Wednesday, 15 July 2020

Hadith Allah swt di langit


Hadith 1


أَلاَ تَأْمَنُوْنِي وَ أَنَا أَمِيْنُ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Tidakkah kalian mahu percaya kepadaku padahal aku adalah kepercayaan dari Tuhan yang ada di langit (HR. Bukhari no. 4351 & Muslim no. 1064, daripada Abu Sa’id al-Khudri ra, sahih ijma’)


Hadith 2



الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا أَهْلَ الأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِى السَّمَاءِ

Orang-orang yang penyayang niscaya akan disayangi pula oleh ar-Rahman (Allah). Maka sayangilah penduduk bumi nescaya Yang di atas langit pun akan menyayangi kalian.” (HR. Abu Daud no. 4941 daripada Abdullah bin Amr ra, dinyatakan sahih oleh Syeikh al-Albani dan al-Arnauth)

Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad hafizhahullah menerangkan,

وهذا لأن الجزاء من جنس العمل، فكما أنهم يَرحمون يُرحمون، فحينما حصلت منهم رحمة للخلق الذين يستحقون الرحمة فجزاؤهم أن يرحمهم الله تعالى.


Hal ini kerana balasan atas suatu amal sejenis dengan amal yang dilakukan. Sebagaimana mereka menyayangi maka mereka pun disayangi. Ketika muncul kasih sayang dari mereka kepada orang-orang yang memang berhak untuk disayangi maka balasan untuk mereka adalah Allah ta’ala pun menyayangi mereka…” (Syarah Sunan Abu Daud 28/249).

Hadith ini juga menjadi dalil yang sangat jelas mengatakan Allah berada di atas langit. Bahkan, Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan,

“Kami mengimani bahawa Allah berada di atas ArsyNya, sebagaimana telah diberitakan di dalam KitabNya yang mulia. Kami tidak mengatakan bahawa Dia berada di setiap tempat. Akan tetapi Dia berada di atas langit, sedangkan ilmuNya di setiap tempat. Tidak ada satu tempat pun yang luput dari ilmuNya. Sebagaimana firman Allah (yang ertinya), ‘Apakah kalian merasa aman dari hukuman Tuhan yang berada di atas langit?’ (Qs. al-Mulk: 16)…” (Dalail al-Wafiyah fi Tahqiq ‘Aqidati an-Nawawi, transkrip ceramah Syaikh Masyhur Hasan Salman hal. 42-43).



Hadith 3

وَالَّذِيْ نَفْسِي بِيَدِهِ مَـا مِنْ رَجُلٍ يَدْعُو امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهَا فَتَأْبَـى عَلَيْهِ إِلاَّ كَانَ الَّذِيْ فِي السَّمَاءِ سَاخِطًا عَلَيْهَا حَتَّى يَرْضَى عَنْهَا.

‘Demi Rabb yang jiwaku berada di tangan-Nya. Tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu ia menolak ajakannya, melainkan Rabb Yang di langit dalam keadaan murka terhadapnya hingga suaminya ridha kepadanya (HR. Muslim no. 1436, daripada Abu Hurairah ra).

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...