Friday, 5 June 2020

Hadith kelebihan dan larangan mencela ayam jantan putih




Matan hadith


إِتَّخِذُوْا الدِيْكَ ألْأبْيَضَ، فَإِنَّ دَارً فِيْهَا دِيْكٌ أَبْيَضُ لَا يَقْرُبُهَا شَيْطَانٌ وَ لَاسَاحِرٌ وَلَا الدُوَيْرَاتُ حَوْلَها


Terjemahan

Peliharalah ayam jantan berbulu putih kerana sesungguhnya rumah yang ada ayam jantan putih maka tidak akan di dekati syaitan dan penyihir, termasuk juga rumah - rumah disekitarnya.


Takhrij

HR. al-Hazimi dalam al-Faisal 2/41 daripada Anas bin Malik ra. al-Hazimi menilai hadith ini gharib. Manakala Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah hadith Dhaif no. 1695.

Yang lainnya:

الدِّيكُ يؤذِّنُ بالصَّلاةِ، مَن اتَّخذَ ديكًا أبيضَ حُفِظَ مِن ثلاثةٍ: مِن شرِّ كلِّ شيطانٍ، وساحرٍ، وكاهنٍ

Ayam jantan putih selalu memberi tahu waktu solat. Barangsiapa yang memelihara ayam jantan putih maka akan dijaga dari tiga perkara; iaitu dari setiap syaitan, dari tukang sihir dan dari tukang ramal (HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 4814, daripada Abdullah bin Amru ra. Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Dhaif Jami’no. 3030).

الدِّيكُ الأَبْيضُ عدُوُّ عدُوِّ اللهِ، يحرُسُ دارَ صاحبِه وسَبْعَ أَدْؤرٍ

Atau

الدِّيكُ الأبيضُ صديقي وعدوُّ عدوِّ اللهِ يحرسُ دارَ صاحبِه، وسبعَ أدؤُرٍ كان رسولُ اللهِ صلّى اللهُ عليه وسلَّم يُبيتُه معهث في البيتِ

Ayam jantan putih adalah sahabatku dan musuhnya musuh Allah (syaitan), ia akan selalu
menjaga rumah pemiliknya dan tujuh rumah di sekitarnya (HN. Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 3/5, 3/136. Mursal menurut al-Ghazi dalam Itqan 1/271, dan Ibnu Jauzi menilai hadith ini palsu).


الدِّيكُ الأفرَقُ الأبيضُ حبيبي وحبيبُ حبيبي جبريلَ يحرُسُ بيتَه، وستَّةَ عشرَ بيتًا من جيرتِه: أربعةً عن اليمينِ، وأربعةً عن الشِّمالِ، وأربعةً من قُدّامٍ، وأربعةً من خلف

Ayam jantan berbulu putih adalah kekasihku dan kekasihnya kekasihku iaitu Jibril, ia menjaga rumah pemiliknya dan 16 rumah tetangganya, empat rumah ke kanan, empat rumah ke utara, empat rumah ke depan dan empat rumah ke belakang (HR.  al-Uqaili dalam Dhuafa’al-Kabir 1/127 dan Abu as-Syaikh dalam al-Azhamah 5/1758, daripada Anas bin Malik. Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhuat 3/138 dan as-Suyuthi dalam Nukat al-Badiat menilai hadith ini palsu.

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menegaskan:

وبالجملة فكل أحادیث الدیك كذب إلا حدیثًا واحدًا

Kesimpulannya, seluruh hadith yang membicarakan tema ayam jantan putih adalah kebohongan kecuali satu hadith saja.

Imam Muhammad Ya'qub Fairu Abadi (wafat 817 Hijriyah) dalam kitab as-Sifrus Saadah
menyebutkan:

لم یثبت في فضائل الدیك الأبیض شيء، والحدیث المسلسل المشھور فیھ: الدیك الأبیض صدیقي باطل, وموضوع.

Hadith-hadith yang menjelaskan keutamaan ayam jantan putih tidak ada yang sah dari Rasulullah saw. Hadith musalsal ayam jantan putih yang menyebutkan ayam jantan putih adalah temanku itu batil dan hadith ini direka dan diada-adakan.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...