Friday, 5 June 2020

Hadith terlinga berdesing tanda Nabi SAW rindu pada kita




Matan hadith

Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا طَنَّتْ أُذُنُ أَحَدِكُمْ فَلْيَذْكُرْنِي وَلْيُصَلِّ عَلَيَّ وَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ اذْكُرْ بِخَيْرٍ مَنْ ذَكَرَنِي

 Terjemahan

Apabila telinga kamu berdengung, hendaklah dia ingat kepadaku dan berselawat ke atasku dengan berkata: “Semoga Allah akan mengingatkan yang mengingatku dengan kebaikan.”

Takhrij

HR. al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath no. 9222, al-Mu’jam al-Saghir no. 1104 dan juga di dalam al-Mu’jam al-Kabir no. 958.

Ia turut diriwayatkan oleh Imam Ibn al-Sunni di dalam kitabnya ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 166.

Imam Ibn al-Jauzi menilai hadith ini adalah palsu dalam al-Mawdhu’at 3/76.

Imam al-Sakhawi mengatakan sanad hadith ini adalah dhaif. Bahkan, al-‘Uqailiy menilai hadith ini tidak mempunyai asal baginya  (al-Maqasid al-Hasanah no. 89).

Imam al-Fattani  menghukum hadith ini sebagai palsu dan beliau menukilkan pandangan al-Sakhawi dan juga al-‘Uqailiy dalam Tazkirah al-Mawdhu’at, no. 166.

Syeikh Mir’i bin Yusuf al-Maqdisi meniali hadith ini sebagai palsu dalam al-Fawaid al-Mawdhu’ah no.133.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...