Kisah
ومن كراماتِه التي أكرمَهُ
الله تعالى بها، أنَّهُ عامَ حَجّهِ الأوّلِ سنَةَ خمسٍ وخمسينَ وخمسمائةٍ لَمَّا
وصَلَ المدينةَ المعطَّرةَ، وَتَشَرَّفَ بزيارةِ جَدّهِ رسولِ الله صلى الله عليه
وسلم وَقَفَ تُجَاهَ القبرِ الشَّريفِ وقال: السَّلامُ عليكَ يا جَدّي، فقالَ لهُ
رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم مِنَ القَبْرِ، مِنْ قَبْرِهِ الشريفِ:"
وعليكَ السلامُ يا وَلَدِي"، سَمِعَ ذلكَ كُلُّ مَن في الحرمِ النَّبَويِ،
فَسَقَطَ السَّيّدُ أحمدُ على الأرضِ يَرْعُدُ، فَنُودِيَ مِنَ القَبْرِ الكريم
على سَاكِنِهِ أفضلُ الصلواتِ والتسليم: "أَنْ قُمْ فَإِنّي ءاخِذٌ بِيَدِكَ
وَبِيَدِ ذُرِّيَتِكَ وأَتْبَاعِكَ وَمُحِبِّيْكَ في الدُّنْيَا وَيَوْمَ
القِيَامَة" فقامَ الرّفاعيُّ رضيَ اللهُ عنهُ وأنشَد:
في حالةِ البُعْدِ رُوحِي
كُنْتُ أُرْسِلُهَا تُـــقَبّـــلُ الأرضَ عَـنّـي وهْــيَ نــائِــبَــتِــــي
وَهَذهِ دَوْلَةُ الأشباحِ
قَدْ حَضَـــــــرَتْ
فَامْدُدْ يَمِيْنَكَ كَي تحظَى بِهَا شَفَتِي
فَبَدَأَتِ الأنوارُ في
المقامِ تتلاطَمُ، ومَدَّ جَدُّهُ عليهِ الصَّلاةُ والسلامُ يدَهُ فَقَبَّلَهَا
والحاضرونَ يَنْظُرُون
Terjemahan
Konon pada tahun 550H, Syaikh Ahmad Ar Rifa’i menunaikan ibadah haji dan
beliau berziarah ke Masjid Nabawi lalu berdiri menghadap kuburan Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam seraya berkata, “Assalamualaikum wahai datukku.”
Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Waalakumussalam wahai
anakku.” Kejadian ini didengar oleh semua orang yang berada di Masjid yang saat
itu mencapai sembilan puluh ribu orang.
Seketika itu tubuh Syaikh Rifa’i bergetar, wajahnya pucat, dan kedua kakinya
pun langsung lemah longlai. Saat beliau sudah boleh menguasai diri, beliau pun
berdiri lali berkata, “Duh, wahai datukkku.” Lalu beliau menyenandungkan sebuah
bait syair:
Dari jauh kukirimkan rohku
‘Untuk mencium tanah sebagai pengganti diriku
Inilah diriku sekarang hadir
Maka julurkanlah tanganmu agar bibirku mampu meraihnya
Sebuah keajaiban terjadi. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
menjulurkan tangan beliau nan mulia dari dalam kubur. Syaikh ar Rifa’i pun
mencium tangan beliau. Kejadian ini disaksikan oleh semua yang hadir saat itu.
Mereka semua melihat tangan beliau nan mulia. Saat itu yang juga hadir dan
menyaksikan kejadian tersebut adalah Syaikh Abdul Qodir Jailani, Syaikh Hayat
bin Qais al Harrani, Syaikh Khamis, Syaikh Adi bin Musafir asy Syami, serta
masih banyak lagi masyayikh lainnya.
Takhrij
Kisah ini masyhur dikalangan tarekat sufi terutama tarekat Rifaieyyah. Sehingga bagi mereka berdarjat mutawatir (Shayyadi dalam Qiladatul Jauhar hlm. 104). Ia disebutkan oleh Imam as-Suyuthi, al-Munawi, as-Sya’rani dll termasuk Imam IZuddin al-Faruqi dalam kitab Irsyad al-Muslimin.
Al-Allamah Mahmud Syukri Al-Alusi berkata: “Berbagai ahli sejarah dari
berbagai mazhab banyak yang mencatat tentang biografi Syaikh Ahmad Ar-Rifa’ malangnya
tidak ada satupun kisah sedemikian diceritakan dalam kitab masyhur mereka.
Kisah ini hanyalah dinukil oleh kaum Rifa’iyyah yang dikenal dengan pembohong dan pendusta . Bahkan ar-Rifai sendiri menyebutkan bahwa kaum Sufi adalah para pendusta, katanya:
“Maka waspadalah dirimu dari kelompok yang biasanya suka dongeng para pembesar, kerana dongeng-dongeng tersebut kebanyakannya didustakan pada mereka”. Katanya juga: “Wahai anakku, apabila engkau memperhatikan kaum yang mengaku tasawwuf, nescaya engkau akan mengetahui bahawa majoriti mereka adalah kaum zindiq dan ahli bidaah”.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah pernah berdiolog secara terang-terangan
bersama para Rifa’iyyah sehingga terbongkarlah kedustaan mereka.
Kisah ini bercanggah dengan nas
Yakni Nabi org pertama dibangkitkan dari kubir pada hari kiamat....
Tetapi sekarang pun belum kiamat lagi, tapi Nabi saw sudah bangun dari
kubur,
أَنَا أَوَّلُ مَنْ
تُنْشَقُّ عَنْهُ الأَرْضُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Saya adalah orang yang pertama kali dibangkitkan dari kubur pada hari
kiamat”.(HR ibnu Majah no. 3496, sahih)
Hal ini dikuatkan dengan ayat:
ثُمَّ إِنَّكُم بَعْدَ
ذَلِكَ لَمَيِّتُونَ . ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ
Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati.
Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari
kiamat. (QS. Al-Mukminun: 15-16).
Fatawa Lajnah Daimah (3/171/no. 6911) mengatakan:
“Asal hukum orang yang telah wafat baik dia seorang Nabi mahupun bukan adalah tidak dapat bergerak di kuburnya dengan mengulurkan tangan atau selainnya. Adapun cerita bahawa Nabi pernah mengulurkan tangannya terhadap orang yang mengucapkan salam pada beliau, maka cerita itu tidak sahih, bohong dan hanya dongeng yang tidak ada sumbernya”.
Syeikh Maulana Zakariya Khandalwi merekodkan cerita ini dalam kitab
tabligh mereka Tablighi Nishaab dan mengatakan beliau memetim dari kitab imam
as-Suyuthi kitab Al-Haawi karangan Imam Suyuti 1/261, tapi beliau sendiri
mengaku tidak memiliki kitab itu lagi.
Kisah ini juga dikatakan ada dalam kitab Tanwirul Halak Fi Imkani Ru’yatin Nabi wal Malak imam Suyuthi
Syaikh Masyhur Hasan Alu Salman menilai kisah ini tidak sahih dalam
Qashashun La Tatsbut kar 3/171-247.
Rujukan
Fatwapedia no. 21412
No comments:
Post a Comment