Matan hadith
خذُوا جُنَّتَكم قالوا يا
رسولَ اللهِ عدوٌّ حضر قال لا ولكن جُنَّتُكم من النّارِ قولوا سبحانَ اللهِ
والحمدُ للهِ ولا إلهَ إلّا اللهُ واللهُ أكبرُ فإنَّهنَّ يأتين يومَ القيامةِ
مجنِّباتٍ ومعقِّباتٍ وهنَّ الباقياتُ الصالحاتُ
Terjemahan
Rasulullah SAW bersabda:
“Ambil lah perisai kalian.”
Kami bertanya, “Ya
Rasulullah, (apakah kerana) musuh (telah) hadir?”
Baginda menjawab: “Tidak,
akan tetapi perisai kalian daripada api neraka. Ucapkanlah,
سبحانَ اللهِ والحمدُ للهِ
ولا إلهَ إلّا اللهُ واللهُ أكبرُ
Kerana sesungguhnya
kalimat-kalimat tersebut akan datang di Hari Kiamat nanti sebagai perisai dari
arah depan dan belakang. Itu lah kalimat-kalimat yang abadi dan tetap baik.
Takhrij
HR. Nasaie dalam Sunan
Kubra no. 10684, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsat no. 4027, daripada Abu
Hurairah ra. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalm Sahih Jami’ no. 3214
No comments:
Post a Comment