Wednesday, 15 July 2020

Hadith larangan memakai cincin tertulis Muhammad Rasulullah dan membawanya ke tandas




Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, beliau menceritakan,


اتخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم خاتما من ورق فكان في يده ثم كان في يد أبي بكر ويد عمر ثم كان في يد عثمان حتى وقع في بئر أريس نقشه : محمد رسول الله

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat cincin dari perak. Pertama beliau yang memakai, kemudian dipakai Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian dipakai Utsman, hingga akhirnya terjatuh di sumur air Arisy. Ukirannya bertuliskan: Muhammad Rasulullah. (HR. Bukhari no. 5873, Muslim no. 2091, Nasai no. 5293, dan yang lainnya)


Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan,


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ فِضَّةٍ، وَنَقَشَ فِيهِ: مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، وَقَالَ: «إِنِّي اتَّخَذْتُ خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ، وَنَقَشْتُ فِيهِ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، فَلاَ يَنْقُشَنَّ أَحَدٌ عَلَى نَقْشِهِ»

Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat cincin dari perak, dan diukir: Muhammad Rasulullah. Kemudian Beliau bersabda, “Sesungguhnya aku membuat cincin dari perak, dan aku ukir Muhammad Rasulullah. Kerana itu, jangan ada seorangpun yang mengukir dengan tulisan seperti ini.” (HR. Bukhari no. 5877)


Larangan untuk membuat cincin dengan ukiran seperti ukiran cincin Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, Muhammad Rasulullah. al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan, ’Kerana dalam cincin itu ada tulisan nama beliau, dan status beliau. Beliau membuat demikian sebagai ciri khas beliau, yang membezakan dengan lainnya. Jika selain itu, dibolehkan untuk membuat ukiran cincin seperti itu, maka tujuan ini tidak terwujud.’ (Fathul Bari, 10/324).


Berkaitan isu ini, terdapat petunjuk daripada Nabi S.A.W berdasarkan sebuah riwayat daripada Saidina Anas Bin Malik R.anh beliau berkata:


أَنَّ النَّبِيَّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ كَانَ إِذَا دَخَلَ الْخَلاَءَ وَضَعَ خَاتَمَهُ

Sesungguhnya Nabi S.A.W apabila masuk ke dalam tandas, baginda akan menanggalkan cincinnya. (HR. Ibnu Majah no. 303, dhaif Syeikh al-Albani)


Berdasarkan hadith ini, para fuqaha menyatakan beberapa pandangan. 

Kata Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi Rahimahullah: Apabila seseorang itu hendak masuk ke dalam bilik air dan terdapat bersamanya sedikit daripada sebutan nama Allah maka disunatkan untuknya membukanya. Lihat Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/167).

Kata Imam Al-Mardawi dari kalangan pembesar mazhab Hanbali: Pendapat yang sahih dalam mazhab (Hanbali): Makruh bagi seseorang itu masuk ke dalam bilik air dengan membawa sesuatu yang terdapat padanya nama Allah. (Al-Insaf, Al-Mardawi 1/94-95).

Kata Al-Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Mubarakfuri apabila mensyarahkan hadis ini: Apabila Rasulullah S.A.W hendak masuk ke dalam bilik air baginda menanggalkan cincinnya daripada jarinya.

Beliau juga turut menukilkan kata-kata Al-Syeikh ‘Ali Al-Qari yang mengatakan: Ini kerana ukirannya (cincin) adalah Muhammad Rasulullah. Dan pada hadis ini menunjukkan bahawa orang yang sedang beristinja’ itu perlu menanggalkan sesuatu yang terdapat nama Allah, nama Rasul-Nya, dan juga ayat al-Quran. Kata Ibn Hajar: Faedah yang diperoleh adalah disunatkan bagi sesiapa yang ingin menunaikan hajatnya (membuang air) untuk menanggalkan semua yang terdapat pada dirinya dari sesuatu yang dimuliakan seperti nama Allah atau nama Nabi. Sekiranya dia menyelisihinya maka perbuatan itu adalah makruh. (Tuhfah Al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri 5/3480).


Rujukan

Irsyad al-Fatwa no. 178

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...