Wednesday, 15 July 2020

Tanda kiamat datang ibarat putusnya untaian rantai manik



Matan hadith


خروجُ الآياتُ بعضُها على أَثَرِ بعْضٍ تَتابَعْنَ كما تَتابَعْ الخَرَزُ في النظامِ

Terjemahan

Tanda-tanda akan muncul, berturutan seperti biji-biji manik satu persatu didalam tasbih


Takhrij

HR. Abu Bakar al-Dinuri dalam al-Majalisah no. 2156, Ibnu Hibban no. 6833 dan at-Thabarani dengan lafaznya dalam Mu’jam al-Awsath no. 4271, daripada Abu Hurairah ra.  Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami’ no. 3227.



Dan hadith lain yang semakna dengannya:-

Rasulullah saw bersabda:

الآيات خرزات منظومات في سلك فإن يقطع السلك يتبع بعضها بعضا

Tanda-tanda kiamat itu bagaikan manik-manik yang terangkai dalam satu benang. Jika benang itu putus, manik-manik itu akan saling berkejaran. (HR. Ahmad no. 7040, al-Hakim no. 8461, daripada Abdullah bin Amru ra, sahih menurut al-Hakim dan dipersetujui oleh az-Zahabi. Juga disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1762).

Ibnu Hajar al-Asqalani berkata:

Telah ditetapkan bahawa tanda-tanda hari kiamat besar itu seperti dawai yang jika terputus maka bercerai berailah manik-maniknya secara cepat (Fathul Bari 13/77).

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...