Matan hadith
فَمَا رَأَى الْمُسْلِمُونَ
حَسَنًا فَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ حَسَنٌ وَمَا رَأَوْا سَيِّئًا فَهُوَ عِنْدَ
اللَّهِ سَيِّئٌ
Terjemahan
Maka apa yang dilihat oleh kaum muslimin satu kebaikan, maka di sisi
Allah adalah baik dan apa yang mereka pandang buruk, maka di sisi Allah juga
buruk
Takhrij
HR. Ahmad no. 3600 daripada Ibnu Mas’ud, sanadnya hasan menurut Syeilh
al-Arnauth.
Menurut Syeikh Ahmad Syakir sanadnya sahih dan mauquf kepada Ibnu Mas'ud
(Al-Ihkaam fi Ushuul al-Ahkaam, karya Ibnu Hazm, tahqiq Ahmad Muhammad Syakir, 6/18).
Dan Syeikh al-Albani berkata ia hadith palsu apabila dimarfu’kan kepada
Nabi Saw (Silsilah Hadith Dhaif no. 532)
Ibnu Hajar al-Asqalani berkata:
Demikian pula dikeluarkan oleh Al-Bazzaar, At-Thayalisi, At-Thabrani,
dan Abu Nu'aim pada biografi Ibnu Mas'ud, serta Al-Baihaqi dalam kitab
al-I'tiqad. Ia juga telah mengeluarkan atsar ini dari jalan yang lain dari Ibnu
Mas'ud" (Ad-Dirayah fi takhriij Ahadiits Al-Hidayah, Ibnu Hajar
al-Asqalani, tahqiq : Sayyid Abdullah Hasyim Al-Yamani, Darul Ma'rifah, 2/187).
Syarah
Yang dimaksudkan dengan "pandangan/kesepakatan kaum muslimin"
dalam atsar Ibnu Mas'ud ini adalah pandangan/ijmak/kesepakatan para sahabat,
sebagaimana hal ini ditunjukkan oleh konteks atsar tersebut.
Dalam riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak terdapat tambahan pada
akhirnya:
عَنْ عَبْدِ اللهِ قَالَ مَا
رَأَى الْمُسْلِمُوْنَ حَسَنًا فَهُوَ عِنْدَ اللهِ حَسَنٌ وَمَا رآهُ
الْمُسْلِمُوْنَ سَيِّئًا فَهُوَ عِنْدَ اللهِ سَيِّءٌ وَقَدْ رَأَى الصَّحَابَةُ
جَمِيْعًا أَنْ يَسْتَخْلِفُوا أَبَا بَكْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ،
Dari Abdullah bin Mas'ud ia berkata, "Apa yang dipandang oleh kaum
muslimin baik maka ia di sisi Allah juga baik, dan apa yang dipandang kaum
muslimin buruk maka ia di sisi Allah juga buruk. Dan para sahabat seluruhnya
telah memandang untuk mengangkat Abu Bakar radhiallahu 'anhu sebagai
khalifah"
Lalu Imam Al-Hakim berkata, هَذَا حَدِيْثٌ
صَحِيْحُ الإِسْنَادِ وَلَمْ يُخْرِجَاه" Ini adalah hadith yang
sanadnya sahih dan tidak dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim"
(Al-Mustadrak no. 4465, dan pensahihan Al-Hakim disepakati oleh Az-Zahabi)
Sangatlah jelas bahawasanya Ibnu Mas'ud berdalil dengan atsar ini untuk
menyatakan bahawa ijmak para sahabat adalah benar di sisi Allah. Dan Ibnu
Mas'ud lebih memahami dengan apa yang beliau ucapkan/riwayatkan.
Kerana ال (alif laam) yang terdapat
dalam lafaz الْمُسْلِمُوْنَ bukanlah alif lam untuk
istighraq (yang memberikan faedah keumuman, sehingga mencakupi seluruh kaum
mulsimin), akan tetapi di sini adalah ال untuk al-'ahd, iaitu yang
bermaksud kaum muslimin di sini adalah para sahabat secara khusus,
sebagaimana yang ditunjukkan oleh konteks lengkap atsar tersebut dan
sebagaimana yang dipahami oleh Ibnu Mas'ud sendiri.
Makna dari "kaum muslimin" dalam atsar tersebut harus
dibawakan kepada makna ijmak para ulama, sebagaimana yang telah terjadi di
zaman para sahabat, tatkala para sahabat berijmak dan bersepakat untuk
mengangkat Abu Bakr radhiallahu 'anhu sebagai khalifah pengganti Nabi
shallallahu 'alaihi wa sallam. Pemahaman inilah yang telah difahami oleh banyak
ulama.
Abu Bakar As-Sarakhsi Al-Hanafi (wafat 490 H), ia berkata,
وفي قوله ما رآه المسلم حسنا
بيان أن إجماع أهل كل عصر حجة
"Dan pada perkataannya "Apa yang dipandang kaum muslimin
baik…" penjelasan bahawa ijmak kaum muslimin pada setiap masa adalah
hujjah" (Ushul As-Sarakhsiy, tahqiq : Abu al-Wafaa Al-Afghani, Lajnah
Ihyaa al-Ma'aarif An-Nu'maaniyah 1/319).
Al-'Izz bin Abdis Salaam As-Syafi'i (wafat 660 H) mengulas hadith ini
berkata,
Jika hadith tersebut sahih maka yang dimaksudkan dengan kaum muslimin
adalah Ahlul ijmak, Wallahu a'lam" (Al-Fatawa li Al-Imaam al-'Izz bin
Abdis Salam, tahqiq : Abdurrahman bin Abdil Fattaah, Darul Ma'rifah, cetakan
pertama, hal 42).
Ibnu Katsir berkata :
Pada atsar ini ada hikayat Ijmak dari para sahabat
dalam mendahulukan Abu Bakar sebagai khalifah" (iaitu atsar Ibnu Mas'ud)
(Al-Bidaayah wa an-Nihayah, tahqiq : Abdullah At-Turki, Dar Hajr, 14/386).
Asy Syathibi rahimahullah berkata:
“إن ظاهره يدل على أن ما رآه
المسلمون بجملتهم حسناً؛ فهو حسنٌ، والأمة لا تجتمع على باطلٍ، فاجتماعهم على حسن
شيءٍ يدل على حسنه شرعاً؛ لأن الإجماع يتضمن دليلاً شرعياً”.
“Sesungguhnya zahirnya menunjukkan bahawa apa yang dianggap oleh kaum
muslim secara menyeluruh baik, maka ia adalah baik, kerana umat ini tidak
berkumpul di atas kebatilan. Jadi, kesepakatan mereka atas kebaikan sesuatu
menunjukkan kebaikannya secara syariat, kerana ijma’ mencakupi dalil yang
sayrie. (Al-I'tisham 2/655).
Maka terbantahlah para pendukung bidaah hasanah, kerana bidaah hasanah
tidak pernah disepakati oleh ahli ijma' pun (Al Luma’ Fi Ar Radi ‘Ala Muhassin
Al Bida’, hal. 30-31).
Imam Syafi’i berkata,
“ini menunjukkan bahawasanya tidak boleh seorangpun
selain Rasulullah shallallahu ‘alayhi wasallam untuk
mengatakan dengan tanpa dalil, hanya sebatas dengan menganggap baik saja”
Kerana kata beliau (Imam Syafi’i)
فإن القول بما
استحسن شيء يُحدثه لا على مثال سبق
“Kerana hanya berpendapat dengan istihsan saja/menganggap baik saja, itu
perkara yang diada-adakan” [Ar-Risalah hal. 25]
No comments:
Post a Comment