Matan hadith
Ketika Rasulullah S.A.W menghantar Saidina Muaz bin Jabal R.anh ke
Yaman, baginda terlebih dahulu bertanyakan beberapa soalan kepada Muaz
berdasarkan sabdanya yang berikut:
كَيْفَ تَقْضِي فَقَالَ
أَقْضِي بِمَا فِي كِتَابِ اللَّهِ . قَالَ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي كِتَابِ
اللَّهِ قَالَ فَبِسُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم . قَالَ
فَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِي سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ
أَجْتَهِدُ رَأْيِي قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَفَّقَ رَسُولَ رَسُولِ
اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Terjemahan
Dengan apakah kamu akan berhukum ? Maka Muaz menjawab: Aku akan berhukum
dengan apa yang terdapat di dalam Kitabullah. Baginda bersabda: Sekiranya ia
tidak terdapat di dalam Kitabullah ? Maka jawab Muaz: Aku akan berhukum dengan
Sunnah Rasulullah S.A.W. Baginda bertanya lagi: Sekiranya tidak terdapat di
dalam Sunnah Rasulullah S.A.W ? Jawab Muaz: Aku akan berijtihad dengan
pendapatku. Maka Rasulullah S.A.W bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah
memberikan taufiq kepada utusan Rasulullah S.A.W.
Takhrij
HR. Tirmidzi no.1327, Abu Daud no. 3592, Nasaie no. 5304, Ahmad 21049,
daripada Muadz ra. dengan lafaz Tirmidzi.
Dhaif menurut Imam Tirmidzi,
Syeikh al-Albani, Syeikh Abu Thahir.
Syeikh al&Arnauth juga menilai sanad hadith ini dhaif.
Ini kerana terdapat keterputusan sanad.
Terdapat perawi bernama Al-Harits bin ‘Amr yang dinilai oleh Imam Bukhari tidak sah hadithnya. Beliau
menilai hadith ini tidak sahih dan mursal.
Ibnu al-Mulaqqin dalam al-Badr al-Munir: “Hadith yang berulang kali
disebutkan dalam kitab para fuqaha’, ulama usul dan para muhaddithin. Mereka
berpegang dengannya. Ianya hadith dhaif dengan ijma’ ulama hadith sebagaimana
yang aku ketahui.”
Ibnu Hazm dalam al-Muhalla: “ Tidak sahih . Sebahagian mendakwa ianya
mutawatir dan ini satu penipuan.”
Ibnu Jauzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah: “ Tidak sahih walaupun para
fuqaha’ menyebutkan dalam kitab mereka dan mereka berpegang dengannya.”
Antara fuqaha yang mensahihkannya:-
Ibnu Taimiyah
Ibnu Qayyim
Ibnu Katsir
Ibnu Arabi
Imam Haramain
As-Syaukani
Rujukan
No comments:
Post a Comment