Thursday 18 June 2020

Bumi menangisi orang mukmin ketika dia meninggal


Matan hadith

عن شريح بن عبيد الحضرمي:] إنَّ الإسلامَ بدأ غريبًا وسيعودُ غريبًا ألا لا غُربةَ على مؤمنٍ ما ماتَ مؤمنٌ في غربةٍ غابَت عنه فيها بواكيِه إلا بكتِ عليه السماءُ والأرضُ ثُمَّ قرأ رسولُ اللَّه ﷺ فَما بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّماءُ والأَرْضُ ثُمَّ قال: إنَّهما لا يبكيانِ على كافرٍ

Terjemahan

Dari Syuraih ibnu Ubaid Al-Hadrami yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw, pernah bersabda: Sesungguhnya Islam itu asing permulaannya dan kelak akan kembali asing seperti semula. Ingatlah, tiada keterasingan bagi orang mukmin. Tidak sekali-kali seorang mukmin meninggal dunia di pengasingan yang padanya tiada seorang pun yang menangisi kepergiannya, melainkan langit dan bumi menangisi kepergiannya. Kemudian Rasulullah Saw. membaca firman-Nya: Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka. (Ad-Dukhan: 29) Kemudian Rasulullah Saw. bersabda: Sesungguhnya langit dan bumi tidak akan menangisi kematian orang kafir.

Takhrij

HR. at-Tabari dalam Tafsirnya 22/34. As-Suyuthi dalam Durar al-Manthur 13/274 dan As-Syaukani dalam Faidhul Qadir 4/808 mendhaifkan (mursal) hadith ini.


وقال ابن جرير : حدثنا أبو كريب ، حدثنا طلق بن غنام ، عن زائدة ، عن منصور ، عن منهال ، عن سعيد بن جبير قال : أتى ابن عباس رجل فقال : يا أبا عباس أرأيت قول الله : ( فما بكت عليهم السماء والأرض وما كانوا منظرين ) فهل تبكي السماء والأرض على أحد ؟ قال : نعم إنه ليس أحد من الخلائق إلا وله باب في السماء منه ينزل رزقه ، وفيه يصعد عمله ، فإذا مات المؤمن فأغلق بابه من السماء الذي كان يصعد فيه عمله وينزل منه رزقه بكى عليه ، وإذا فقد مصلاه من الأرض التي كان يصلي فيها ويذكر الله فيها بكت عليه ، وإن قوم فرعون لم تكن لهم في الأرض آثار صالحة ، ولم يكن يصعد إلى الله منهم خير ، فلم تبك عليهم السماء والأرض .


Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Talq ibnu Ganam, dari Zaidah, dari Mansur, dari Minhal, dari Sa’id ibnu Jubair yang menceritakan bahwa pernah seorang lelaki datang kepada Ibnu Abbas r.a, lalu bertanya:

"Hai Abul Abbas, bagaimanakah pendapatmu tentang firman Allah subhanahu wa ta’ala:
‘Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan mereka pun tidak diberi tangguh.’ (QS. Al-Dukhan: 29)

Maka apakah langit dan bumi itu dapat menangisi kematian seseorang?" Ibnu Abbas menjawab, "Ya, sesungguhnya tiada seorang makhluk pun melainkan mempunyai pintu di langit yang darinya turun rezekinya dan dengan melaluinya amal perbuatannya dinaikkan.
Maka apabila seorang mukmin meninggal dunia pintunya yang di langit tempat naik amalnya dan tempat turun rezekinya ditutup, lalu ia merasa kehilangan dia dan menangisinya. Dan tempat dia biasa mengerjakan solatnya di bumi dan tempat ia biasa berzikir kepada Allah subhanahu wa ta’ala bila dia meninggal, merasa kehilangan dia dan menangisinya. Dan sesungguhnya kaum Fir’aun itu tidak mempunyai jekak-jejak yang baik di bumi, tidak pula memiliki kebaikan yang dinaikkan ke langit kepada Allah subhanahu wa ta’ala Maka langit dan bumi tidak menangisi kematian mereka. (Tafsir Ibnu katsir 7/254).

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...