Friday, 5 June 2020

Pahala amalan kebaikan di bulan puasa digandakan 70 kali ganda




Matan hadith


من تطوع فيه بخصلة من خصال الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه، ومن أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه


Terjemahan

Sesiapa melakukan amalan sunat, pahalanya seperti sesiapa menunaikan amalan wajib di luar Ramadhan. Sesiapa menunaikan amalan wajib, maka seperti dia menunaikan 70 kewajipan di luar Ramadhan.


Takhrij

HR. Ibnu Khuzaiman no. 1887, daripada Salman al-Farisi ra. Beliau (Ibnu Khuzaimah) mengisyaratkan kedhaifannya dengan menyebut: Seandainya ia sahih (باب فضائل شهر رمضان إن صح الخبر).

Al-Aini berkata dalam Umdatul Qari 10/384, khabar ini munkar.

Dalam sanad, terdapat perawi yang tafarrud bernama Ali bin Zaid bin Jud’an dan dia didhaifkan para nuqqad.

Humam bin Yahya dia tsiqah tetapi ada wahm. Riwayat darinya juga munkar dan terlalu dhaif kerana ia diriwayatkan dari jalur Yusuf bin Ziyad yang mana Abu Hatim dan al-Bukhari menyatakan dia sebagai munkarul hadith. Al-Nasaie mengatakan dia tidak boleh dipercayai. Maka ia jelas menunjukkan riwayat ini terlalu dhaif/munkar kerana beliau meriwayatkan hadith yang mana Ali bin Zaid telah bersendiri meriwayatkannya.

Manakala riwayat dari Iyas bin Abi Iyas pula cacat, sanad ini juga munkar. Hadith ini juga dinilai munkar oleh Abu Hatim dalam al-‘Ilal 1/249, kerana sebenarnya ia bukan riwayat Iyas tetapi Aban. Aban pula ialah perawi matruk yang terlalu dhaif (al-Matrukin hal. 21). Imam Ahmad, Yahya bin Mian, ad-Daruquthni, Abu Zur’ah, Abu Hatim dan Ibnu Hajar menilai Aban matruk.

Ibnu Rejab dalam Lathaif Maárif hal. 279 pula menyetujui penilaian Abu Hatim.

Kata al-Uqaili dalam Dhu’afa’ al-Kabir 1/35, Iyas bin Abi Iyas tidak dikenali juga dan hadithnya tidak terpelihara (munkar).

Sallam bin Salm. Beliau perawi matruk. Kata Abu Nuaim: matruk (terlalu dhaif sehingga ditinggalkan riwayatnya) secara sepakat para ulama.

Hakim bin Hizam. Sanad ini batil.


Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 21364


https://konsultasisyariah.com/25061-amal-sunah-bernilai-wajib-di-bulan-ramadhan-hadis-dhaif.html

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...