Sabda Rasulullah s.a.w. "Sejahat-jahat ulama adalah mereka yang
mencampuri urusan pemerintah" (HR Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Takhrij
Tidak ditemukan hadith dengan lafaz sebegitu. Ia cuma kata-kata al
A'masy (w. 148H, Kufah)
قال ابن عبد البر" شر
الأمراء أبعدهم من العلماء، وشر العلماء أقربهم من الأمراء
Sejahat jahat pemimpin yang menjauhi ulama, sejahat jahat ulama yang
mendekati pemerintah (Jami’ al-Bayan, Ibn Abdil Barr hal. 644 no. 116)
Lafaz yang paling mendekati hadith di atas adalah:
شرارُ العلماءِ الذين يأتون
الأمراءَ , وخيارُ الأمراءِ الذين يأتون العلماءَ
Seburuk-buruk ulama adalah yang suka mendekati pemimpin, dan,
sebaik-baik pemimpin adalah yang rajin mendekati ulama. (HN. Al-Ghazali dalam
Ihya Ulumuddin 1/132 daripada Abu Hurairah ra. Al-Iraqi berkata sanadnya dhaif
dalam Takhrij Ihya 1/98).
Lafaz Ibnu Majah yang sebenarnya
وَإِنَّ مِنْ أَبْغَضِ
الْقُرَّاءِ إِلَى اللَّهِ الَّذِينَ يَزُورُونَ الْأُمَرَاءَ
Dan Qari' yang paling dimurkai Allah adalah orang-orang yang mengunjungi
para penguasa (HR. Ibnu Majah no. 256, daripada Abu Hurairah ra. Didhaifkan
oleh Syeikh al-Albani)
Berkata Makhul Ad-Dimasyqi ra. : "Barang siapa mempelajari Al-Quran
dan memahami Agama, kemudian menyertai sultan, kerana bermanis muka kepadanya dan
mengharap sesuatu padanya, nescaya masuklah ia ke dalam laut dari neraka
jahannam menurut bilangan langkahnya". (Ihya Ulumuddin 1/132).
No comments:
Post a Comment