَوْدِعُكَ اللَّهَ الَّذِي لاَ تَضِيعُ وَدَائِعُهُ

Aku titipkan engkau kepada Allah yang tidak akan hilang (tersia-siakan) barang titipannya.

Di antara faedah hadith: Melepas kepergian dengan doa dan jabat tangan dengan satu tangan. Jabat tangan disyariatkan ketika perpisahan. Jabat tangan setelah solat berjamaah adalah bidaah, kecuali antara dua orang yang sebelum solat belum bertemu maka hukumnya Sunnah (Silsilah Hadith Sahih no. 14, 16, Musnad Ahmad no. 4947 dll)


Hadith Anas -Radiallahu anhu-, ia berkata:


«كَانَ النبيُّ إِذَا اسْتَقْبَلَهُ الرَّجُلُ فَصَافَحَهُ لاَ يَنْزِعُ يَدَهُ مِنْ يَدِهِ حَتَّى يَكُونَ الرَّجُلُ الذي يَنْزِعُ، وَلاَ يَصْرِفُ وَجْهَهُ عن وَجْهِهِ حَتَّى يَكُونَ الرَّجُلُ هُوَ يَصْرِفُهُ وَلَمْ يُرَ مُقَدِّماً رُكْبَتَيْهِ بَيْنَ يَدَيْ جَلَيْسٍ لَهُ»

Adalah Nabi saw jika menyambut seseorang (yang datang) beliau menjabat tangannya, beliau tidak menarik tangannya dari tangannya hingga orang itu yang menariknya. Beliau tidak memalingkan mukanya dari mukanya, hingga orang itu yang memalingkannya, dan tidak pernah terlihat beliau menjulurkan kedua lututnya dihadapan orang yang duduk di sisinya (HR. Tirmidzi no. 2539, Baihaqi no. 21250, Didhaifkan Imam Tirmidzi dan Syeikh al-Albani. Lihat juga Mu'jam al-Kabir no.  13495, al-Ausath no. 300 dari Ibnu Umar)

Sya'bi berkata: Para sahabat Nabi -Shalallahu alihi salam-, jika bertemu mereka saling berjabat tangan, dan apabila datang dari safar mereka berpelukan." (Thahawi, Syarah Musykil al-Atsar, Tahqiqi Muhasmmad Zuhri al-Najjar no. 6403)

Adapun mencium tangan maka dalam bab ini ada banyak hadith dan atsar yang keseluruhannya menunjukkan benarnya hal tersebut dari Rasulullah saw, maka kami memandang bahawa mencium tangan orang alim itu diperbolehkan jika ia tidak mengulurkan tangannya secara sombong, dan dengan syarat tidak dalam rangka tabaruk, tidak dijadikan kebiasaan, tidak meniadakan jabat tangan dan tidak diletakkan di dahi. (Muhammad Jamil Zeno, Majmu'atu Rasail at-Taujihat al-Islamiyyah 1/376, mengutip dari Silsilah Hadith Sahihsecara ringkas).

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...