Thursday 18 June 2020

Hadith ajaran Islam akan terungkai sedikit demi sedikit, mula-mula hukum Allah dan terakhir adalah solat


Matan hadith

لَتُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ.

Terjemahan

Demi sesungguhnya tali simpulan yang mengikut setiap ajaran islam akan dirungkai (dirombak) satu demi satu (satu selepas satu). Maka setiap kali satu ikatan dirungkai nescaya orang ramai terpaksa bergantung dengan ikatan simpulan yang masih ada lagi. Maka yang mula-mula dirungkai ialah perkara hukum (Allah) dan yang paling akhirnya ialah solat.

Takhrij

HR. Ahmad no. 22160, daripada Abu Umamah al-Bahili RA. Syeikh al-Arnauth dan Ibn Bazz menilai sanadnya jayyid (baik).

Hadith tersebut juga dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih al-Mawarid no. 216 dan Mustafa al-'Adhawi dalam Sahih Musnad Min Ahadith Fitan  hal. 381.

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...