Ciri-ciri buraq menurut hadith sahih
a) Bentuknya
seperti binatang tunggangan
b) Saiznya lebih
tinggi dari keledai dan lebih pendek dari bighal. (Bighal adalah kacukan hasil
perkawinan antara kuda dengan keldai)
c) Berwarna putih
d) Langkah
kakinya, sejauh mata pandangannya.
e) Boleh diikat
sebagaimana layaknya haiwan tunggangan
وَأُتِيتُ بِدَابَّةٍ
أَبْيَضَ، دُونَ البَغْلِ وَفَوْقَ الحِمَارِ: البُرَاقُ
Dibawakan kepadaku haiwan tunggangan berwarna putih, lebih pendek dari
bighal dan lebih tinggi dari pada keldai. Iaitu buraq. (HR. Bukhari no. 3207)
ثُمَّ أُتِيتُ بِدَابَّةٍ
أَبْيَضَ، يُقَالُ لَهُ: الْبُرَاقُ، فَوْقَ الْحِمَارِ، وَدُونَ الْبَغْلِ،
يَقَعُ خَطْوُهُ عِنْدَ أَقْصَى طَرْفِهِ، فَحُمِلْتُ عَلَيْه
Kemudian dibawakan kepadaku seekor haiwan tunggangan putih, namanya Buraq.
Lebih tinggi dari pada keldai dan lebih pendek dari bighal. Satu langkah
kakinya di hujung pandangannya. Lalu aku dinaikkan di atasnya. (HR. Ahmad no. 17835,
Muslim no. 164, dan yang lainnya).
Sesampainya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di masjidil aqsa, beliau saw
mengikat buraqnya di tempat yang biasa digunakan para Nabi untuk mengikat
tunggangannya.
Beliau mengatakan
فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ
الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ
Aku mengikat buraq di salah satu pintu masjid Baitulmaqdis, tepat di
mana para nabi mengikatkan haiwan tunggangan mereka (HR. Muslim no. 162, Abu
Ya’la dalam musnadnya no. 3375)
Adakah Buraq bersayap?
Banyak yang mengilutrasikan buraq seperti gambar kuda bersayap. Bahkan
kadang ditambahi tanduk. Tidak dijumpai adanya riwayat yang sahih menjelaskan
bahawa buraq bersayap, adapun yang diriwayatkan ada itu, tidaklah
sahihhadithnya kerana dating dari perawi yang sangat dhaif dan ditinggalkan
hadithnya, al-Waqidi (Fathul bari 7/206). Dan sekali lagi, mengingat ini masalah
ghaib, kita hanya mampu mengikuti apa yang disebutkan dalam dalil, tanpa
nambah-nambahkan. Membuat ilustrasi seperti kuda terbang sembrani, jelas ini
meneka-neka hal yang ghaib, yang dilarang dalam islam.
Adakah ia pernah ditunggangi para Nabi yang lain?
قَالَ الزَّبِيدِيُّ فِي
مُخْتَصَرِ الْعَيْنِ وَصَاحِبُ التَّحْرِيرِ هِيَ دَابَّةٌ كَانَ الْأَنْبِيَاءُ
صَلَوَاتُ اللَّهِ وَسَلَامُهُ عَلَيْهِمْ يركبونها وهذا الذى قَالَاهُ مِنِ
اشْتِرَاكِ جَمِيعِ الْأَنْبِيَاءِ فِيهَا يَحْتَاجُ إلى نقل صحيح
Menurut Imam Nawawi, beliau menukilkan pendapat al-Zubaidi di dalam
kitabnya Mukhtasharul 'ain dan sahabat al-Tahriy, bahawa Buraq adalah haiwan
yang digunakan oleh para nabi sebagai kenderaan mereka. Akan tetapi, keterangan
beliau ini diragukan lantaran tidak ada dalil sahih yang menguatkan dalil
digunakan para nabi (Syarah Sahih Muslim 1/170-171).
أَنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ
يَحُجُّ عَلَى الْبُرَاقِ
إِبْرَاهِيمَ حَمَلَ هَاجَرَ
عَلَى الْبُرَاقِ لَمَّا سَارَ إِلَى مَكَّةَ بِهَا وَبِوَلَدِهَا
Manakala Ibnu Hajar pula mengatakan atsar-atsar yang ada saling
menguatkan. Buraq telah digunakan oleh Nabi Ibrahim as ketika melawat Siti
Hajar dan Ismail dari Palestin ke Mekah, dan digunakan baginda untuk
berhaji (Umdatul Qari 17/32, Fathul Bari
7/207).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 289763
No comments:
Post a Comment