Thursday, 7 May 2020

Hadith mendengar ucapan hikmah seorang mukmin lebih baik dari ibadah setahun



Matan hadith

كلمةٌ من الخيرِ يسمعُها المؤمنُ فيعلَمَها ويعملَ بها خيرٌ له من عبادةِ سنَةٍ


Terjemahan

Sepatah perkataan kebajikan yang didengar oleh orang mukmin, lalu diajar dan diamalkannya, adalah lebih baik bagainya daripada ibadah setahun.


Takhrij

HN. al-Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin 1/10, daripada Zaid bin Aslam ra (tabi'en).

al-Iraqi menilai hadith ini mursal dalam Takhrij Ihya' 1/27, kerana Ibnu Mubarak membawakan hadith ini dari Zaid bin Aslam dalam Kitab al-Zuhd hal. 487.

Berkata lagi al-Iraqi, terdapat dua lagi hadith yang semakna dari Abu Hurairah ra.yang diriwayatkan oleh ad-Dailami dalam Musnad Firdaus dengan sanad yang dhaif, begitu juga dari Ibnu Abbas ra. yang diriwayatkan oleh at-Thabarani.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...