Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi… Pada suatu ketika,
Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk
mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau
sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam,
kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke
hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.
Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih
sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya
jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang
hampa. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.
Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil
tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau
mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada
bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah
Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan
mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau
mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh uma
manusia.
Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku
yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab,
terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN? Tanah tempat bakal berdirinya Baitul
Mugaddis Tanah Bukit Tursina Tanah Iraq Tanah Aden Tanah Al-Kautsar Tanah
tempat bakal berdirinya Baitullah Tanah Paris Tanah Khurasan Tanah Babylon
Tanah India Tanah syurga Tanah Tha’if Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak
manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan
tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat
kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan
kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan
tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan
dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan
mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air
masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri
Adam dengan berbagai macam “sifat”.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian
diletakkan didalam “Alam Malakut”.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah
pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan
rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air
hujan “Barul Uluhiyah”.
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu
sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia
pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam
yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu
masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah
diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.
Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku
manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada
sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang
dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang
telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk
perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah
Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh
Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula
ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia. Setelah itu meresap ke kepala
Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna.
Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan
melirik kekiri dan ke kanan.
Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan
tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan
kejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan
tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai
kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan
padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat
Allah.
Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi
rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap
“Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”.
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal
bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat
manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka
tergesa-gesa”.(Al-Israk:II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya,
maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna.
Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai
ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang,
urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus
dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam
sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang
pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang
begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun
lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang
ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Takhrij
Kisah nukilan Syeikh Zainal Abidin Fathani dalam Kasbul Ghaibiyah hal.
6. cetakan Maktabah Maarif Pulau Pinang. 2001. Tanpa sanad.
Ketiadaan sanad, menyebbakan hadith gagal melalui tapisan syarat hadith sahih yang pertama. Maka kisah ini tidak sahih.
No comments:
Post a Comment